LYT 7

30.8K 1.8K 8
                                    

Please vote this story ok👌
Thankss sape yg dah vote tu

SPARKLE HIGHSCHOOL

Rayfal pov

Aku pandang je empat orang gadis yang sedang melangkah masuk ke dalam kelas. Aku dapat rasakan dorang ni ada secret besar yang takde siapa pun tahu. Tapi apa?

Dan Eva. Aku rasa macam kenal dia tapi kat mana eh? Bila? Kejap. Nama dia Eva Amanda. Manda?

Cepat-cepat aku geleng. Huish gila apa. Takkanlah dia. No! Tak mungkinlah. Hm.

"Kau kenapa Fal? Tergeleng- geleng dari tadi. Sawan eh?" Firash menegur.

Aku geleng. Kacau je lah.

SE dah duduk di tempatnya iaitu di hadapan kami. Aku duduk di belakang Eva.

Tiba-tiba aku nampak Diva Babe jalan ke arah mereka. Nak perang lagi ke? Tak penat ke dorang ni.

Pap!

Eva mendongak. Aku pandang je wajah dia. Langsung takde riak.

"Kau kenapa ni Jessica? Pagi-pagi dah cari gaduh."

"Kau tu pehal. Kau kan yang mengadu kat pengetua. Beritahu yang aku buli junior. Kau kan?!"

Aku angkat kening kemudian berpandangan dengan kawan yang lain.

Felisya bangun. Dia berdiri di sebelah Eva berhadapan dengan Balqis.

"Dah lah tu Jessica. Cukuplah kau cari pasal. Eva takde mood sekarang."

Aku hanya memandang. Kalau tiba-tiba mencelah nanti aku juga yang kena fire. Huh.

🌼🌼🌼🌼

Felisya pov

Aku bengang. Perempuan ni tak nak blah pula. Ada sebab aku cakap macam tu.

Eva mengadu yang dia mimpikan Lisa, cousin mereka yang meninggal. Lisa menangis mengadu pada Eva dalam mimpi tu.

Memanglah Eva pun turut menangis. Sekarang aku tau dia memang takde mood.

"Aku tak kira. Aku tanya tu jawablah perempuan. Kau kan yang beritahu?" desak Jessica lagi.

Eva pula bangun. Ini petanda tak baik.

"Yes why? Tak puas hati? Kalau bukan sebab junior tu sendiri datang jumpa aku mengadu, takde lah aku nak report pasal kau dekat pengetua. Kau suruh diorang buat apa? Belikan makanan, kenakan budak yang kau tak suka. Lepastu bila diorang tak nak, kau tampar dia. Kau dengan Balqis pukul dia kan."

Aku tengok wajah Balqis dah lain. Huh nampak sangat. Jessica pula dah tergamam.

"Ya, memang tak nampak kesan pukul dekat muka. Sebab kau dengan Balqis pukul diorang kat badan. Jangan nak menidakkan. Aku tengok kesan lebam biru kat tangan diorang." Eva merenung tajam wajah Jessica.

Jessica ketap bibir. Jari telunjuknya diangkat tepat depan muka Eva. Ish perempuan ni.

Tiara dan Ruby pula kulihat malas nak melayan. Nanti semua geram, memang habis lah dua orang perempuan gedik depan dia ni.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin