LYT 28

22.1K 1.2K 27
                                    

5 Diamond

Irene duduk keseorangan di dalam kelas manakala yang lain sudah pun menyerbu kantin.

Dia mengeluh. Malam tadi papanya call. Mengatakan bisnes perikanan di kampung makin terjejas akibat hujan yang berpanjangan.

Dia nak minta tolong siapa ni? Adrian? No. Nanti kena buat jahat lagi. Silent Evils? Hm mereka baik. Tapi dia malu.

Irene meletakkan kepala ke atas meja. Buntu. Ini pun dia dah kehabisan duit belanja. Nak minta pada papanya, hm. Kasihan pula.

Tiba-tiba dia merasakan ada orang yang berdiri di hadapan mejanya. Dia angkat kepala.

Senyuman sinis dihadiahkan untuknya.

"Whats wrong with u?"

"Nothing. Kenapa kau kat sini? Pergilah." ujar Irene.

Gadis itu ketawa sinis.

"Wow. Menghalau? Irene, even u bukan leader DB, but we still friend. Takkan u dah lupa siapa yang tolong u bila u susah dulu."

Irene mengeluh lagi. Kepalanya ditunduk.

"Ya, i know Jess. Baik kau pergi. Kalau Daria nampak nanti mengamuk dia." kata Irene.

Jessica masih berdiri di situ. Dia berjalan mendekati Irene kemudian mengusap-usap kepala gadis yang pernah menjadi leadernya.

Jessica bongkokkan sedikit badan dan berbisik di telinga Irene.

"Kalau u nak i tolong u lagi, u kena buat apa yang i suruh."

Irene tersentak. Dia bangun dan merenung tajam wajah Jessica. Dalam hati dah berkumpul rasa geram.

"No. Aku tak nak dah libatkan diri dalam kerja jahat kau tu. Aku tak nak ada kena mengena." tegas kata-kata Irene.

Jessica bagaikan terkejut. Tak sangka gadis yang selama ini dianggap lemah rupanya punya pendirian tegas seperti ini.

"Oh dah berani nak marah i. Okey, i akan suruh Adrian cakap dengan daddy dia untuk batalkan kontrak antara his daddy dan your papa." ugutnya.

Irene senyum sinis.

"Do it. I dont even care anymore. Cukuplah dulu kau bodohkan aku. Dah, jangan kacau aku lagi."

Jessica geram. Tangannya digenggam erat. Menggigil tubuhnya dengan rasa amarah yang tinggi.

Memandangkan waktu rehat masih belum tamat, Jessica terus keluar daripada kelas. Niatnya untuk minta Irene masuk balik group DB. Tapi huh. Hampeh.

'Nanti kau Irene. Berani kau sekarangkan.' bisik hati Jessica.

Irene terus duduk semula di kerusi. Air matanya mula bertakung di tubir mata. Tunggu masa je nak pecah.

Terasa usapan di belakang badannya. Dia berpaling. Wajah Erma, penolong kelasnya menyapa matanya.

"Sabar je Rene. Orang macam tu memang jenis keras hati. Biarkan dia." ucap Erma.

Irene angguk. Dia perasan, sejak dia sudah keluar daripada DB ramai yang mula menegurnya. Dia bersyukur dengan hal itu.

Erma meletakkan sebungkus roti dan sekotak air milo di atas meja Irene.

"Nah. Eva bagi tadi. Dia tahu kau tak makan lagi. Buat alas perut. Nanti kau gastrik pula. Ni sekali." ujar Erma kemudian menghulur sehelai kertas.

Irene angguk dan mengucapkan terima kasih.

Surat dibaca.

Tengku Irene,
Tak payah nak sedih sangat dengan ayat Jess tu. Kitorang kan ada. Kitakan dah jadi bff. Are u forgot about that? Soal your family, dont worry. Kalau family Adrian tak nak tolong, just cakap dekat kitorang. Okey? Weekend ni datang rumah kitorang. Nanti aku ws alamat. Dah makan tu. Aku tau kau takde duit 😃 ok bye.

Irene tersenyum. Eva, kau memang kawan yang memahami. Terus je dia makan roti dan minum air milo.

'Thanks Eva. Thanks korang sebab sudi kawan dengan aku.'

🌼🌼🌼🌼

Iskandar pov

Aku termenung. Teringat pula dekat arwah adik. Adik perempuan yang paling disayang.

'Dik, abang rindukan adik. Terlalu rindu.'

Tiba-tiba terlintas wajah si dia yang selalu mengganggu tidur malam aku. Sering sahaja muncul dalam mimpi.

Aku senyum. Perangai dia, sikap dia. Malahan cara dia berpakaian juga sama macam arwah adik.

Tapi aku takut. Seandainya aku dah mula sayangkan dia, aku bimbang dia juga akan pergi tinggalkan aku. No, aku dah tak sanggup kehilangan kali kedua.

Najmi dan Firash juga selalu nasihat aku.

"Is, baik kau mengaku je. Jangan nak ego sangat."

"Betul Is. Aku pun berura-ura nak terus terang. Takut kena reject je."

Aku mengeluh. Ingat senang ke nak luahkan perasaan dekat seseorang yang disayangi dalam diam. Cukuplah aku selalu pandang dia dari jauh. Itupun lebih dari cukup.

🌼🌼🌼🌼

Eva tengah baring-baring kat sofa. Ruby? Hm pergi biking keliling taman dengan Felisya. Tiara pula joging.

Tinggallah Eva seorang diri kat villa.

Handphonenya bunyi. Tanpa melihat siapa yang call, terus je dia angkat.

"Hello."

"Hye my sweetie. I miss u."

"Sape ni? Tak payah nak speaking sangat. Sweetie pe kejadahnya."

"Haha. Are u serious Eva? Ni mesti kes angkat call tapi tak tengok siapa. Kan? Aduhai my sweetheart."

Eva kerut dahi. Dia melihat sekejap skrin telefon. Mulut dah ternganga. Omggg.

"Angaaaaaaahhhhhh. I miss u. How could u tak call Eva? Busy sangat ke? Or sibuk dating?"

Kedengaran ketawa seorang lelaki di hujung talian. Eva dah duduk bersila. Air mata pula dah bersedia untuk gugur.

"Hey sis. Are u crying? Oh God. Ya i miss u so much. Sorry lama tak call. Busy sangat dengan final exam. Lepastu tolong walid dekat company lagi."

Eva senyum. Sungguh dia rindukan abang keduanya. Abang yang paling dia rapat berbanding abang sulungnya.

Lama juga mereka berborak sampaikan budak tiga orang tu dah balik pun still otp. At last, bila dengar azan Maghrib barulah angahnya end call.

Terubat rasa rindu Eva. Dalam hati terfikir bilalah angah, walid dan bonda nak balik sini. Dia rindu sangat.

























🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Done! sorry pendek untuk chapter ni. No idea.

Enjoy. Comment dialukan 😎





LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now