LYT 69

20.6K 1.2K 173
                                    

Sorry for the late. Jangan meroyan ye hehe..  enjoy k. Jangan la emo sangat 😄 chill and relax.

LYT will end soon..........

❤❤❤❤❤❤❤




Selepas seminggu tidak hadir, Eva, Tiara dan Ruby datang ke sekolah dengan driver family Tiara.

Bila kereta Honda City berhenti di depan pagar sekolah, Eva mengeluh.

"Its awkward without her." katanya perlahan.

Tiara dan Ruby berpandangan kemudian turut mengeluh.

"Sabarlah Eva. Tak lama lagi baiklah Felisya tu. Jangan fikir sangat. Nanti belajar apa pun tak masuk. Nak exam kan." nasihat Pak Man, driver family Tiara.

Eva senyum pandang Pak Man dan dua cousinnya.

Mereka sama-sama menapak keluar dari kereta dan berjalan ke pagar. Sepanjang langkah ke kelas, ramai yang pandang mereka. Bukan dengan riak kasihan ataupun sedih, tapi wajah meluat dan senyuman mengejek yang mereka dapat.

"Apa lagi diorang ni? Pagi-pagi selalu nak buat aku annoying je." ujar Ruby.

Ting!

Iphone Tiara berbunyi. Chat dari Irene dibuka.

Pergi dekat board terdekat. Someone cuba fitnah korang.

Tiara mendengus. Ditarik tangan Eva dan Ruby ke board yang berada di bangunan kelas mereka.

"Woi aku nak masuk kelaslah." marah Eva.

Ramai yang melihat kertas apatah di papan itu jadi Tiara jerit je dan mereka semua membuka jalan.

Tiara melopong.

Mata Eva terbeliak.

Ruby terkejut. Tangan dikepal penumbuk.

Bam!

Papan itu ditumbuk kuat. Ruby memandang satu persatu wajah di belakangnya.

"Siapa yang tampal semua ni? Baik mengaku sebelum kitorang check cctv. Lagi teruk korang kena nanti." kata Ruby dengan tegas.

Di papan kenyataan itu, terpampang jelas gambar SE bersama The Prince dan Tengku Fauzi waktu di kem.

Ada juga gambar Eva masuk ke dalam bilik Tengku Fauzi. 

Tak cukup dengan gambar, ayat yang bertaip dakwat merah dibaca.

Ini ke perempuan yang semua dok puji tu? Perangai macam sundal, jalang. Perempuan murah. Tak cukup dengan seorang. Kesian 4K sebab kena tipu dengan perempuan macam ni!

Ruby yang berbalut di kepala menyandarkan badan ke dinding.

"Siapa yang bangang sangat ni? Siapa yang tahu tolong cakap. Sebelum tindakan lebih berat baik mengaku." ujar Ruby lagi.

Semua diam. Ada juga yang terus pergi tanpa mengendahkan amarah Ruby.

Kini hanya Katerina yang berdepan dengan mereka bertiga.

"Kau nak apa? Aku takde mood nak gaduh." ujar Eva.

Katerina sinis. "Takde apa. Just nak luahkan apa yang aku rasa sekarang. Mana Felisya? Oh lupa. Warded kan? Itulah. Ada hati nak caras orang punya kan dah kena. Haha kesian." ujarnya sambil bermain dengan kuku yang diwarnakan hijau. Macam badut pun ada.

Tiara tahu Eva tengah geram sebab ada orang kutuk Felisya. Digenggam erat jemari kanan Eva supaya tidak menyerang Katerina. Ruby menjeling.

"Kau jangan nak menuduh boleh tak. Buatnya apa yang kau cakap tu bukan perkara betul, itu dikira fitnah okey. Aku boleh saman kau sebab sebarkan perkara buruk macam ni dan kaitkan Tuan dalam hal ni. Jangan sampai kau jawab exam dalam jail." ugut Ruby dengan nada sinis.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now