LYT 35

22.4K 1.1K 20
                                    

Lutfi pov

Aku baru siap mandi bila grandpa panggil aku turun. Aki dengar macam kecoh semacam je kat bawah tu.

"Apa yang kecoh sangat ni grandpa? Papa, apa jadi?" aku terus duduk di sofa sebelah grandpa.

Mama masih di dapur siapkan breakfast aku rasa. Adik aku lagi dua orang tu dah sah tak bangun lagi. Weekend kot.

"Tengok berita ni. Penjenayah bom asap tu dah kena tangkap." kata Tengku Henry.

Aku tengok berita yang disiarkan di tv3.

Menurut seseorang, penjenayah ini ditangkap oleh beberapa orang yang memakai topeng muka.

Itulah apa yang pemberita itu beritahu.

Papa dan grandpa pandang aku. AKu dah buat muka cuak.

"Kenapa ni?"

"Ini mesti kerja cousins kamu kan? Betulkan Lut?" tanya Tengku Ismail, papaku.

Aku garu kepala. Kalau tak jujur, memang dah nampak sangatlah betul. Aku diam je.

"Betullah tu. Hesh empat serangkai ni. Saja buat orang risau." rungut Tengku Henry.

Aku hanya tunduk. Memang aku dah agak da diorang mesti nak buat kerja ni.

Tengku Laila yang dah selesai memasak, melabuhkan punggung sebelah papa.

"Kenapa ni bang, abah?" tanya mama.

Aku buat kesimpulan mama belum tahu lagi hal ni. Boleh meletup rumah ni dengar bebelan mama kejap lagi.

"Orang yang serang firma Faizal dah kena tangkap. Ni ha masuk berita." papa beritahu.

Mama terus halakan mata ke arah tv. "Yeke? Alhamdulillah. Siapa yang tangkap orang tu abang?" tanya mama lagi.

"Abah pun bersyukur Laila. Tapi ini semua sebab anak sedara Laila tu. Budak-budak ni, suka risaukan kita." luah grandpa.

Aku diam. Tak nak menyampuk nanti makin panas pula.

Aku tengok mama dah bulat mata. Confirm kejap lagi, meletus kebaboom.

"Ya Allah. Eva, Fel, Tia dengan Ruby lah yang tangkap ni? Allah. Diorang okey tak? Ish ni yang saya risau ni. Lut tau tak hal ni? Kenapa tak cakap dengan mama. Nak kena tau budak empat orang ni. Dahla perempuan. Bahaya betullah."

Ha tengok. Kan dah kata. Bila mama membebel, fuh. Insaf.

Mata mama dah renung tajam ke arah aku. Gulp. Ma, Lut tak salah.

"LUt tak tau pape hal ni ma. Semalam diorang cuma cakap ada hal je. Itu yang maghrib kitorang dah balik. Kalau tak memang sampai ke malam kitorang keluar."

"Haih budak ni. Perempuan, keluar malam. Bahaya. Call Eva, suruh dia datang sini. Mama nak basuh dia cukup-cukup. Ini kalau abang long ada, haih dah pening nak layan Eva." rungut Tengku Laila.

Aku angguk. Habislah kau Eva. Menjawab dengan mama. Haha.

🌼🌼🌼🌼

Zaril pov

Aku ketap bibir. Ruby, apa kau dah buat ni. Haduhaii adik aku ni. Aku pandang pula wajah mummy. Ah sudah.

"Mummy, are u okay?" tanya aku sambil menyenggol lengan Adam.

Tengku Maria menjeling. Dipandang lagi sekali skrin tv. Kemudian dia bangun.

"Suruh Ruby balik. Mummy ada hal nak cakap dekat dia. Mummy tahu ini mesti kerja diorang ni. Mummy nak lunch ni dia dah ada dekat rumah. Kalau tak mummy sendiri pergi sana."

Aku telan liur. Masaklah kau dik. Cari pasal lagi.

"Ril, habislah Ruby. Dengan kita-kita kena sekali nanti." kata Adam.

Aku pun angguk. Yelah, Ruby kan bawah tanggungjawab kami as abang. Fuh tabahlah hati.

🌼🌼🌼🌼

Tiara pov

Aku mengeluh.

"Pehal Tia?" tanya Eva.

"Dar call suruh balik. Mesti pasal berita tu."

Eva mengeluh. Aku duduk di sofa. Tengah fikir ayat untuk backup.

"Cakap pasal tu. Mama suruh aku datang rumah. Confirm ah kena bebel." jawab Eva.

Aku menunduk. Tang-tang macam ni lah ayat takde. Nak rangka pun takdak idea ni.

"Haish, mummy marah weh. Memang habis rentunglah aku balik nanti." celah Ruby yang baru muncul entah dari mana.

"Eva, kau tak balik rumah ke? Along call weh. Mengamuk dia." Felisya pula bersuara.

Aku mengeluh lagi. Pandang pula wajah cousins aku. Masing-masing macam menanti hukuman tali gantung.

Ting! Macam timbul satu mentol ajaib dari kepala otak aku.

"Korang. I know how to do." kataku sambil angkat kening.

"Apa? Idea apa pula kali ni?" tanya Felisya.

"Kita ajak semua lunch kat sini. Kalau kita berempat, aku takdelah seram sangat. Peh aku nak mengadap atuk tu takut babe." luahku.

Aku pandang satu persatu wajah cousins aku. Nampak macam disetujui semua.

"Yes i like your idea Tiara! Aku nak tengok muka grandpa pun ketar." ucap Eva.

"Kami pun setuju. Mummy dengan along tu menyeramkan." serentak Felisya dan Ruby berkata.

"So kita call balik diorang ajak lunch sini. Lepas tu kita siap-siap beli barang untuk masak. Deal?" ujar Ruby.

Aku angguk. Jadi aku dengan yang lain bangun dan menuju bilik masing-masing untuk call semua ahli keluarga.

Harap menjadilah. Fuh.

Hampir setengah jam jugalah aku bersoal jawab dengan ayah. Ada je yang tanya. Soal nanti kan boleh. Aishh.

Setelah itu, kami bergerak ke Tesco untuk beli barang basah. Hari pun masih pagi lagi. Baru pukul 9.45 pagi.

Sempat jugalah hirup udara segar di Hutan Bandar Merdeka.

Actually, nama hutan bandar ni diambil sebab kawasan tu macam hutan. Pokok besar, ada tasik jernih, then dia di tengah bandar. Ada kedai makan, kedai jual barangan kraftangan. Merdeka pula sebab tempat ni bebas untuk sesiapa sahaja. Then ada macam-macam kat sini. Boleh joging, memancing, roller blade dan boleh skate juga.

Tempat ni memang jadi tumpuan anak-anak muda dan remaja macam kitorang. Lagi-lagi kalau malam. Lagi gempak kot. Cantik je dengan lampu warna warni tu. Selalu je kitorang lepak sini bila malam minggu.

































🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Diorang kene marah lah 😄 itulah bila ada family terlebih risau macam tu. Haha.

Next chap? Em tungguuuu 😘

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now