LYT 71

21.1K 1.2K 100
                                    

Jemputlah baca my third story.
~ Sweet Gangster Couple ~

❤❤❤❤❤

Memandangkan minggu ni ialah minggu peperiksaan bagi tingkatan 5, SE tidak duduk di villa mereka. Masing-masing pulang ke rumah.

Setiap petang mereka akan study bersama di gazebo rumah Eva kerana Felisya tidak dibenarkan bergerak lebih. Keadaannya masih belum pulih sepenuhnya.

Pagi itu, mereka berdua turun ke ruang makan bersama.

"Eh awalnya anak-anak bonda siap? Baru 6.20 pagi ni." tegur Tengku Firda yang sedang siapkan breakfast bersama pembantu rumah.

Eva mencapai nuget yang terhidang atas meja.

"Felisya ni excited nak pergi sekolah. Yelah orang baru nak sihatkan. Ikut jelah." jawab Eva.

Felisya menjeling. Dicubit lengan Eva perlahan.

"Eh anak walid dah bangun? Its so surprise! Biasanya sekarang baru bangun tidur kan?" usik Tengku Elman.

Eva dan Felisya buat muka. "Kitorang dah berubahlah walid. Lagi pun minggu ni exam kan." balas Eva.

Tengku Elman ketawa. Sementara menunggu yang lain, mereka berbual dulu. Macam-macam cerita yang keluar.

"Rancaknya borak."

"Sedapnya bau. Bonda masak nasi goreng kampunglah. Lama tak makan." ujar Elvin.

Eriq menggeleng. "Kau cakap macam jarang sangat makan masakan bonda. Padahal kat sana selalu je bonda masak. Over." ujar Eriq mengusik adiknya.

"Along, UK dan Malaysia tu beza tau. Dah lah aku nak makan."

Baru je Elvin nak suap sesudu nasi ke mulutny, Tengku Elman berkata.

"Angah, baca doa."

Elvin tersenyum malu. Eva dah gelak.

"Along, Liya dah bangun? Dia okey tak?" tanya Tengku Firda.

Eriq angguk. "Dah lama bangun bonda. Dia nak keluar tadi tapi along halang. Degil."

"Amboi along. Suka dia je cakap macam tu. Fel beritahu kak long nanti. Baru padan muka. Kak long mestilah bosan duduk je." kata Felisya.

"Entah along ni. Apalah. By the way, baby Arraz dah bangun belum?" tanya Eva pula.

Eriq angguk.

Waktu Felisya warded, Liyana isteri Eriq telah selamat melahirkan seorang baby boy. Tengku Arraz Sufyan. Comel.

"Kami gerak dulu ya. Nak tengok baby kejap. Jom Eva."  Ajak Felisya.

"Hari ni angah hantar. Eh bukan. Sepanjang korang exam sampai majlis tu, korang tak boleh drive sendiri." ujar Elvin.

"Kenapa pula? Angah ni macam-macamlah." bantah Eva.

"Atuk yang suruh Eva. Demi keselamatan kamu berdua. Tiara dan Ruby juga macam tu." jawab Tengku Elman.

"Okey fine."

Eva dan Felisya terus ke bilik tetamu di tingkat bawah untuk tengok kakak ipar mereka dan baby Arraz.

Setelah itu, mereka bergerak ke sekolah dihantar Elvin menaiki kereta Mercedes.

🌼🌼🌼🌼

Najmi mengeluh. Dipandang rakannya yang lain yang baru keluar dari dewan.

"Jom pergi makan. Laparlah." ajak Firash.

4K berlalu ke kafe. Memandangkan sekarang bukan waktu rehat, jadi kafe kelihatan lengang.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now