LYT 30

24.5K 1.2K 17
                                    

SPARKLE HIGHSCHOOL

Berita tentang serangan bom asap yang menimpa bangunan firma guaman milik anak kepada pengetua sekolah yang juga usahawan terkenal menggegarkan Malaysia.

Pagi itu, ramai pelajar yang sibuk memperkatakan soal itu. Perhimpunan dijalankan seperti biasa. Tapi yang makin pelik, ketidakhadiran Silent Evils.

"Iskandar, kau perasan something tak pagi ni?" tanya Najmi. Matanya pula melilau memandang keadaan dewan yang sedikit hingar.

Iskandar memandang Najmi. " Apa?" tanyanya pada Najmi.

Kelihatan Firash juga membuat perkara sama. Rayfal? Tadi dia dipanggil oleh pengetua.

"Aku tak nampak sorang pun ahli SE. Dorang tak datang ke?" tanya Najmi lagi.

Iskandar diam. Ya tak ya juga. Dia turut mencari kelibat gadis-gadis yang merupakan harapan sekolah itu.

"Eh haah lah Naj. Dari tadi lagi aku cari diorang. Takkan semua tak datang kot? Pelik." Firash pula menyambung. Menambah lagi kerutan di dahi Iskandar.

Cikgu Hikam yang sedang menyampaikan ucapan di atas pentas langsung tidak dihiraukan para pelajar. Malahan mereka semua makin galak berbual.

Rayfal masuk dengan wajah tegang. Memang merah habis muka dia. Cikgu Hikam yang mengerti terus sahaja bergerak untuk duduk semula di tempatnya.

Rayfal berjalan ke tengah pentas.

"Gaiss tolong diam!"

Sekali tegurannya tidak dilayan. Okey takpe.

"Boys and girls. Respect pleasee."

Still, takde perubahan. Okey Rayfal dah tak boleh nak sabar.

Kali ketiga.

"Woii.!!! Aku cakap diamkan. Diam ahh!! Korang ni takde rasa hormat ke dekat cikgu-cikgu ni. Adab tu kat mana ha!!?" jerkah Rayfal.

Tangan sudah digenggam.

Krik. Krik.

"Tau pulak nak senyap! Korang tahukan anak Tengku Fauzi masuk hospital. Sekali dengan cucu dia. So dia minta kita doakan keselamatan mereka. One more thing, minggu ni kita akan adakan spotcheck secara besar-besaran sebab kita baru tau ada pelajar yang bawa masuk bahan terlarang. Thats all. Semua dah boleh masuk kelas. Pengawas, macam biasa." arah Rayfal.

Semua pelajar di bawah sudah kecoh. Masing-masing sudah tertanya-tanya siapa yang buat malu sekolah tu.

Pengawas pula sudah menahan beberapa pelajar yang melakukan kesalahan biasa seperti rambut panjang bagi lelaki, skirt pendek bagi perempuan.

Rayfal menghampiri sahabatnya yang sedang menyandar di dinding dewan.

"Fuh memang habis kita minggu ni weh." ujarnya. Dia mengeluh.

Iskandar menepuk bahu Rayfal lembut.

"Rileks. Apa jadi sebenarnya?"

Huh.

"Tuan beritahu hari ni SE tak datang. Emergency case. Aku pun baru dapat maklumat daripada Tuan. Dia kata ada pelajar yang edar benda itu dalam sekolah. Ramai pihak luar yang tahu." terang Rayfal.

Firash dan Najmi berpandangan. "Edar benda? U means....Drug?"

Lagi mengejutkan bila Rayfal mengangguk.

"Damn it!!! Peh memang gilalah. Mesti prestasi sekolah makin menurun nanti." Firash sudah geram.

Najmi juga menggeleng kepala. "Aku tak dapat bayang kalau SE tau. Lagi-lagi Eva dengan Tiara tu." katanya.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now