LYT 15

28K 1.4K 3
                                    

Silent Evils

Eva hanya mengurungkan diri dalam bilik setiap kali lepas balik sekolah.

Felisya, Ruby dan Tiara duduk di ruang tamu.

Minggu lepas, Silent Evils dah pindah masuk ke villa yang grandpa mereka iaitu Tengku Henry hadiahkan. Villa dua tingkat dan mempunyai sepuluh buah bilik. Villa ni memang khas untuk diorang dan dekat dengan sekolah.

[media]

"Aku laparlah. Korang tak masak ke?" tanya Ruby. Tangannya mengusap perutnya.

Felisya geleng. Tiara langsung tak respon. Syok sangat dengan drama korea dia.

"Eva okey ke tak? Aku risaulah dia. Dah ada gastrik tapi tak nak makan." Felisya meluahkan rasa risaunya.

Mana taknya, sejak kejadian dua hari lepas waktu Eva mengamuk, sampailah sekarang gadis itu hanya diam je.

"Aku rasa sikap ice princess dia makin menjadi ah. Haish ini salah Diva Babe tu lah. Jeles agaknya tengok Eva dengan Rayfal." Tiara tiba-tiba menyampuk.

Hm.

Ting tong.

Semua pandang pintu. Nak tak nak, Felisya terus buka pintu. Dah dia yang paling dekat.

"Hai Felly." sapa si tetamu.

Dua orang jejaka masuk bersama seorang kanak-kanak perempuan.

"Ini, mama kirim makanan. Korang bukan rajin sangat nak masak an." kata Lutfi.

"Wah rezeki. Thanks Lut. Cakap kat mama, terima kasih. Macam tau-tau je." Tiara bangun.

Dia ke dapur untuk menghidang makanan yang dibawa Lutfi. Ikan keli goreng, sayur campur siap dengan dessert lagi. Muffin strawberi.

"Hai Lily. I miss you." ucap Ruby.

Lily duduk di atas riba Ruby. Tangannya bermain dengan rambut Ruby.

"Lily pun rindu kakak." terus pipi Ruby dicium kemudian beralih pada pipi Felisya yang berada di sebelahnya.

"Aloo manjanya budak kecik ni."

"Mana Kak Eva?" tanya Luqman.

Hm. Felisya mengeluh. Matanya memandang tangga.

"Atas."

Lutfi turut mengeluh. Dia bangun menuju dapur. Nak tengok apa yang dibuat oleh Tiara, jangan-jangan tengah melantak. Bukan betul sangat sepupu dia tu.

"Hah Luq tau." jerit Luqman.

Ruby dan Felisya mengusap dada kemudian menjegilkan mata ke arah Luqman.

"Apa abang ni. Jerit-jerit. Gila ke?" hah kau. Bila Lily dah bersuara.

"Uish sampai hati adik. Abang tak nak belanja lagi." Luqman buat-buat merajuk.

Lily mencebik.

"Lily rindu Kak Eva tak? Apa kata Lily pujuk kakak Lily tu. Dia kat atas." ujar Luqman.

Diam.

"Haah lah. Lily kan kelemahan Eva. Mesti dia okey punya." Tiara menyampuk lagi.

Lily mengerutkan dahi. Walaupun dia baru berusia 11 tahun, tapi pemikirannya bagaikan gadis sekolah menengah. Matang. Kadang-kadang manja.

"Ha, Kak Eva merajuk eh. Dia marah siapa?" tanya Lily.

"Adalah manusia tu. Annoying. Diorang memang suka sakitkan hati kitorang. Lily tolong pujuk eh. Kakak Lily tu tak makan lagi. Nanti gastrik." kata Felisya lagi.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now