LYT 93

24.5K 1.2K 79
                                    

Hari ni mereka semua akan bertolak ke Cameron Highland. Seawal jam 6.30 pagi, lima buah kereta keluar dari perkarangan rumah Tengku Fauzi.

Dua Alphard, satu Honda Accord dan dua Toyota Civic.

Hampir jam 11 pagi, mereka berhenti sekejap di kawasan rehat. Bekalan makanan yang dibawa dari rumah dikeluarkan. Macam-macam ada. Nasi goreng, mi goreng, sandwic, roti hotdog, kuih karipap dan donat.

Semua makan dengan berselera dan mereka menyambung perjalanan semula.

Tiga jam kemudian barulah mereka tiba di hotel penginapan mereka selama dua hari satu malam di Cameron Highland.

🌼🌼🌼🌼

"Aduh, sakitnya pinggang aku."

"Itulah. Aku pening ni. Jalan dia kemain tadi."

Felisya dan Ruby merungut. Jalan ke Cameron Highland memang mencabar. Begitu banyak selekoh sampaikan boleh pitam duduk dalam kereta. Macam Luqman dan Najmi. Haha.

Malam ni mereka akan berehat sahaja di bilik kerana penat.

Esoknya, Eva mengajak sepupunya dan 4 Knights serta The Princess untuk hirup udara segar. Hotel penginapan mereka berdekatan dengan ladang teh.

Sambil itu, mereka selfie sebanyak mungkin untuk dijadikan kenangan.

Lutfi merenung setiap wajah yang terukir senyuman di bibir mereka. Dia happy tengok cousinsnya semua bahagia. Matanya terpaku di wajah buah hati kesayangannya. Siapa lagi kalau bukan Tengku Hanni Dahlia.

Lutfi tersenyum bila teringat saat dia memujuk Hanni sehari before mereka bertolak.

Bukan main terkejut lagi gadis itu waktu melihat wajahnya di pintu rumahnya. Sebagai tanda maaf, dia telah memberi Hanni satu jambangan bunga mawar pink kesukaan gadis itu. Hadiah berupa rantai emas putih yang mempunyai huruf L dan H turut diberi.

Bukan main seronok lagi Hanni sampai menangis. Yang dia tak sangka, parents Hanni melihat semuanya. Segan dia.

Lutfi memandang langit. 'Look Lisa. Your cousins are really happy right now. But i know, they won't forget u. I miss u twin.'

Skip

Hari ni mereka akan bertolak ke Terengganu pula setelah sehari berada di Gambang Waterpark.

Di Terengganu, mereka akan stay di resort. SE yang macam kanak-kanak tak pernah jumpa laut sudah teruja tahap gila punya. Mereka berlari dan bermain-main di gigi air. Tawa mereka kedengaran dari jauh.

"Ya Allah. Fal, kau tengok. Aku tak kenal empat orang tu." ucap Firash.

Rayfal dan Najmi gelak. Manakala Iskandar hanya senyum.

"Happynya dorang ni. Macam kanak-kanak ribena." kata Iskandar pula.

4K hanya berdiri di tepi pantai memandang ke arah si pujaan hati mereka.

"Adik sapelah tu Ril. Main air macam tak pernah jumpa langsung air." ujar Darwis.

"Angah pun tak nak mengaku. Aihhh buat malu jelah dorang ni. Umur dah hampir 18 tapi perangai macam budak umur 7 tahun." bicara Elvin pula.

Zaril dan Darwis tergelak. 4K yang ada di situ turut ketawa.

"Dah. Dah. Rayfal, kau pergi panggil diorang tu. Suruh rehat . Kalau dibiar sampai ke petang kat situlah diorang." arah Zaril.

Rayfal angguk.

"Jangan pula korang berempat gi join. Hati-hati dengan Ruby and Felisya. Tak pasal kena tarik sekali masuk dalam air tu. Nakal tau diorang berempat tu." Darwis pula berpesan.

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now