LYT 9

29.5K 1.5K 68
                                    

SKY ACADEMY

Lutfi duduk di meja kantin menunggu sepupunya yang lain. Zaril dan Darwis tengah beli makanan. Luqman masih ada kelas. Adam? Macam biasalah. Lambat!

Dia mengeluh. Buntu fikirkan tentang cousins perempuan dia. Ada je yang jadi.

"Lut, asal mengeluh ni. Chill, exam lama lagi." tegur Adam.

Dia geleng.

"Bukan pasal tu, abang long. Tapi tentang princesses kita tu. Hm."

Baru Adam nak cakap lagi, Zaril dan Darwis datang membawa empat bungkus nasi lemak dengan air kotak.

"Hari ni, Darwis belanja. Mari makan." ucap Zaril.

"Kau yang paksa aku bayarkan. Esok kau pula eh Ril." kata Darwis.

Mereka memandang Lutfi dan Adam. Pelik.

"Kenapa ni? Macam ada problem je." tanya Zaril.

Adam anggguk. "Lutfi nak cerita tentang sepupu kita tu. Abang long pun tak tahu apa-apa." dia terus membuka bungkusan nasi lemak. Em sedapnya bau.

"Ulwan beritahu semalam, diorang gaduh dengan 4K. Ruby, Tia dengan Fel teruk jugak lah kena marah dengan diorang." luah Lutfi.

Dari semalam dia fikir hal ni. Pening. Risau pun ada juga dekat princesses diorang tu.

Zaril ternganga. Darwis melopong. Adam dah hentak meja.

"What?!! Siapa yang berani marah Felly ni." Adam bengang. Dia memang sayangkan Felisya macam adik dia.

"Kesian Tiara. Segarang dia pun aku tau mesti dia sedih." ucap Darwis, abang tiri Tiara.

Waktu Tiara 11 tahun, ayah dia dengan ibu Darwis kahwin. Itu yang Darwis care sangat pasal Tiara. Satu-satunya gadis dalam family mereka.

"Ruby tu dahlah perangai macam budak-budak. Kalau dia nangis sebab kena marah, memang nak kena 4K ni. Lagi, apa jadi?" Zaril bertanya.

Lutfi angguk. Ya dia faham perasaan cousins dia sekarang ni. Gadis-gadis yang mereka sayang kena marah dengan orang luar. Memang angin ah.

"Kau taulah Eva macam mana kan. Mana boleh orang marah sepupu dia tu. Sayang sangat. Nak dijadikan cerita, Rayfal pula kena tampar dengan Eva. Sekarang ni, dah seminggu diorang tak tegur. Padahal kena buat kerja sama-sama." terang Lutfi lagi.

Semua mengeluh. Tahu sangat perangai princesses mereka yang empat orang tu. Takkan mengalah. Hati tisu. Sesiapa yang buat salah, hah pergilah say sorry. Kalau tak, sampai bila-bila takkan bertegur. Even dalam satu kelas. Ingat diorang kisah?

"Haih. Berat juga tu. Aku dengar juga diorang kena uruskan pelajar problem. Sama-sama pengawas, satu kelas lagi. Takkan diorang tak nak berbaik."

Darwis bertanya.

"Okey macam ni. Abang long nanti slowtalk dengan Felly, biar abang ngah cakap kat Ruby. Kau Dar, pujuk Tiara tu. Eva? Hm. Macam biasa, Lutfi. Tugas kau untuk slowtalk ngan dia." Kata Zaril.

Semua angguk. New mission. Pujuk SE aka princesses mereka untuk maafkan 4K.

🌼🌼🌼🌼

Empat orang gadis duduk di ruang tamu rumah milik Tengku Fauzi yang juga merupakan rumah Tiara.

Menonton tv sambil mengunyah. Itulah kerja mereka bila hujung minggu muncul. Huh. Kadang- kadang mereka ketawa.

Danish yang baru turun ke bawah bersama Darwis berpandangan.

"Dar, betul ke itu sepupu dengan adik kita?" tanya Danish.

Mereka berdiri di tangga sambil mata melihat gelagat empat orang gadis itu yang ketawa menonton tv.

Darwis juga tergamam. "Err i don't know bang. Diorang tengok ......."

Mereka berpandangan sebelum sama-sama berkata.

"Spongebob??!!!"

Darwis angkat bahu. Kaki laju melangkah ke sofa.

"Eh hai abang Nish. Hai Darwis. Awal korang bangun." tegur Ruby.

"Haah. Tia pelik juga. Bukan biasa weekend korang bangun nak dekat pukul 11 ke?" Tiara pula berkata.

Tapi mata masing-masing masih melekat di kaca tv.

Eva dan Felisya begitu khusyuk melihat gelagat spongebob sambil mulut mengungah kacang.

"Korang ah. Ketawa kemain kuat sampai abang nak tidur pun tak senang. Dah lah semalam baru sampai." rungut Danish.

Eva memandang seketika wajah Danish kemudian tersengih. Felisya pula mengangkat jari telunjuk dan jari hantu. Peace.

"Sorry ah bang. Lagi pun kalau dah tahu penat, tidurlah awal. Ini tak, sibuk borak dengan Darwis." sindir Tiara.

Danish tersentak.

"Entah. Apalah abang ni. Nak borak sekalipun, tunggulah siang. Lepas tu, bila dah bangun pagi salahkan kitorang pula. Nyampah." sampuk Felisya.

Danish dan Darwis dah garu kepala. Kantoi pula. Mesti malam tadi diorang borak kuat sangat sampai Tiara dengar.

Hehe. Biasalah, Danish ni kan jauh. Study kat UK dalam bidang law. Itu yang susah nak jumpa.

"Alaa korang kena faham, abang lama tak bual ngan Darwis. Itu yang malam tadi excited sikit."

Tiara jeling. Malas nak layan.

Tiba-tiba Eva menepuk tangan kuat. Semua terkejut beruk. Siap ada yang melatah. Ruby dah gosok dada.

"Eva, kau bercita-cita nak jadi pembunuh ke acaner ni?" perli Felisya.

Eva sengih. "Sorry. Abangggg Danish..." meleret suaranya.

Danish angkat kening. Adalah tu yang dia nak minta. Wajah Eva dipandang.

"Apa kata hari ni abang belanja kitorang semua. Abang pun lama tak balik. Please...."

Danish menepuk dahi. Aduh, belanja diorang means shopping.

"Allah. Kopaklah abang."

Ruby, Tiara dan Felisya serentak berpaling merenung wajah Danish dengan mata dikelipkan beberapa kali. Kartun yang ditayangkan dah tak dipedulikan.

"Okey. Okey. Stop that. Ya, lepasni kita gi Paradigm Mall. Abang belanja." terpaksa mengalah.

"Em abang. Kita ajak cousins yang lain eh. Boleh ah. Tak meriahlah kalau yang lain takde. Rasa macam tak cukup je cucu Tengku Fauzi and Tengku Henry. Hehe." Eva pujuk lagi.

Danish angguk lemah. Kerana terpaksa aku relakan. Hanya kerana sayang, duitku melayang.

Darwis ketawa. Kesian pula tengok wajah redha abangnya. Nak buat macam mana bila dapat sepupu yang pandai memujuk ni. Kalau tak ikut nanti hm. Merajuk seminggu. Seksa.

"Okey Ruby dah beritahu kat group. Diorang on. Yeayy pergi jalan." laung Ruby.

Spontan kepalanya diketuk Tiara. Mukanya masam. Bibir muncung.

Eva dan Felisya menggeleng. Budak dua orang ni tak habis nak gaduh.































🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Goodnite 😴

sorry kalau hambar. Sy masih belajar 😊

Please vote and comment. Thankss support me🙈🙈

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now