Tatkala itu, Baekhyun tidak dapat melupakan tentang Hyeran walaupun hanya sesaat. Dia cuba mengusir Hyeran pergi dari fikirannya tetapi dia tidak boleh. Dia mengaku, fikirannya yang melayang mengingatkan Hyeran ialah apa yang membuatkan dia boleh menghayati lagu itu dengan lebih lagi. Lagu itu memang memerlukan penghayatan untuk disampaikan dengan lebih baik. Setiap bait lagu tersebut dia teliti. Setiap makna yang tersirat dapat dia rungkaikan dan segala kesedihan yang tercipta oleh melodi lagu tersebut dapat dia fahami. Dia mengerti mungkin kerana lagu itu sangat sesuai dengan apa yang sedang dialaminya sekarang.

o geureohge apeun biga wasseoyo
(Begitulah sedihnya hujan turun)

Kunci terakhir ditekan oleh Baekhyun yang menandakan penamat bagi lagunya ketika itu. Tangan Baekhyun jatuh berhayun di sisinya sebelum Baekhyun menyandarkan dahinya pada piano tersebut. Seketika kemudian, dia terdengar bunyi orang menepuk tangan yang membuatkannya terus menoleh kepalanya.

Wajah Chanyeol yang dihiasi oleh senyuman dipandangnya. Biasanya Baekhyun akan membalas senyuman itu tetapi kali ini tidak. Kesedihan yang sedang dirasakan di hatinya membuatkan Baekhyun tidak dapat langsung untuk menggerakkan bibirnya supaya tersenyum.

"Kau ni hayati betul lagu itu." Ujar Chanyeol dan dalam erti kata lain dia sedang memuji namun Baekhyun hanya berlagak seperti dia tidak mendengarnya. "Kau akan persembahkannya ke nanti?" Chanyeol menyoal apabila Baekhyun tidak memberi respon kepadanya selain daripada mengeluh kecil. Chanyeol tidak tahu apa yang Baekhyun keluhkan.

"Taklah." Baekhyun menggeleng kepalanya. "Tak ada apa-apa event untuk aku persembahkannya pun. Aku cuma berlatih lagu ini sebab aku rasa ianya sesuai..." Kata-kata Baekhyun terhenti namun pantas dia menyambung, "... dengan vokal aku! Tetapi aku harap aku akan dapat persembahkannya suatu hari nanti namun disebabkan lagu ini lagu lama..." Baekhyun mengeluh kecil di hujung kata-katanya.

"Kau mesti boleh." Chanyeol memberikan kata-kata semangat. "Aku dengar kau sampaikan lagu tu dengan sangat baik. Kau terlalu menghayati lagu tu sampai kau tersalah not sikit tadi." Chanyeol tersengih sambil tangannya menunjukkan isyarat sedikit dengan tangannya.

"Walau apapun kau dah buat dengan baik. Lagipun, itukan lagu kegemaran Luhan Hyung. Mesti dia gembira bila tahu kau pun ada citarasa yang sama dengan lagu ini." Chanyeol menambah lagi sambil dia berjalan dengan perlahan menuju ke tempat duduk Baekhyun.

Kening Baekhyun sedikit terangkat apabila Chanyeol mahu berkongsi tempat duduk dengannya. Dia yang tidak kisah untuk berkongsi terus berganjak sedikit agar mereka berdua dapat sama ruang di kerusi itu. Jari-jemari Chanyeol menekan kunci piano di hadapannya dan ia bertukar menjadi irama yang sangat mempesonakan.

"Dah lama kita tak duet bersama, Baekhyunnie." Kata Chanyeol sedang dia berfikir kali terakhir mereka bermain piano bersama. Kalau tak silap ianya saat mereka sedang menjadi trainee dan menunggu masa untuk tarikh debut. Sekali-sekala Chanyeol akan menemani Baekhyun bermain piano sebelum mereka pulan ke dorm. Di sinilah tempatnya di mana Chanyeol akan mengganggu Baekhyun yang sedang fokus bermain piano dengan menekan kunci yang akan merosakkan lagu Baekhyun.

"Ya." Baekhyun tersenyum saat dia juga memikirkan kenangan yang sama yang sedang Chanyeol imbas di mindanya. "Kau nak main satu lagu ke? Sebelum kita balik ke dorm?" Cadang Baekhyun.

Bagaikan budak kecil yang teruja, Chanyeol menganggukkan kepalanya berulang kali sambil tersenyum hingga ke pipi. "Okay, kau pilih lagu!"

"Kaulah pilih lagu."

"Aku pulak? Okey!"

"Woi, lagu apa yang kau mainkan ni?"

"Tadi kau yang suruh aku pilih lagu."

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant