LYT 50

20.2K 1.1K 41
                                    

SPARKLE HIGHSCHOOL

Empat buah kereta sport memasuki kawasan sekolah. Perkarangan sekolah nampak lengang. Mana taknya, jam sudah pun dekat pukul 8 pagi.

SE keluar dari kereta masing-masing dengan wajah tanpa senyuman. Mereka cuba buat selamba padahal dalam hati dah menggunung perasaan geram.

Eva dan Tiara berjalan di tengah dan diapit oleh Felisya dan Ruby.

Pintu dewan yang tertutup mereka pandang. Jari jemari mereka sudah saling bertaut di bawah. Seakan cuba menyalurkan kesabaran dan ketenangan.

"Okey. I am ready." bicara Ruby.

Felisya dan Tiara juga mengangguk. "Lets go." kata Eva sebelum menolak pintu dewan.

Krik krik.

Suasana dewan amat sepi. Kelihatan di atas pentas berdiri empat orang lelaki yang nampak gangster.

Baju sekolah tidak di tuck in, rambut panjang dan muka tu. Langsung takde ciri-ciri seorang pelajar.

SE hanya berdiri di bahagian belakang. Badan disandarkan ke dinding. Pelajar yang memandang tidak dihiraukan.

"Ehem. Saya nak beritahu, empat orang pelajar ini akan bersekolah sementara di Sparkle Highschool atas sebab tertentu." kata Tengku Fauzi.

Kemudian, empat pelajar itu terus berjalan keluar daripada dewan dengan gaya samseng.

"Huh muka dah elok. Tapi perangai. Takde adab." dengus Ruby.

"Lepas perhimpunan, saya nak jumpa 4 Knights dan Silent Evils di bilik meeting." sambung Tengku Fauzi.

Selepas menyanyikan lagu sekolah dan melepasi spotcheck, semua pelajar dibenarkan kembali ke kelas masing-masing. Aktiviti pembelajaran juga akan dimulakan.

Dalam tak sedar, tiga orang pelajar perempuan memandang dengan riak tak puas hati. SE yang masih bersandar direnung tajam.

"Dia fikir dia pengawas boleh datang lambat?"

"Dia rasa berkuasa ke? Huh tak sedar diri."

"Kalau tak sebab Tengku Fauzi sayang sangat kat diorang, mesti sekarang dah kena buang."

Mereka terus bercakap tanpa sedar Tiara mendengar perbualan mereka. Senyum sinis terukir.

Cari pasal? Huh salah oranglah.

🌼🌼🌼🌼

4K dan SE bertembung di depan pintu masuk bilik meeting. Semua kaku. Takde satu suara pun yang keluar.

SE menjeling sebelum menolak pintu bilik meeting.

4K berpandangan sebelum mengeluh. Mereka turut berjalan masuk dan duduk berhadapan dengan SE. Tengku Fauzi pula duduk di kepala meja.

"All in? Okay i proceed." kata Tengku Fauzi.

Terpampang di hadapan mereka berlapan, gambar seorang lelaki beserta profilnya.

"First, leader for Lotus gang. Syed Hairiz. Dia ni pandai tapi memang ketua untuk kerja-kerja pembulian. Parents dia kerja dan selalu outstation. Kesalahan dia paling utama ialah membuli. Dia juga merokok dan suka ponteng."

4K diam, tapi kadang kala mata mereka sibuk nak mengintip wajah si gadis dihadapan mereka.

"Ini mesti kes tak cukup kasih sayang. Ish teruk." ujar Felisya.

Tengku Fauzi berdehem sebelum menyambung. Slide kedua pula memaparkan seorang lelaki yang agak hensem.

"Okey. Ini pula Putera Qairi. Dikenali sebagai lelaki bermulut manis. Ramai yang tergoda dengan dia sebab muka dia yang kacak. SE jangan sangkut pula ya. Dia ni cuma nakal sikit je."

"Uwau. Muka dah hensem tapi itulah. Playboy. Not my taste." kata Ruby.

Najmi memandang wajah Ruby. Dalam hati dah rasa sesuatu. 'Aku jeles ke apa ni? Err lantaklah.'

Slide ketiga menunjukkan seorang lelaki berwajah garang. Rambut panjang menutupi dahi. Gayanya juga nampak lebih gangster berbanding yang lain.

"Yang ini bahaya sikit. Ahmad Aryyan. Panas baran. Sesiapa yang cari hal dengan dia memang kena pukul. Dialah yang pukul seorang pelajar Sky Academy sampai warded. Hampir dibuang sekolah. Tapi ayah dia merayu jadi hukumannya diringankan. Digantung sekolah 2 minggu. Hati-hati sikit dengan dia." pesan Tengku Fauzi.

"Eleh setakat dia. Sikit-sikit nak pukul, macam budak kecik je. Kalau cari pasal dengan aku dah takde pukul tumbuk semua ni. Terus tembak bagi mati." ujar Eva.

4K terkejut. Tengku Fauzi pula besarkan mata. SE? Selamba je.

"Eva." tegur Tengku Fauzi.

"Maaf tuan. Geram je." jawab Eva sambil menunduk.

"Ini yang terakhir. Aniq Danial. Dia jenis yang tak ambil tahu sangat. Suka buat hal sendiri. Cool tapi jangan fikir dia baik. Merokok dan suka ponteng. Walaupun muka nampak innocent tapi dia suka meraba."

"Bak kata pepatah air yang tenang jangan disangka takde buaya. Tu dia buaya tersembunyi di balik akar pokok bakau." Eh? Tiara pula beri komen.

4K menggeleng kepala.

"Semua korang nak komen eh. Takde kerja ke?" perli Firash.

Eva menjeling. "Biarlah. Daripada komen tu tahulah macam mana kitorang nak uruskan Lotus ni." balasnya.

"Entah. Korang apa tau? Pandai cakap je. Lepas tu sentapkan orang." perli Felisya pula.

Gulp.

Iskandar menunduk. Tahu diri bersalah.

Tengku Fauzi yang dapat mencium bunga-bunga pergaduhan segera menyampuk.

"Sudah. Tak payah gaduh lagi. Ingat. Kamu semua kena cooperate in this. Geng Lotus ni sebenarnya..."

Tak sempat nak menerangkan lagi, satu suara menyampuk. Selamba je dia menyambung.

"Sebenarnya diorang semua ni anak orang kaya. Tapi sebab parents pentingkan kerja so dorang selalulah lepak sama-sama. Kelab tu macam rumah kedua untuk dorang. Sebabkan kurang kasih sayang dorang mulalah tunjukkan perangai degil tu tahap melampau punya. Mereka just nak attention their parents. So bila kita nak handle dorang ni jangan libatkan parents. Means jangan sebut pasal family. Lawan dengan kata-kata. Bukan bergaduh."

4K memandang Ruby lama. Terlopong, terkejut, terkelu dan tergamam. Semu ter lah jawabnya.

"Great Ruby. Tak payah saya nak terang panjang lebar. Thanks." ucap Tengku Fauzi.

SE dah tahu. Sebab mereka sama-sama cari maklumat ni pagi tadi bila Ruby terjaga pukul 4.30 pagi. Ruby kan hacker handal itu yang sekejap je dapat info.

Setelah meminta diri, SE berjalan keluar dan menuju ke Silent Room. Mereka dah penat jadi mereka perlukan rehat.

4K baru nak menapak keluar bila Tengku Fauzi memanggil. Mereka berpaling.

"Please take a good care of SE. Saya tau dorang ada tahap keyakinan yang tinggi but still need to be careful. So please." pinta Tengku Fauzi demi cucunda tersayang.

Siapa tak sayang cucu oi.



































🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

promotee time😉 silalah baca

misschimkookie1314 - Mamat Mata Biru Itu Laki Aku

SarangahaeDamn - Queenka


Kemain sy cari idea. Sorry kalau makin hambar ke. Hehe.

Btw siapa eh tiga perempuan yang dok kutuk SE tu. Hm. DB ? Daria and Jessica kn xd? Haa

Apa jadi after ni? hehe just wait n see.

Vote and coment eh.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now