LYT 63

20.8K 1.2K 41
                                    

SPARKLE HIGHSCHOOL

Ramai pelajar tingkatan 5 yang sudah berkumpul di perkarangan. Pagi ni mereka akan bergerak ke Perak untuk perkhemahan 3 hari 2 malam itu.

Sebuah Vellfire hitam berhenti di hadapan pagar sekolah. Empat orang gadis keluar sambil membawa beg masing-masing.

"Terima kasih Pak Rahim sudi hantar. Nanti kirim salam dekat Kak Long dan Along eh. Hati-hati drive." ucap Eva pada Pak Rahim, driver keluarganya.

Pak Rahim angguk. "Sama-sama. Yelah nanti Pak Rahim sampaikan. Jaga diri ya semua. Jangan nakal-nakal." pesan lelaki tua itu.

SE tergelak. "Okey Pak Rahim. Bye." Felisya membalas.

SE masuk ke kawasan sekolah. Mereka hanya membawa beg belakang dan beg tepi untuk letak handphone dan dompet.

"Amboi sikitnya barang korang. Cukup ke baju tu." tegur Najmi.

"Of course lah cukup Naj. Well kitorang bawa apa yang perlu je. Senang dan tak menyusahkan." balas Tiara.

Felisya tergelak. "Betul. Takdelah macam orang lain tu. Nak pergi camping je kot tapi bawa luggage macam nak gi holiday sebulan kat London." perlinya.

SE dan 4K pandang ke arah gadis yang baru sampai. Kelihatan Balqis susah-payah menarik bagasinya yang nampak berat. Entah apalah yang dibawa.

"Apa tengok-tengok. Aucchh.. Firash, help me please. Please.." rayunya.

Firash senyum mengejek. "Apa hal pula aku kena tolong kau. Siapa suruh kau bawa luggage tu. Kita nak camp tau bukan jalan-jalan." jawab Firash sambil matanya menoleh ke arah Tiara yang dah bermasam muka.

Eva ketawa kecil.

"Itulah kau Balqis. Mana kuli kau lagi dua orang tu? Dah putus kawan ke? So sad." ejek Ruby.

Balqis mengetap bibir. Geram.

Kehadiran Tengku Fauzi dan beberapa orang guru yang akan mengiring mereka mematikan bicara mereka.

"Okey. Kita ada tiga buah bas. Bas pertama akan dinaiki oleh 5D dan 5K. Lagi separuh 5K dan 5 Jed akan naik bas kedua ya. Semua dah boleh beratur untuk naik bas." ucap Puan Hayati selaku guru penyelaras tingkatan 5.

"Wait. 4K dan SE akan naik bas ketiga dengan saya dan beberapa pelajar dari Sky Academy." Tengku Fauzi mencelah.

SE berpandangan. Jelas terkejut dengan pernyataan itu.

"Weh atuk pergi sekali ke? Asal kita tak tahu eh." bisik Ruby pada Eva disebelahnya.

Eva mengangkat bahu. Tiara mengerut dahi.

"Maybe atuk risaukan kita kot. Kan gabung sekolah." ujar Felisya sambil berbisik.

Rayfal yang melihat SE berbisik-bisik sudah menggelengkan kepala.

"Girls sudah lah bergosip. Tuan dah panggil tu. Jom." sampuk Iskandar.

Mereka berlapan bergerak ke arah bas ketiga. Tengku Fauzi sudah menunggu bersama Puan Maisarah.

"Hah cepat naik. Dari tadi bergosip tak sudah." tegur Tengku Fauzi.

Rayfal menundukkan badan. "Maaf Tuan." ucapnya.

"Bukan bergosiplah Tuan. Just curious je." jawab Eva.

Tengku Fauzi angguk. Pasti cucunya tertanya kenapa dia follow sekali. Ada sebabnya.

SE mengambil keputusan untuk duduk asing dengan 4K tapi empat jejaka itu tidak mahu.

"Alaa kita duduklah couple. Macam tak biasa je." kata Najmi.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now