LYT 76

20.5K 1.1K 41
                                    

IFTI SPY

Mereka berdua baru sahaja keluar daripada syarikat pengintipan itu. Ya kakak angkat mereka, Husna baru sahaja tubuhkan syarikat itu di Kuala Lumpur. Mereka berempat yang akan uruskan syarikat itu Husna busy di UK atau Spain.

Eva membuka Samsung J7 nya. Dia perasan tadi macam ada chat masuk.

"Eh Ruby call akulah. Pahal diorang ni." Ujar Tiara.

Mereka masuk ke dalam kereta Audi R8 dan Tiara ambil tempat pemandu.

"Ruby hantar voice kat group. Jap eh. Aku rasa tak sedap hatilah Tia." Ucap Eva.

Voice yang dihantar oleh Ruby ditekan.

"Cepat balik. Emergency!"

Eva memandang Tiara yang berhenti di traffic light.

"Tia aku rasa diorang dalam bahayalah. Jalan je terus. Cepat. Hati aku rasa something bad."

Dengar kata-kata Eva, terus sahaja kereta dipandu laju melanggar lampu isyarat.

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 45 minit bertukar menjadi 20 minit sahaja dengab cara pemanduan Tiara.

Kereta dipandu masuk ke dalam kawasan villa dan cepat sahaja mereka berlari ke pintu rumah.

Dari luar mereka dapat mendengar bunyi barang pecah dan suara jeritan Felisya dan Ruby yang tengah marah atau mungkin dalam ketakutan.

Pintu rumah ditolak dan Tiara pantas menuju ke suis utama. Sekelip mata sahaja rumah itu menjadi terang. Eva perasan dua lelaki yang sudah berlari ke dapur terus mengejar.

"Oi nak lari mana tu? S**t ah. B***. Pengecut!" Maki Eva bila dua lelaki itu berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang.

Sementara diruang tamu, Ruby dan Felisya seakan-akan trauma sekejap. Tiara memujuk Ruby yang masih menangis.

Eva datang dan memeluk erat Felisya yang berdiam diri. Mungkin masih terkejut dengan apa yang jadi.

"Fel, Ruby. Okey tak? Cedera tak? Lelaki tadi ada buat sesuatu dekat korang ke? Tell me guys. Aku risau ni." Tanya Eva bertalu-talu.

Diam.

Eva menarik nafas panjang kemudian berlalu ke dapur.

Dua gelas kaca diambil dan sebotol air masak dari peti dicapai.

Tiara menuangkan air kedalam gelas dan diberi kepada dua cousinsnya yang masih lagi sepi.

"Minum air ni. Bagi relaks sikit. Then tell us the story. Baca bismillah then selawat sikit." Pesan Tiara.

Felisya dan Ruby hanya akur dengan kata-kata Tiara.

Tak lama lepas tu mereka berdua mula tenang dan terus memeluk tubuh Eva dan Tiara. Erat. Macam tak nak lepas.

"Serious aku takut. Kitorang tak tahu siapa yang masuk tadi. Tadi kitorang dengar loceng rumah bunyi tapi takde orang pun."

"Then ada orang ketuk pintu rumah and tiba-tiba lampu terpadam. Pintu dapur ada orang buka. Kitorang sempat halang dua lelaki tu cederakan kitorang then korang balik."

Eva dan Tiara khusyuk dengar cerita cousins mereka.

"Hah tapi tadi orang tu ada baling something ke dalam kawasan rumah. Kotak apa tak taulah." Beritahu Felisya.

Eva bangun dan menuju keluar rumah. Matanya terpaku pada satu kotak yang diikat dengan tali hitam yang berada di celah pokok bunga. Kotak itu diambil dan diletak ke atas meja.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now