LYT 51

21K 1K 25
                                    

Rayfal dan Eva membuat keputusan untuk meronda belakang sekolah. Apatah lagi, ramai guru tiada kerana menghadiri meeting di luar.

Rayfal memandang tepinya.

"Eva." panggilnya.

"Hm."

Rayfal menggosok tengkuk. Aura gadis di sebelahnya sangat dingin hari ni.

"I'm sorry." kata Rayfal perlahan.

Eva mengerut dahi. Dia berhenti melangkah dan memandang Rayfal lama.

"Why? Kau ada buat salah dengan aku ke? Rasa macam takde."

"Pasal kat airport tu. Yang Iskandar..."

Eva melorek senyuman nipis. "Aku tak kisah sangatlah. Bff aku yang terasa aku okey je. Lagi pun, it is not u who should to apologize. Iskandar yang patut ucap maaf tu pada diorang. Felly tu jenis memendam tau." beritahu Eva.

Rayfal mengeluh lega. Dipandang Eva yang masih tersenyum.

"Thank God. Aku takut je kau dingin sebab Iskandar tu. Takpe nanti aku suruh Is say sorry dekat SE eh. So kau tak marahlah kan?" tanya Rayfal lagi.

Eva menggeleng. Dia berjalan melepasi Rayfal.

"Jom keluar petang ni. Just the two of us."

Eva mengangguk. Dalam hatinya dah bersorak gembira.

Rayfal pula tersenyum lebar.

"Amboi. Tak sangka pula ada orang dating kat belakang sekolah." sampuk satu suara di belakang mereka.

Eva dan Rayfal berpaling. Berdiri di hadapannya empat orang pelajar lelaki. Pelajar baru tadi.

"Yes? So what if we dating here? Tempat ni hak kau ke?" tanya Eva tenang.

"Nope. Just saying. Kau Eva, leader for Silent Evils?" tanya Syed Hairiz, leader geng Lotus.

Eva angguk tanpa niat nak bersuara.

"Wow. Tak sangka kau ni cantik jugakan. Nak tak jadi awek aku seminggu?"

Eva mengangkat kening. Badan disandarkan ke dinding. Tangan pula disilang di dada.

"Putera Qairi right? I am sorry but u are not my taste at all. Try to other girls okay." balas Eva.

Putera Qairi berjalan menghampiri Eva dengan senyuman mautnya yang mampu cairkan hati siapa je yang tengok. Tapi bukan Eva.

Rayfal cuba menghalang. "Go back to your class. Nak kena denda ke?" katanya.

Putera Qairi menolak perlahan bahu Rayfal dan dia sudah pun berdiri di hadapan Eva. Senyuman terukir.

"Panggil Putera. Or u can call me Prince." ucapnya.

"Prince? It suit u. Prince of crocodile. By the way, tak payah nak goda aku sangat. Aku takkan masuk perangkap kaulah."

"Alaa belum cuba belum tahu."

Putera Qairi merapatkan lagj badannya pada Eva yang masih bersandar.

Tangan kanannya dinaikkan untuk mengelus lembut pipi Eva. Tapi tak sempat pun bila Eva menepis tangan itu dan menolak lelaki di hadapannya ke dinding. Rahang Putera di cengkam.

"I said don't try on me. Balik kelas atau denda. U choose." Eva berkata dengan suara datar.

Putera terus berjalan ke arah temannya dan berlalu pergi dari situ. Wajahnya merah tahan marah.

Eva membetulkan bajunya dan memandang Rayfal. Kening diangkat.

"Jomlah balik kelas. Rehat pun lagi setengah jam."

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now