LYT 58

19.8K 1K 24
                                    

SKY ACADEMY

Duah buah kereta asing meluncur laju ke dalam kawasan sekolah dan parking betul-betul di hadapan tempat letak kenderaan milik The Prince.

Para pelajar yang baru datang melihat plat number kereta tersebut. Masing-masing terlopong.

Empat orang gadis keluar dengan pakaian sekolah lain dan terus berjalan menuju ke bangunan utama sekolah itu.

Bisikan yang didengari hanya dibiar.

"Woo cantik siot."

"Apa dorang buat kat sini?"

"Hot gila diorang."

The Princess yang baru tiba rasa hairan. Siapa yang pelajar sekolah ini katakan. Macam terkenal sangat je.

"Aku heranlah. Siapa yang rampas title 'hot' kat sekolah ni." ujar Raja Khairina, ahli The Princess.

Bahunya ditolak kasar. "Perasan eh kau. Fikir kau cantik sangat ke?" balas Tengku Hanna Delila, leader The Princess.

Khairina mencebik bibir. "Beb, pleaselah. Buruk gila muka u buat bibir cam tu. Meluat!" kutuk Tunku Zahara.

"Yes. Thats right Zara. Kalau curious sangat, gi tanya sesiapa." kata Tengku Hanni Dahlia, kembar Hanna.

Apa lagi, terus sahaja Khairina menggamit seorang pelajar perempuan yang lalu sebelah mereka.

"Adik, kenapa suasana sekolah ni nampak lain eh? Is there someone yang lagi hot dari kitorang datang melawat? Lagi cantik dari akak ke?" tanya Khairina. Sempat lagi tu puji diri sendiri.

Pelajar perempuan itu diam. Perlahan dia angguk.

Khairina tak perasan sebab tengah usya kawasan sekolah. Zahara, Hanna dan Hanni dah tahan gelak.

"Mujur Rina tak perasan. If not, taufan melanda." bisik Hanna pada Hanni.

Khairina memandang pelajar tersebut kemudian mengangkat kening.

"Takde mulut nak jawab ke dik? Pagi-pagi jangan bagi hakak angin." ugut Khairina.

Pelajar perempuan itu menunduk. Takut. Raja Khairina, siapa yang tak kenal. Seorang yang ceria, kuat perasan, suka bergurau lagi dengan orang. Tapi kalau dah naik angin, ribut taufan semua melanda sekolah ni. Garang ya ampun. Kecut perut.

Zahara mengusap bahu temannya minta bersabar. "Hey rileks sudah lah. Bendera merah ke apa ni nak marah cam ni." ucapnya.

"Em senior SE yang datang. Dia park kereta dekat depan parking The Prince tadi. Itu yang kecoh. Maaf senior." jawab pelajar tadi.

The Princess berpandangan kemudian sama-sama ternganga.

"Oh God! They here? For real?" jerit Hanna.

Hanni mengetuk kepala kembarnya. Geram. "Kot ya pun behave sikit." pesannya.

"Where're they going?" Tanya Khairina lagi.

Pelajar tadi menunjuk ke bangunan utama. Khairina terus pecut ke sana. The Princess turut mengekori.

"Tak sabar betul si Rina ni." kata Zahara sambil menggeleng kepala.

Sampai di hadapan bilik meeting, Hanni menerjah masuk. Kenapa bukan Khairina? Haha. Khairina tengah tarik nafas kat luar. Penat berlari.

Sepuluh pasang mata memandang ke arah pintu. Terkejut!

"Ish terkejut saya. Ada apa The Princess?" Tengku Henry di kerusi tengah bertanya.

The Princess berdiri sambil tersengih.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now