“Sebab itulah saya tak suka, pabo-yah!” Marah Hyeran sambil melepaskan telinga Chanyeol.

“Hyeran-ah.” Panggil Kyungsoo sekali lagi namun kali ini dia menunjukkan dua thumbs up dengan kedua-dua tanggannya.

“Mian.” Ucap Chanyeol akhirnya.

“Saya tak sukalah.” Hyeran memeluk tubuhnya sambil membuang pandangnya ke lantai.

“Walau apapun, awak masih cintakan saya, kan?”  Chanyeol yang tersenyum nakal membuat simbol hati dengan jarinya, acah-acah sweet.

Luhan yang tidak boleh lagi melihat Chanyeol sengaja ber’sweet’ dengan Hyeran mengetuai pembalingan bantal sofa ke arah Chanyeol. Nasib baik tak diberinya kaki meskipun sebenarnya Chanyeol layak mendapatkannya. Mujurlah dia baik sedikit walaupun bantal yang telah dibalingnya ke Chanyeol yang sudah terjatuh ke lantai diambilnya kembali dan dibalingkannya kepada Chanyeol sekali lagi dan lagi.

“Kalau saya jadi awak, boleh bunuh diri saya, Hyeran. Tak tahan hidup dengan lelaki macam ini.” Komen Luhan setelah puas memukul Chanyeol bertubi-tubi.

Hyeran yang sedang memeluk tubuhnya, mengeluh berat. “Saya tahu kan, Luhan sunbaenim? Ini pun dah kira membunuh diri sendiri. Sebab Chanyeol punya ‘manis’ boleh bawak diabetes.” Balas Hyeran pula.

“Awak pasti tiada barang awak yang tertinggal, Hyeran-ah?” Soal Sehun, menukar topik. Memang barang Hyeran yang sedikit itu membuatkannya tertanya-tanya sejak dari tadi. “Sikit je barang saya tengok.”

Anak mata Hyeran mengekori jari telunjuk Sehun yang menunjukkan beberapa barangnya seperti bagasi dan beberapa buah beg lain yang terletak di tepi dinding. Setahu Hyeran hanya itu sahajalah barang yang dia bawa ke dorm LUV. Sementara perabot di dalam bilik tidur stornya itu yang masih tertinggal, Hyeran masih lagi memikirkannya. Mungkin dia akan mengarahkan seseorang untuk mengangkatnya dan menjualnya ataupun memberikannya kepada orang lain memandangkan dia akan tinggal di rumah Chanyeol. Namun, apa-apa keputusan akan diserahkan kepada Chanyeol kerana Chanyeol yang telah membelinya. Rasanya dia patut menjualnya sahaja kerana Chanyeol merengek yang perabot itu baru sahaja dibayarnya habis, Hyeran sudah tidak akan menggunakannya lagi. Itulah, lain kali sebelum nak buat sesuatu, beritahunya dulu.

Kepala Hyeran mengangguk kecil. “Memanglah, sebab saya pun hanya tinggal di dorm mereka beberapa bulan sahaja, kan?” Jawab Hyeran.

Suho menyandarkan belakangnya ke sofa setelah lenguh-lenguh badannya. “Saya tak sangka yang cepat sangat mereka suruh awak keluar dari dorm.” Ujarnya.

Tertawa kecil Hyeran dibuatnya apabila mendengar kerisauan Suho terhadapnya itu kerana dia berfikir sebaliknya. “Sebenarnya, Suho Sunbaenim. Lagi cepat mereka usir saya, lagi bagus.” Jawab Hyeran. “Jadi, saya boleh tidur di sini buat semalaman, kan? Awak semua jangan usir saya juga nanti saya merempat di tepi jalan.” Seloroh Hyeran pula.

“Mestilah awak dialu-alukan di sini, Hyeran. Awak boleh tidur di bilik ChanBaekSoo.” Balas Chen sambil tersenyum lebar.

“ChanBaekSoo?” Soal Hyeran yang tidak mengerti namun seketika kemudian, dia mula memahami apa yang dimaksudkan oleh Chen itu. “Ah…” Hyeran mengangguk sambil dia melihat satu demi satu daripada Chanyeol, Baekhyun dan Kyungsoo.

Hyeran berusaha untuk tidak memandang lama Baekhyun ketika itu kerana dia dapat merasakan renungan lain daripada yang lain yang diberikan oleh Baekhyun sejak dari tadi. Dalam diam, Hyeran menghela nafas beratnya sambil berharap yang apa yang sedang difikirkannya hanya prasangka buruknya.

“Awak boleh tidur di atas katil saya, Hyeran. Saya nak pergi kemas.” Beritahu Kyungsoo sambil bangun dari tempat duduknya.

Pantas sahaja Hyeran bangun dari tempat duduknya untuk menghalang Kyungsoo. Dia melambai-lambaikan tangannya di hadapan Kyungsoo sambil tersengih. “Tak apalah, sunbaenim. Saya boleh tidur di ruang tamu, atas sofa. Saya tak mahu menyusahkan sesiapa.” Hyeran berusaha untuk menolak dengan cara yang baik.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now