SPECIAL CHAPTER 8

17.5K 940 28
                                    

Elvin masuk ke dalam bilik tidurnya setelah menyiapkan sedikit kerja di ruang tamu. Kelihatan isterinya, Husna sedang berdiri di balkoni sambil merenung alam yang semakin gelap.

"Sayang, tak baguslah kena angin malam waktu pregnant. Jom masuk." tegur Elvin.

Dia memaut bahu Husna dan melangkah ke sofa yang ada dalam biliknya.

"Abang dah siap buat kerja?" tanya Husna. Perut bulatnya diusap lembut.

Elvin angguk. "Sayang menungkan apa tadi? Sampai abang masuk pun tak perasan." tanya Elvin.

Husna sengih. "Teringat kat abanglah. Waktu first time kita jumpa kat UK tu." kata Husna.

Elvin tersenyum. Dia masih ingat lagi waktu tu.

Flashback

Seorang gadis cantik bertudung laju berlari mengejar seorang peragut yang baru sahaja menyerang seorang wanita di hadapan sebuah kedai.

Sampai di satu selekoh, gadis itu terlanggar seseorang sehingga membuatkan barang yang dibawanya jatuh ke atas jalan.

Habis kemek tin tuna dan sepapan telur dibawa pemuda itu.

"I am so sorry sir. Its all my fault. If only i didn't run into u. What i have to do now?" gelabah si gadis itu bertanya.

Wajah pemuda di hadapannya dipandang lama. Satu sahaja yang muncul di kepalanya. Kacak!

Rambut yang sedikit perang beralun kerana ditiup angin. Muka putihnya dengan hidung mancung membuatkan si gadis percaya bahawa pemuda itu merupakan orang tempatan. Matanya yang berwarna seakan-akan biru laut sangat memikat sesiapa sahaja yang memandang. Begitu juga dengan dia.

Bagaikan baru tersedar, si gadis memandang ke hadapan. Penumbuknya dikepal dan kaki dihentak tanda geram.

"Argghh!! Tak guna! Dah terlepas." ujarnya perlahan.

Pemuda itu tersenyum sedikit mendengar ayat itu.

"Takpe. I boleh pergi beli yang baru." kata pemuda itu.

Si gadis tercengang. Wajahnya jelas terkejut.

"You're Malaysian? Malay?"

Pemuda itu mengangguk. "I tau mesti u fikir i orang tempatan kan. I mix Malaysian and Spain. Elvin. Nice to meet u." terang pemuda itu.

Si gadis tergelak kecil. Ya itulah yang dia fikir. Orang tempatan.

"Husna Ifti. Just Husna. Nice to mee u too. I beli yang baru ye barang u."

Elvin menggeleng. "Never mind. I nampak u macam rush je. I boleh pergi beli sendiri." ucapnya lagi.

Husna mengeluh. Nampak gaya terlepaslah peragut tadi.

"Takpe i teman. Nanti i tolong bayar. Tanda maaf."

Elvin hanya mengangguk. Kalau dia menghalang, pasti gadis itu makin berkeras. Jadi biarkanlah.

Sejak dari itu, Elvin dan Husna mula berkawan. Mereka sering keluar bersama.

Elvin tahu tentang Husna. Gadis itu anak yatim piatu yang mendapat biasiswa untuk menyambung pelajaran ke UK. Husna mengambil jurusan undang-undang.

Husna juga tahu mengenai Elvin yang masih lagi belajar serta duduk bersama walid dan bondanya.

"Tak sangkakan sayang. I meet u then we became friends and now u are my wife." ucap Elvin dengan senyum lebar.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now