LYT 65

21.4K 1.1K 70
                                    

Hari kedua

Eva pov

Pagi-pagi lagi dah bunyi siren untuk bangunkan semua pelajar. Aku tengok jam.

Mak aiii! Baru 3.30 pagi kot. Nak buat apa ni?

Aku pandang sekitar khemah. Sepupu aku semua masih enak dibuai mimpi. Kalau iman tak kuat, mahunya aku ikut sekali.

"Fel bangunlah. Tia, Ruby bangun cepat."

Aku pejam mata sekejap. Siren berbunyi lagi. Err kacau jelah.

"Apa bising-bising ni. Aku ngantuklah." rungut Ruby sambil bangun dari pembaringannya.

Matanya digosok. "Eva, pukul berapa ni? Aku rasa awal lagi." tanya Ruby.

Aku mengeluh. "3 lebih weh. Kejut diorang bangun." kata aku.

Ruby ternganga. Dia mengejutkan yang lagi dua orang. Aku pula dah keluar dari khemah. Cuba renggangkan otot-otot badan.

"Eva."

Aku tersentak. Serentak aku mengurut dada.

"Kau kalau tetiba dapat pelempang free jangan tanya kenapa eh Hanni." marah aku. Pagi-pagi dah cari gaduh.

Hanni sengih. Fikir comel lah tu.

"Sesiapa dah bangun pergi ambil wuduk. Pukul 4 nanti kita buat qiam." laung Abang Naf.

Aku terdiam. Qiam? Kepala ditundukkan.

"What? Qiam? Apa tu?" jerit satu suara.

Aku mencari siapa yang macam tak pernah buat langsung sunah ni.

"Siapa yang jerit tadi tu?" tanya Tiara yang baru bangun.

"Tengku Anis Irniya, pelajar dari Royal Highschool." Kata aku.

"Oh pesaing kau tu ke Eva?" tanya Felisya tiba-tiba.

Aku mengetap bibir. Ei Felisya ni. Sengaja nak bocorkan rahsia aku ke apa.

Serentak tangan mengetuk kepala Felisya.

"Dah jom basuh muka then ambik wuduk." ajak aku.

Waktu kami masuk ke surau, sudah ramai yang duduk bersila sambil memejam mata.

Mata aku terpandang Rayfal yang baru masuk ke dalam surau dengan songkok di kepala dan air wuduk yang membasahi muka.

'Oh my God! Handsomenya.'

Pagi-pagi cuci mata. Sedang ralit aku memandangnya, Rayfal berpaling.

Zapp!

Matanya tepat memandang mata aku. Senyuman terukir di bibirnya.

Aku terus tunduk. 'Alamak kantoi pula aku dok usya dia. Mesti kena bahan ni.'

Selepas semua pelajar dan guru masuk kedalam surau, Ustaz Kasim iaitu imam dari masjid berdekatan memulakan dengan bacaan Al Fatihah dan selawat.

Setelah itu, kami menunaikan solat sunat tahajjud, taubat dan hajat.

Tiba-tiba aku teringat dekat cousin kesayangan aku yang sudah pergi menemui-Nya. Tengku Lisa Raihana, i miss u.

🌼🌼🌼🌼

Selepas berehat selama dua jam, aktiviti jungle trekking dimulakan secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan bergerak setengah jam lewat dan mengikut anak panah yang disediakan.

Group 1

"Boleh rest sekejap tak. Penatlah."

Rayfal mengeluh.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora