SPECIAL CHAPTER 4

18.4K 1K 20
                                    

Rayfal tengah termenung di taman rumah bila bahunya ditepuk seseorang.

Tersentak.

"Oi kau ni Fir. Datang bukan nak bagi salam. Hah bila kau sampai ni?" tanya Rayfal.

Firash tersengih kambing. Kerusi sebelah Rayfal ditarik.

"Baru je ni. Yang kau suruh aku datang jumpa kau ni pehal? Aku busy lah uruskan company daddy aku tu. Sorry lah baru ada masa." ujar Firash.

Sejak minggu lepas lagi Rayfal ada call ajak dia berjumpa. Tapi kerana kesibukan menguruskan syarikat daddynya, terpaksalah Firash menunda ke hari ini.

Rayfal sudah tersenyum senget mendengar soalan sepupunya.

"Hah. Nasib baik kau ingatkan aku. Aku nak tanya ni. Jawab dengan jujur eh."

Firash angguk. Dalam hati dah pelik.

"Kau sayang Tiara?"

Angguk.

"Kau cintakan dia?"

Angguk lagi.

"Kau takkan sakitkan hati dia?"

Angguk lagi.

"Kau nak kahwin dengan dia?"

Angguk.

"Kalau macam tu..."

"Kejap. Kau ni pehal tanya aku soalan macam tu. Mestilah aku sayang dia. Cinta. Jangan cakap kau..." Firash mula membuat andaian.

Rayfal menyepak kaki Firash. Mengaduh sakit lelaki itu.

"Kau jangan nak fikir aku cuba rampas dia. Eva aku campak kat mana. Mati kena tembak nanti aku dengan Eva kalau buat hal, lagi-lagi dengan cousins dia. Kau ni pun. Dengarlah dulu." marah Rayfal.

Firash tersengih. Kepalanya digaru.

"Dah kau tu lambat sangat nak cakap. Itu yang aku fikir camtu. Sorry lah bro."

Rayfal menjeling.

"Aku ni nak tolong kau. Eva suruh kau merisik dan meminang terus Tiara. Ikat dia dengan pertunangan."

Firash membulatkan mata dan memandang wajah Rayfal.

"Tunang? Aku dengan Tiara? Seriouslah Eva suruh buat gitu? Hoho kau gurau ke Fal?" Firash bertanya dengan nada gembira.

Rayfal angguk. "Ya. Dia nak Tiara dan Ruby lepas dulu then baru kitorang. Sekali dengan Is and Fel. Faham?" kata Rayfal lagi.

Firash pantas mengangguk. Segera dia bangun dan berjabat tangan dengan Rayfal.

"Thanks Fal. Thanks juga kat Eva. Aku nak beritahu parents aku supaya masuk pinang Tiara secepatnya. Aku balik dulu. Again, thanks bro. Cau!"

Rayfal ternganga dengan telatah sepupu aka sahabatnya. Kepala digelengkan.

"Yelah Fir. Hati-hati." jeritnya.

Kemudian Rayfal memandang langit. Indah sungguh malam itu dengan bintang yang berkerlipan dan bulan penuh.

'Eva, i miss u.'

🌼🌼🌼🌼

Hujung minggu itu, Tiara mengambil keputusan untuk duduk sahaja di rumah. Malas dia nak keluar pergi mana-mana.

Selesai mandi dan bersarapan, dia naik semula ke bilik untuk menonton drama korea di laptop.

"Lama betul aku tak layan cerita ni. Mari kita enjoy." ucap Tiara sendirian.

Drama korea While You Were Sleeping menjadi pilihan walaupun dia dah pernah tonton cerita tu.

Tiara yang memakai earphone tak dengar bila pintu biliknya diketuk.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt