LYT 73

23K 1.1K 28
                                    

Silent Evils pov

Semua masih lagi bersiap di villa mereka. Walaupun jarum jam sudah menginjak ke angka 7.30 malam namun mereka masih lagi berada di dalam rumah.

Felisya mengambil gaun pendek paras betis berwarna hijau yang digantung dalam almari. Gaun itu disarung ke badan. Kemudian rambutnya yang panjang paras bawah bahu diikat separuh. Wajahnya dicalit dengan sedikit mekap dan lipstick.

Gaun pendek tiada lengan berwarna biru terang yang menutupi tubuh Tiara sangat memikat sesiapa sahaja yang melihatnya nanti. Rambutnya yang panjang diikat ponytail. Tiara memakai mekap yang nampak natural dan sesuai dengan dirinya.

Dress pendek paras lutut warna purple yang dipakai oleh Ruby nampak comel je di tubuhnya. Perwatakannya yang seakan kanak-kanak sesuai dengan warna baju yang ditempah untuknya. Rambut panjangnya dibiar lepas dan disepit tepi. Foundation dan lipstick pink dikenakan pada wajahnya.

Dress sleeveless paras bawah lutut yang tersarung di tubuh Eva membuatkan dia kelihatan cantik. Eva sangat sesuai dengan warna peach memandangkan dia gadis berkulit cerah. Rambutnya dibiar lepas sahaja dan disepit. Eva jenis yang tidak memakai mekap hanya mengenakan bedak dan sedikit lipstick sahaja.

Gaun dan dress mereka semua ditempah khas dari Spain oleh Tengku Henry yang mempunyai kenalan di sana.

Selepas 15 minit bersiap di dalam bilik, mereka berempat turun ke tingkat bawah.

"Oh my God! All of u are so beautiful. Damn gorgeous guyss." Puji Felisya.

Semua ketawa riang dengan reaksi Felisya. Tiara memeluk bahu gadis itu.

"Kau pun cantik weh. Tak sangka aku dapat tengok semua cousins aku mekap hari ni. Selalu aku je." Ujar Tiara.

Ruby gelak. "Of courselah sebab kau kan ratu mekap. Kitorang mana reti sangat hal mekap ni. Tak macam kau, dah expert." Puji Ruby pada Tiara.

"Its okay. Time free aku boleh ajar kau mekap. Aku buka kelas mekap khas untuk cousins aku." Balas Tiara lagi.

Eva menggeleng. "Kecuali aku eh. Serious aku tak berminat dengan benda tu semua. Dah jom. Pak Mat dah tunggu kat luar." Ajak Eva kemudian mengambil heels 2 inci warna coklat dalam rak.

Mereka terus keluar dari rumah. Tiara mengambil tugas mengunci semua pintu dan tingkap sebelum keluar. Eva pula mengunci pintu dan juga pintu pagar. Yang lain dah masuk ke dalam Alphard hitam.

"Semua dah ready? Sekarang kita gerak ke Sky Hotel." Ujar Pak Mat.

Mereka berempat mengangguk. Padahal dalam hati dah dup dap dup dap.

♣♣♣♣♣

Sampai sahaja di hadapan Sky Hotel, dia keluar dari kereta dan menghulurkan kunci kereta kepada seorang lelaki untuk memparkingkan keretanya.

Rayfal berdiri lama di hadapan pintu dewan sebelum mengambil keputusan untuk masuk ke dalam. Entah kenapa sejak dari pagi lagi jantungnya berdegup kencang.

'Ada apa-apa nak jadi ke eh?'

Belum ramai lagi yang datang apabila Rayfal meliarkan pandangan ke sekitar dewan. Tak lama lepas tu bahunya rasa ditepuk. Iskandar tersenyum memandangnya.

Mereka berempat duduk di meja bulat yang boleh memuatkan tujuh orang.

Bila jarum jam makin mendekati angka 8 barulah dewan mula dipenuhi ramai.

Firash memandang pintu dewan yang dibuka oleh pekerja hotel. Empat orang gadis yang melangkah masuk membuat banyak mata menumpukan perhatian di tengah dewan.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें