LYT 49

20.4K 1.1K 33
                                    

Darwis pov

Aku turun untuk makan malam dengan keluarga. Ayah, ibu serta adik dah sedia menunggu.

Aku memohon maaf kerana terlewat.

"Takpe Dar. Ini pun tengah tunggu atuk kamu ni." ujar ayah, Tengku Faizal.

Aku angguk.

Tak lama lepas tu, atuk turun. Aku tengok muka atuk macam serabut je. Kenapa eh?

Selesai makan, kami ke ruang tamu. Rizky, adik Tiara merangkap adik tiri aku sudah naik ke atas. Nak siapkan kerja sekolah katanya.

Ibu pula sibuk mengemas dapur. Ayah dan atuk je yang join aku menonton tv. Apa lagi, tengok beritalah.

"Budak-budak tu dah sampai ke ayah? Saya call Tiara tak angkat pun." tanya ayah.

Atuk angguk. "Petang tadi dah sampai. Penat sangatlah tu. Esokkan sekolah." kata atuk.

Aku pelik.

"Biasa kalau diorang keluar negara, esoknya tak payah datang sekolah. Ada hal penting ke atuk?"

Yalah, mestilah sepupu aku tu penat. Duduk dalam flight berejam kot. Dari UK ke Malaysia. Fuh.

Aku dengar atuk mengeluh.

"Darwis ingat empat orang yang buli seorang pelajar sampai warded tu? Budak sekolah kamulah." ujar atuk.

Aku diam. Cuba mengingati sesuatu. Kemudian mata aku bulat pandang atuk.

"Jangan cakap yang diorang berempat..." aku terkelu bila atuk mengangguk.

Aku meraup muka. Argh masalah.

"Yes. Grandpa kamu suruh geng buli tu pindah Sparkle. Dia nak cousins kamu dan 4K yang uruskan. Bila dah insaf, mereka akan pindah semula ke Sky Academy." terang atuk.

Aku mengeluh lagi. Aku fikir aku dengan yang lain dah boleh hidup tenang sekejap tapi huh. Kalau SE yang settle memang puting beliung ah. Ribut petir semua menimpa Sparkle Highschool.

"Tapi atuk. Tahap melawan dan degil geng Lotus tu melampau. Dengan keadaan 4K dan SE yang baru balik. Rehat tak sampai sehari dah kena hadap masalah ni. Atuk tak rasa sekolah tu akan terbakar rentung ke nanti? Eva dengan Tia garang macam singa betina. Bila ditambah gabungan Felisya and Ruby yang memang kaki kutuk, kaki perli. Dar rasa tak selamat pula." luahku.

Atuk tergelak. Manakala ayah hanya senyum dan menepuk bahuku lembut.

Ish apa yang lawaknya. Tiara memang garang dah. Eva nampak je dingin macam ais. Tapi bila dia marah, no one can help it. Satu hari dia akan moody. Felisya memang laser. Gabung dengan Ruby yang suka mengutuk fuh. Meletup habis.

"Sabarlah Dar. Ayah yakin diorang boleh handle semua ni. Dar tak confident dengan cousins Dar tu ke? Rileks son. Mereka dah biasa dengan situasi ni." pujuk ayah.

Aku diam.

"Betul tu Dar. Thats why your grandpa send the students there. Because he know your great cousins can settle it. Don't worry too much. 4K there to help them."

Aku angguk kepala. Aku tak pernah ragui kebolehan cousins perempuan aku tu untuk handle kes macam ni. Tapi aisshhh. Confirm memang panas sekolah tu.

Aku tak berapa risaukan sangat keselamatan diorang. Masing-masing ada seni pertahankan diri. Plus, aku pasti Eva takkan biar cousins dia cedera or diganggu manusia yang nak rosakkan diorang. Eva sangat sayang dan menjaga SE lain, fizikal dan juga mental.

'Hope korang hadapi dengan jiwa tenang.'

🌼🌼🌼🌼

Rayfal pov

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant