LYT 29

23.1K 1.1K 11
                                    

Rayfal duduk dalam bilik. Memikirkan sesuatu yang selalu mengganggu fikirannya.

'Dia ke? Senyuman tu. Same like her.' getus hatinya.

Rayfal bangun dan menuju ke balkoni. Dia mengeluh. Pandangannya jauh renung langit yang kelam itu.

Terasa tepukan lembut di bahunya.

"Kenapa dengan kau ni Fal? Takkan gaduh lagi dengan Eva kot. Bukan dah baik ke?"

Rayfal angguk. Dia diam seketika sebelum berkata.

"Aku curious. Is it Eva, the girl that i search for 12 years? Dia ke Fir?" tanya Rayfal.

Firash pula dah terkejut. Sudah lama Rayfal tidak bercakap tentang hal itu.

"Apa yang buatkan kau terfikir that girl u know when u 5 years old is Eva?"

Rayfal terdiam.

"Her smile. Senyuman dia sebijik. Lagi pun nama dia Amanda juga. And dia pun baru balik dari Spain kan. I think she have family there. Maybe cousins. Kalau tak, dia duduk mana waktu jadi transfer student tu." Rayfal mula mengeluarkan persoalan bagi mendapatkan bukti.

Firash pula dah terkelu. Dalam hati dia turut mengiakan.

Rayfal dipandang. "I think u need to ask her about that Fal. Maybe yes and maybe its wrong."

Rayfal mengeluh lagi. Dia berharap sangat dapat ditemukan kembali dengan budak perempuan yang menjadi rakannya 12 tahun yang lalu.

'Manda, where are u?'

🌼🌼🌼🌼

Selepas makan malam, Tiara bersiap-siap menukar baju. Dia mengenakan hoodie biru gelap dan jeans hitam. Rambut diikat kuda. Kemudian dia turun ke bawah.

Felisya memandang pelik. Dahinya berkerut seribu.

"Where are u going Tia? Dengan pakaian macam...."

"Haah. Macam nak pergi bunuh orang pun ada juga." Ruby menyampuk sebelum sempat Felisya habiskan ayatnya.

Habis dijelingnya Ruby.

Eva yang baru keluar daripada dapur setelah selesai membasuh pinggan mangkuk turut memberikan pandangan ingin tahu kepada Tiara. Kening dijongketkan.

"Oh aku nak pergi pejabat ayah jap. He call me just now. I dont know why but suara macam minta tolong pun ada gak." terang Tiara.

Eva berpandangan dengan Felisya dan Ruby. Masing-masing berdiri memandang Tiara.

"Aku ikut. Lagi pun bahaya kau keluar sorang. Dah malam ni." kata Eva. Terus sahaja dia menuju ke pintu.

Tiara angguk. Ya dia pun risau nak keluar seorang diri. Bahaya tak kira masa kan?

"Kitorang pun nak ikut. Jap nak ambik wallet and phone. Wait." ujar Felisya sebelum dia dan Ruby naik ke bilik.

"Fel ambikkan wallet aku sekali. Atas meja!" jerit Eva dari bawah.

Lima minit kemudian, mereka bergerak ke kereta Mercedes. Pintu sudah pun dikunci.

Sampai sahaja mereka di hadapan bangunan dua tingkat bertulis Firma Guaman Faizal, terus mereka keluar. Kelihatan ramai orang di hadapan bangunan itu.

"Apa jadi ni? Ayah!" Tiara terus berlari masuk ke dalam. Dia tak kisah walaupun orang ramai menghalangnya.

"Fel and Ruby wait here. Call police and ambulance. Aku follow Tiara." arah Eva sebelum dia masuk ke dalam.

Buka sahaja pintu, asap tebal mengganggu penglihatannya. Eva dan Tiara menutup mulutnya. Nasib baiklah bawa mask.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now