LYT 37

23.1K 1.1K 9
                                    

*sorry lambat  😉

Dengar sahaja pengumuman yang dibuat oleh pengawas bertugas, SE dan 4K terus bergerak ke bilik pengetua.

Mereka berlapan disuruh duduk dahulu sementara menunggu seseorang.

"Ceria je muka korang hari ni. Ada apa-apa ke?" tanya Najmi. Keningnya diangkat.

Ruby yang terpandang terus tersenyum. 'Oh myy. So handsome of u Naj.' Pujinya dalam hati.

Dalam diam Eva memandang tingkah Ruby. Kemudian matanya beralih pula kepada Iskandar yang sedari tadi termenung. Kadang dia perasan mata Felisya yang sesekali mencuri pandang Iskandar. Masing-masing. Ego.

Firash pula tersenyum merenung wajah Tiara yang berada di hadapannya. Telatah Tiara yang sedang bergelak tawa bersama Felisya amat memikat hatinya.

Mata Eva menoleh pula pada Rayfal yang sedari tadi memandangnya tanpa berkelip. Dia sedar dari tadi tapi baru datang keberanian untuk melawan pandangan itu.

Lama mereka berpandangan. Rayfal senyum melihat Eva yang sudah memerah itu. Blushing ke kak? Comel!

"Ehem!"

Semua bagaikan baru sedar dari angan-angan yang indah. Masing-masing terpaku kemudian mengalihkan mata memandang orang yang berdeham tadi.

"Eh tuan. Lama dah ke tuan sampai?" tanya Firash dan Rayfal serentak.

Tengku Fauzi tersengih. "Dah lama saya sampai. Korang syok sangat berangan sampai penat saya berdiri. Dalam hati dah ada taman ke masing-masing?" usiknya.

Makin lebar senyumannya bila melihat wajah empat cucunda tercintanya sudah merah pipi. Dah pandai nak malu? Hm.

Terdengar bunyi ketukan di pinth mematikan perbualan kami. Masuk seorang gadis yang memang anti dengan SE.

"Jessica, sila duduk." Angguk.

Jessica terus duduk di kerusi depan Tengku Fauzi. Manakala SE dan 4K masih di sofa.

"Ada apa tuan nak jumpa saya?" tanya Jessica dengan nada berlagak.

Felisya yang dengar nada suara Jessica itu terus menjeling.

"Takde adab agaknya cakap macam tu?" rungut Felisya dengan nada perlahan.

Jessica berpaling merenung tajam ke arah SE yang pada masa itu memang tengah memandangnya.

"Sudah. Jangan nak bergaduh dalam bilik saya. Jessica Aida." celah Tengku Fauzi bila dapat menghidu suasana yang makin panas.

"Ya tuan."

"Awak akan digantung sekolah sehingga SPM atas kesalahan melakukan keganasan pada minggu lepas kerana masih di bawah umur." terang Tengku Fauzi.

Jessica terkejut. Lantas dia bangun dan menepuk meja kuat. Matanya mencerlung tajam memandang Tengku Fauzi.

"What?!! Bila masa aku buat keganasan ni ha!? Jangan nak menuduh. Ini mesti sebab korang kan. Korang yang buat fitnah!" jerit Jessica.

Jari telunjuknya diarahkan ke SE yang sudah bangun. Bibirnya diketap geram.

"Kau takde adab ke nak cakap? Fitnah apanya. Kau nak aku panggil lelaki yang tengah meringkuk dalam lokap tu untuk buktikan kesalahan kau? Hah?!" Felisya membalas.

Jessica pula bagaikan terkedu. Dah kena tangkap ke? Macam mana diorang tahu?

"Jessica, secara amnya memang bukan awak yang buat. Tapi awak yang mengarahkan. Automatik, awak terlibat dalam kes serangan di firma anak saya." ucap Tengku Fauzi lagi.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now