LYT 21

25.1K 1.3K 55
                                    

SPARKLE HIGHSCHOOL

Eva duduk di sofa di dalam bilik pengetua iaitu atuknya, Tengku Fauzi.

Sempat lagi tangannya mencapai majalah di atas meja. Bosan menunggu.

"Atuk, mana diorang ni. Bukan atuk dah beritahu dari semalam ke?" rungutnya.

Tengku Fauzi mengeluh. Bahu diangkat.

"4 Knights cakap diorang memang lambat sikit. Ada hal kat sekolah lama. Kalau sepupu kamu yang lain, atuk tak tau. Eva kan satu rumah ngan diorang." terang Tengku Fauzi.

Eva mengeluh. Em. Dia pun lupa yang diorang berempat satu rumah eh. Kejap lagi sampailah tu.

Tok! Tok!

"Assalamualaikum.."

"Morning."

Eva menjeling tiga orang gadis yang tersenyum lebar itu.

"Ceria betul. Tapi aku kat sini macam nak meletup dah tunggu korang." sekali kena sindir da.

Ruby sengih.

"So apa yang atuk nak cakap tu. Macam penting je." soal Tiara.

Mata Tengku Fauzi memandang cucunya di sofa.

"Tanya cousin kamu tu. Dia yang rancang and atuk setuju. Korang bincanglah apa yang patut."

Tiga pasang mata memandang Eva. Terus mereka duduk di sofa yang muat untuk mereka.

"Macam ni, aku minta geng Renggo tolong kita......"

Tak sempat nak habiskan ayat, dah ada yang menyampuk.

"Renggo?! Tolong apa? Aduh." Felisya mengaduh.

Dipandang wajah Eva. Bengang.

"Bagi aku habiskan ayat boleh tak?! Siapa yang potong lagi aku campak keluar." ugut Eva.

"Aku syak Jessica and the geng ada buat komplot dengan orang lain untuk cari pasal dengan kita. So aku minta tolong Renggo siasat siapa orang tu and motif. One more thing, aku rasa Irene tak terlibat dalam plan bodoh Jessica untuk jatuhkan kita. Dia pun takde kat sekolah. Balik kampung sebab ayah dia sakit. Minggu depan baru dia datang sekolah. Aku nak siapa antara kita cuba untuk rapat dengan Irene and korek rahsia DB. I'm sure she can help." sambung Eva panjang lebar.

Tiara angkat tangan.

"Aku. Nanti aku try slowtalk dengan dia. Aku pun yakin dia boleh bantu." kata Tiara.

"Korang, aku dengar cita pagi tadi. Daria dah masuk Diva Babe weh." Felisya memberitahu.

Ruby dan Tiara mengangguk mengiakan. Eva sudah mengurut kepala. Pening.

Tengku Fauzi berdeham.

"Atuk ada benda nak beritahu pasal budak baru tu. Semalam atuk terlupa."

Silent Evils mendekati meja kerja Tengku Fauzi. "Apa dia atuk?"

Tengku Fauzi kelihatan serba salah nak beritahu.

"Tengku Daria ialah pelajar pertukaran dari England. Dia pernah ada masalah before this."

"Masalah apa? Eish atuk ni. Janganlah cakap separuh gitu." Ruby mula tak sabar.

Huh.

"Depression. Dan......Psiko."

Silent Evils ternganga. Terlopong. Terkedu. Tergamam.

"Scary gila."

"So i hope that u all will be fine. Take care of yourself. Please, jangan berpecah dengan 4K. Atuk risau. Parents dia nak sangat dia masuk sini sebab mereka yakin yang SE boleh handle." sambung Tengku Fauzi.

Diam. Eva seperti memikirkan sesuatu. 'Aku macam pernah dengar nama dia. Tapi kat mana eh.' getus hati Eva.

"Insya -Allah atuk. Kami akan selamat dan sentiasa berhati-hati."

Kringgg.

Dengar je bunyi loceng, mereka berempat meminta diri ke kelas.

🌼🌼🌼🌼

4 Knights pov

Empat lelaki menapak keluar daripada bilik pengetua dengan keluhan dan kerutan di dahi.

Langkah mereka dibawa ke kelas 5 Diamond. Dilihat gadis-gadis pujaan hati sedang membuat kerja.

Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, terus mereka duduk di belakang gadis-gadis yang digeruni di sekolah.

"Weh, tiba-tiba aku rasa seram." ujar Firash.

Gadis-gadis dihadapan menoleh belakang.

"Kenapa?" Tiara bertanya.

4 Knights mengeluh lemah.

"Pasal budak baru tu. Tengku Daria." ucap Iskandar.

Rayfal termenung. 'Banyaknya kes kena settle. Err.'

Rayfal terasa dirinya direnung tajam oleh seseorang. Bila dia angkat je muka, air liur ditelan kasar.

Wajah Eva yang tiada riak menyapa pandangan. Dingin.

"What's wrong Eva?"

"Kau jangan layan perempuan tu eh Rayfal. Psiko gila tu. Jaga-jaga sikit." pesan Eva dengan suara keras.

Rayfal mengangkat tangan paras bahu seakan berjanji.

"Promise u. Alaaaa sorry k. Hari tu kan tak tau."

Tanpa mereka sedari, gelagat mereka diperhatikan enam pasang mata. Mereka berdeham.

Rayfal dan Eva berpaling kemudian mengangkat kening.

"Dah korang ni pehal pula?" Eva pelik. Mana taknya, semua pandang dengan senyuman.

"Haah, lain macam je senyuman korang ni." Rayfal sambung.

Felisya menyilang tangan ke dada kemudian bersandar di kerusi.

"Korang ni ada apa-apa ke? Macam pelik je." Felisya tanya. Keningnya diangkat banyak kali.

Tanpa diduga, wajah Eva merah tahan malu. Rayfal pula dah pandang tempat lain.

"Asal cakap cam tu? Kitorang kawan je lah. Kan Manda?"

Eva memandang Rayfal lama. Amanda? Kenapa aku rasa dejavu ni. Dia.......

Rayfal menepuk dahi. Apehal keluar nama Manda pula ni? Arghh.

"Eh Fal. Kenapa kau panggil Manda pula ni? Oh aku tau. Panggilan manja eh?" Usik Firash.

"Alamakkk aihh sweet! Kalau betul, aku ship korang weh. Kapal, kapal." Najmi pula sambung.

Iskandar dah senyum. Ruby dan Felisya dah ketawa gila-gila. Tiara pula hanya tergelak kecil.

Rayfal dan Eva bertatapan. Erk. Terus masing-masing pandang tempat lain.

Dada ditekap. Dalam diam, dada mereka berdebar. Dalam hati dah timbul satu perasaan baru.






























'Adakah ini yang dinamakan cinta?' bisik hati mereka berdua.


🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now