LYT 20

26.5K 1.3K 16
                                    

*sorry kalau tertypo. Enjoy!*

Tiara duduk di ruang tamu setelah selesai menyiapkan breakfast. Kemudian dia memandang sekeliling rumah. Sunyinya.

'Sepupu aku ni tak nak bangun ke? Tahulah hujung minggu. Hish.' bisik hatinya.

Baru dia nak naik tangga, seseorang sedang menapak turun.

Eva yang memakai baju lengan panjang berwarna biru dipadankan dengan jeans hitam dipandang.

"Nak gi mana Eva? Paginya kau dah siap." tanya Tiara.

Eva senyum sekilas. Dia melihat jam tangannya. Dah pukul 8 pagi.

"Aku nak jumpa atuk jap. Then gi dating dengan Lut. Maybe aku balik malam. K gerak lu."

Selesai mereka saling berpeluk dan berlaga pipi, Eva terus mengambil kasutnya.

"Take care sis!" jerit Tiara dari arah tangga.

"I will." jawab Eva dengab jeritan juga.

Tiara meneruskan niatnya untuk mengejut Felisya dan Ruby yang masih lena dalam bilik. Dalam hati terfikir, kenapa Eva nak jumpa atuk eh? Hm aku patut tanya dia nanti.

🌼🌼🌼🌼

Villa Mawar

"Assalamualaikum. Eva datang ni."

Sejurus memberi salam, pintu dibuka dari dalam. Berdiri di hadapannya seorang lelaki dalam lingkungan 40-an.

"Waalaikumsalam. Kalau Eva tak cakap pun, ayah dah tahu siapa yang datang. Masuklah."

Eva tersengih. Selepas mengucup tangan lelaki itu, Eva terus duduk di ruang tamu.

"Hah ini kenapa datang pagi-pagi ni. Selalu weekend lesap je."

Eva berpaling. Kemudian menjeling.

"Kau kenapa Darwis? Ingat aku datang nak jumpa kau ke? Sorry eh. Aku nak jumpa atuk. Weerrrrkkk." Eva menjelirkan lidah kemudian berlari ke dapur.

"Ibuuuuu..."

Eva terus peluk seorang wanita yang sedang berdiri di hadapan sinki.

"Eish Eva ni. Terkejut ibu tau." Tengku Nina mengelap tangan dan memeluk anak saudaranya erat.

Eva menyengih. Dicium pipi ibunya kiri dan kanan.

"Rindu kat ibu. Ibuuuu......Eva laparlah. Hehe."

Tengku Nina menggeleng. Kemudian tersenyum melihat telatah dan sikap anak kepada abang sulungnya ini. Manja.

"Ibu masak kuew tiaw goreng dengan nugget. Pergi panggil yang lain. Rizky tu tak bangun lagi rasanya." kata Tengku Nina.

"Yes madam. Rizky tu biar Eva settle."

Tengku Nina menggeleng melihat senyuman nakal yang terukir itu. Adalah tu yang Eva nak buat dekat Rizky, anak tirinya iaitu adik Tiara.

"Ayah, Darwis ibu ajak makan."

Tengku Faizal dan Darwis bangun.

"Eva tolong kejut Rizky kat atas tu. Panggil atuk sekali kat library." balas Tengku Faizal.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora