LYT 88

21.8K 1.2K 109
                                    

Flashback

Rayfal baru selesai mengeluarkan duit dari mesin Atm apabila dia ternampak kelibat Eva memasuki sebuah kafe sendirian.

"Buat apa dia ke situ? Lepak kot. Tapi takkan sorang?" kata Rayfal kepada dirinya.

Kerana perasaan tertanya-tanya dalam dirinya, Rayfal turut melangkah masuk ke dalam kafe tersebut dan matanya melilau mencari kelibat sang gadis.

Nun di satu sudut, Eva tengah duduk sambil bermain Samsung J7 miliknya. Rayfal mendekat.

"Ehem miss. Can i sit here?" tanya Rayfal seakan tidak mengenali Eva.

Eva hanya mengangguk tanpa bersuara. Matanya fokus memandang skrin handphone. Rayfal memanjangkan kepala ingin melihat apa yang sedang dilakukan oleh Eva.

Mulut Rayfal melopong. 'Like seriously? Eva main game? Candy crush pula tu.' ujar Rayfal dalam hati.

Rayfal mengambil keputusan untuk memandang sahaja wajah Eva. Kepala diletak di atas tangan dan wajah Eva ditenung.

"Miss, can i ask direction to u?" tanya Eva.

"Yeah sure. Awak nak pergi mana?" balas Eva namun kepala masih ditunduk kebawah.

"Ke hati awak." ucap Rayfal sambil tersenyum.

Eva tersentak. Terus kepala diangkat dan dia terkedu. Matanya bertemu dengan mata cantik milik Rayfal.

Rayfal mengenyitkan matanya dan Eva terus pandang tempat lain.

"Kau...Kau buat..apa kat sini?" tanya Eva.

Rayfal senyum. "Saje. Pandang kau main game. Bukan main fokus eh sampai tak pandang langsung muka aku." jawab Rayfal.

Eva tergelak.

"Sorry. Aku bosan. Salah satu cara nak hilangkan kebosanan ialah aku akan main game."

Rayfal bangun. Tangan Eva dicapai dan ditarik untuk mengikutinya.

"Eh eh. Nak kemana ni? Aku tak bayar lagilah air ni." kata Eva sambil menunjuk gelas berisi watermelon juice yang sudah tinggal separuh.

"Aku bayarkan. Jom."

Selesai membayar, mereka menuju ke kereta sport Skyline biru milik Rayfal.

"Kau bawa kereta?"

Eva geleng. "Aku naik grab ke sini. Malas drive." ujarnya.

"Cun. Mari masuk princess."

Rayfal membuka pintu untuk Eva dan kereta mula bergerak. Hampir 30 minit perjalanan, kereta dipark di basement sebuah bangunan.

"Paradigm Mall? Nak buat apa kat sini?"

"Nak masak. Mestilah nak hilangkan bosan kau miss Eva sayang." jawab Rayfal.

Eva menjulingkan mata. "Lawak Fal. Lawak." katanya. Padahal dalam hati dah berdegup bila Rayfal panggil sayang.

Mereka berdua pergi ke tingkat bawah sekali.

"Ice skating? Tak naklah Fal."

Rayfal menjongketkan kening. "Takut ke?" perlinya.

Eva menjeling. "Yes. Tak payah perli sangat. Ice skate dengan aku memang bukan best friend dari dulu. Ada je masalah. Aku tak nak." bantah Eva bila lelaki itu ingin memakaikan dia kasut.

"Ala. Aku janji hari ni kau takkan hadapi sebarang masalah. Aku akan jaga kau baik-baik dan takkan tinggalkan kau sendirian." janji Rayfal.

Eva diam. 'Aku harap ianya akan jadi realiti Fal. U will not leave me alone.'

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now