"Sekejap, macam mana kita nak tengok macam ini?" Chanyeol bertanya sambil memandang Hyeran yang sibuk menaip kata laluan komputer ribanya itu.

Kata laluan yang ditaip oleh Hyeran terlalu pantas sehingga Chanyeol tidak dapat menangkap dengan jelas papan kekunci yang ditekan oleh Hyeran. Keluhan halus meniti di bibir Chanyeol dengan hampa. Chanyeol menyangka Hyeran tidak mendengar keluhannya, namun apabila Hyeran terus memandangnya, Chanyeol tahu Hyeran dapat mendengarnya.

Seraya memegang komputer ribanya dengan kemas agar tidak jatuh, Hyeran terus memandang Chanyeol sekilas. Hanya sekilas sahaja kerana Hyeran terkejut apabila begitu dekatnya muka Chanyeol dengannya. Tiba-tiba Hyeran menggenggam Acer miliknya itu dengan sangat erat kerana dia berasa gementar. Kenapalah Chanyeol mesti selalu nak merapatinya. Hyeran mendengus sambil berbisik perkataan 'Byuntae' di mana Chanyeol tidak dapat mendengarnya.

"Bumi kepada Yoon Ran, Awak masih dapat mendengar saya?" Seloroh Chanyeol kepada Hyeran yang sedang menatap skrin komputer ribanya yang sudahpun hidup, memaparkan gambar mendiang ayah Hyeran sebagai desktop wallpaper.

Yoon Ran, Hyeran menggigit bibirnya apabila mendengarnya. Dia lantas memandang Chanyeol dan berkata, "Macam ini lah. Macam mana lagi?" Soal Hyeran, berfikir yang posisi mereka duduk itu tiada masalah apa-apa pun, kecuali Chanyeol yang terlalu rapat dengannya.

Ya, Chanyeol yang duduk terlalu rapat dengannya yang patut disoalkan sekarang ini. Sebenarnya Hyeran berfikir untuk berganjak sedikit, menjauhi Chanyeol namun dia tidak tahu mengapa dia seakan kaku di tempatnya kini.

"Awak tak penat ke pegang laptop tu, Ran-ah?" Chanyeol menyoal, mengambil berat dengan situasi Hyeran sekarang ini. "Berapa jam filem tu? Berapa jam awak nak pegang je si silver ni?" Chanyeol tahu dia memang kedengaran seperti seorang suami senget yang cemburukan sebuah komputer riba yang erat berada dalam genggaman isterinya itu.

"Habis tu awak nak suruh saya buat apa?" Hyeran pula yang menyoal sambil menekan-nekan papan kekunci komputer ribanya itu sambil menanti jawapan dari Chanyeol.

"Baring." Jawab Chanyeol sepatah.

Hyeran dapat merasakan bulu romanya merinding ketika mendengar satu perkataan yang meniti di bibir Chanyeol itu.

"A-Apa?" Dia menyoal jua, sepatah. Dia berharap yang dia salah dengar.

"Baring." Chanyeol mengisyaratkan katil dengan menggerakkan katilnya membuatkan Hyeran meneguk menggigit bibirnya. "Awak letak laptop kat atas katil. Kita baring jelah, saya malas nak duduk. Baring kan senang." Chanyeol tidak menyedari yang dia sedang bercakap sendirian dalam beberapa minit ini. Wajah Hyeran dipandangnya sebelum ketawaya meletus. "Ran-ah, kenapa muka awak merah ni? Saya suruh awak baring je. Saya tak suruh awak buat apa-apa pun." Chanyeol terus menyambung ketawa yang bersisa.

Sekarang juga Hyeran seperti mahu berlari keluar dari bilik itu dan terjun balkoni disebabkan terlampau malu. Malunya, mukanya pasti merah macam Ji Yeonhee dalam EXO Next Door tu. Chanyeol yang tidak berhenti ketawa terus dicucuk pinggangnya. Chanyeol lalu mengaduh kesakitan sambil meminta maaf kepada Hyeran.

"Perlahankan suara awak tu kalau tak ada orang lain akan dengar." Hyeran tidak bermaksud untuk menukar topik perbualan mereka untuk menutup malunya tetapi memang itu yang sedang dirisaukannya kini.

Bagaimana kalau salah seorang daripada ahli kumpulan LUV yang bangun dari tidurnya dan pergi ke dapur untuk meminum air terdengar akan suara Chanyeol yang terlampau kuat itu? Apalagi Ranae. Atau si Minhee! Tidak, Hyeran tidak akan membenarkan mimpi buruknya terjadi. Apa yang mereka akan fikir nanti apabila melihat Chanyeol berada di dalam bilik stor bersamanya pada hampir setiap malam?

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now