Dia mendekati meja yang diduduki oleh sepuluh orang manusia itu lalu mengambil segelas cawan entah milik siapa yang terus dilemparkannya ke lantai. "Korang, makanan tu lebih penting ke? Lebih penting dari kawan sendiri ke, semua makanan tu?" Soal Suho setelah semua orang terkejut dengan bunyi gelas pecah. "Aku tengah nak beritahu sesuatu di sini jadi boleh tak korang senyapkan sedikit mulut tu?" Suho mula menjerit. Wajah cerahnya mula bertukar merah, menahan marahnya.

"Chanyeol dah pergi..." Suaranya kembali perlahan setelah semua orang telah memberikan tumpuan mereka kepadanya.

"Ke hospital? Kami pun dah tahu pasal tu." Jawab Sehun lalu memasukkan makanan ke dalam mulutnya semula.

"Sehun-ah." Panggil Suho. "Sehun-ah, Chanyeol dah tiada. Dah... Dah mati." Dengan sekelip mata Suho berterus terang.

"Hyung, kenapa tiba-tiba cakap benda macam tu?" Baekhyun menyoal, dalam masa yang sama, Kai di sebelahnya terus mencapai telefon bimbit di atas meja untuk menelefon Chanyeol.

"Kau ingat aku sengaja nak tipu korang semua ke?" Suho menyoal dengan suara yang serak. "Aku terpaksa beritahu. Chanyeol kemalangan semasa menuju ke hospital. Manager hyung baru balik dari sana selepas tu pergi ke hospital sekarang ini."

Tangan Baekhyun menggeletar semasa mendengar penjelasan daripada Suho. Kai pula memberitahu berulang kali yang dia tidak dapat menelefon Chanyeol tidak kira berapa kali nombor Chanyeol di dailnya. Mungkinkah betul? Hati Baekhyun berbisik. Dia berusaha menggenggam sudunya dengan tangannya yang menggeletar namun akhirnya sudu itu terjatuh juga.

"Terutama kau, Byun Baekhyun. Kau sukakan budak kecil, kan? Aku dapat nampak yang kau akan jaga anak aku suatu hari nanti."

"Hyeran baru telefon aku, dia kata dia nak namakan nama anak kami Park Chanyoung sebab dia yakin anak kami nanti lelaki. Comel tak nama tu? Sama macam nama aku kan? Kan? Nanti kau masih ada kawan. Ada Park Chanyoung, pengganti Park Chanyeol."

Tangan Baekhyun meraup rambutnya dengan kedua-dua belah tangannya. Lalu kedua-dua tangannya itu terus menekup telinganya, menghalang kata-kata Chanyeol daripada bermain di telinganya sendiri sementara hatinya menjerit 'tidak mungkin'.

Dia merupakan orang yang terakhir masuk ke dalam bilik itu. Matanya menangkap mata keliru Hyeran yang sedang merenungnya lalu merenung ke daun pintu, untuk melihat sama ada ada orang lagi untuk masuk ke dalam, memenuhi biliknya itu.

Tak ada, Hyeran-ah. Saya yang terakhir. Baekhyun bermonolog sendiri.

"Kenapa hanya awak semua sahaja di sini? Di mana Chanyeol?"

Hyeran menyoal membuatkan Baekhyun lantas memejamkan matanya rapat. Dia menjauhi pandangan mata Hyeran, bersembunyi di belakang Lay. Belakangnya di sandar ke dinding, berfikir bagaimana harus mereka beritahu Hyeran tentang perkara itu. Sebelum mereka sampai di hospital tersebut, Xiumin telah menghubungi ayah Chanyeol, untuk bertanya tentang kesahihan berita yang sangat mengejutkan mereka itu. Ayah Chanyeol menyuruh mereka menemani Hyeran di hospital sementara mereka mengesahkan mayat. Mereka juga diberitahu untuk menyampaikan perkara yang sebenarnya kepada Hyeran kerana ada kemungkinan mayat di dalam kereta Audi A3 yang terbakar itu benar-benar Chanyeol.

"Boleh saya dukung dia tak Hyeran?" Pinta Xiumin yang paling berhampiran dengan katil Hyeran untuk mengelak dari menjawab pertanyaan tadi.

Kepala Hyeran mengangguk, lantas Chanyoung di dalam tangannya terus dipindahkan ke tangan Xiumin. Xiumin tersenyum, memandang si Chanyoung kecil yang sedang lena. "Chanyoung dari tadi tak berhenti menangis. Entah apa sebabnya. Saya dapat merasakan yang Chanyoung seperti dalam kesakitan tapi doktor berkata Chanyoung tiada apa-apa. Nasib baik tangisannya tidak berlarutan. Tidur juga akhirnya."

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Kde žijí příběhy. Začni objevovat