LYT 41

21.6K 1.1K 13
                                    

Promote time😉

Dark Past by ijoshh_

❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Ruby pov

Hari kedua di UK. Berlalu dengan agak aman dan tenang. Dua jejaka yang tidak menyenangi aku dan SE pada mulanya mula berubah fikiran.

Kami bekerjasama dengan agak baik. Daripada siasatan dan intipan yang dilakukan, kami tau siapa yang sedang merancang untuk menyerang walid dan bonda.

"Ruby, macam mana dengan orang tu?" tanya Eva.

Aku terus menekan folder document di laptop. Keluar gambar seorang lelaki bertopi dengan pakaian agak berjenama sedang menghisap rokok.

Eva memandang lama. Mungkin cuba mengingati wajah orang yang ingin mencederakan parents dia.

"Well. Nama dia Fairuz. Bekas pekerja dekat Sparkle Holding di UK. Bekerja bahagian kewangan. Tapi dua bulan lepas dia dipecat kerana pecah amanah. Sebab dia, syarikat hampir hilang projek jutaan dolar." terang aku.

Eva mengangguk faham. Dia duduk di sebelah aku.

"But why walid tak report polis?"

Aku mengeluh. Dipandang wajah Eva.

"Eva, u know walid. Sifat kesian dalam diri dia tu tinggi. Thats why dia tak nak report. Sebab Fairuz ni dikira pekerja lama. Lagi pun, dia seorang anak lelaki dalam family. Harapan keluarga. Thats why dia marah walid buang dia."

Eva mengeluh.

"So now, dia belum mulakan apa-apakan? Dia buat apa sekarang?"
Aku menggeleng. "Dia bekerja sementara jadi driver. Kau ni, baru balik jumpa angah ke?" tanya aku.

Patutlah Eva tak tahu pasal ni, baru aku ingat dia cakap nak jumpa angah dekat mall. Angah iaitu abang kedua Eva, Tengku Elvin Asrudin. Dia sambung master kat sini. Duduk dengan parents Eva.

Eva angguk. "Kalau kau tengok muka dia, sumpah lawak weh. Itu ah tak percaya sangat aku kat sini. Tapikan....Aku rasa lain."

Aku dah pandang muka Eva.

Belum sempat Eva nak cakap, pintu dibuka dari luar. Tiara dan Felisya masuk dengan wajah ceria. Di tangan penuh dengan beg-beg kertas.

"Woii pergi mana ni? Shopping tak mengajak eh." sergahku.

"Haha tak plan pun actually. Kitorang keluar dengan 4K."

Aku dan Eva membulatkan mata.
Terus Eva memukul lengan Felisya dan Tiara.

"Oi sakitlah. Kitorang just keluar dengan Firash dan Iskandar jelah. No Rayfal. No Najmi." kata Tiara.

Aku menghembus nafas lega. Eva diam tapi aku tau dia turut lega.

"SUdah. Aku nak dengar cerita Eva. Go on Eva."

Tiara dan Felisya meletak beg dan barang-barang di lantai. Kemudian menarik tangan aku dan Eva untuk duduk di balkoni.

"Hah kenapa? Tadi kau keluar dengan angah kan?" tanya Felisya.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now