LYT 86

20.2K 1.1K 64
                                    

Rayfal pov

Aku mengambil keputusan untuk melawat parents aku yang berada di UK, menguruskan perniagaan mereka. Sambil-sambil itu bolehlah aku fikirkan sama ada untuk terus belajar di situ atau pun tidak.

Tok! Tok!

Wajah Raysha terjengul di pintu. Dia masuk dan duduk di sofa.

"Abang nak pergi berapa lama ni? Sampai hati nak tinggal adik abang yang cantik kat sini sorang diri." kata Raysha.

Aku tergelak kecil. "Sempat pula tu dok puji diri sendiri. Sha. Sha." usikku.

Raysha menjeling.

"Kalau ikut plan asal, abang stay dalam seminggu dua je kat sana. If abang terbuka hati nak study kat sana, hm maybe tak balik dalam masa terdekat." jawab aku.

Aku tengok Raysha mengeluh. Segera adik kesayangan aku tu dihampiri dan bahunya aku peluk.

"Janganlah sedih. Sha yang tak nak ikut abangkan. So abang pergilah sorang. Kalau rindu boleh call kan. Tak pun video call terus." ujarku memujuknya.

Raysha memandang wajah aku lama. "Abang nak ke sana sebab kecewa dengan Kak Eva ke? Abang, Sha yakin sangat even Kak Eva cakap dia tak kisah abang nak pergi tapi dia berharap abang akan stay kat sini. Tunggu dia." kata Raysha bersungguh.

Aku pula yang mengeluh. Kadang aku juga tidak mengerti dengan Eva. Suruh aku tunggu dia tapi tuptup dapat tahu dia ke Spain. Alasannya nak tenangkan diri.

Terlintas juga dalam hati betul ke Eva sayang aku macam mana perasaan aku kat dia? Betul ke dia akan cari aku nanti bila waktunya tiba.

Hm.

🌼🌼🌼🌼

Felisya yang baru terjaga dari tidurnya mengerutkan dahi saat melihat seseorang yang amat dikenali berada di tepi katilnya.

'Iskandar? What he doing here? Dia jaga aku ke?'

Felisya bergerak sedikit ke tepi untuk mengambil air. Tekaknya sangat dahaga.

Namun pergerakannya menyebabkan Iskandar terjaga dan mereka saling berpandangan. Lama.

"Kau nak apa? Air?" tanya Iskandar.

Felisya hanya angguk. Dia melihat lelaki itu yang sudah bangun dan menuangkan air kedalam gelas. Gelas itu pula diberikan kepadanya.

"Thanks." ucap Felisya perlahan.

Suasana bertukar sepi seketika. Felisya memandang ke kanannya. Keluhan terlepas dari bibirnya.

Semalam Ruby dan Tiara sudah dibenarkan pulang ke rumah. Hanya dia yang masih berada di sini kerana doktor masih ingin memantau keadaannya.

"Kau...Jaga aku ke? Kalau penat pergilah balik tidur. Aku okey." ujar Felisya tanpa memandang wajah Iskandar.

Jari telunjuk Iskandar menolak dagu Felisya keatas supaya mereka dapat bertentangan mata.

Iskandar mengukir senyuman manis. "Amanah dear. Nak kena pelempang Eva ke kalau langgar. Its okay. Aku lebih rela jaga kau kat sini daripada aku risau kat rumah." balas Iskandar dengan senyuman.

Felisya mengetap bibir. Dia malu. Kepala diangguk. Mata dilarikan memandang ke arah pintu.

"Comelnya lahai kau ni. Tak payahlah malu. Macam tak biasa je."

Felisya diam.

Iskandar mengeluh. "Felisya, talk to me please. Aku rindu suara kau. Lama kita tak berbual." pujuknya.

Felisya mengukir senyuman Iskandar.

"Takde apa nak cerita. Perkara lepas janganlah dikenang. Yang penting kau dah insaf kan? It would be nice."

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin