Lutut Chanyeol yang longgar membuatkan Chanyeol terduduk di atas lantai. Dia tidak mahu memikirkan semua yang dikatakan oleh Chen tetapi dia tidak boleh menafikan tentang kebenaran kata-kata Chen itu.

"Jadi kau nak cakap aku perosak semuanya? Aku buat semua benda jadi tunggang langgang? Aku buat kehidupan seseorang kucar-kacir? Atau—Kau nak cakap aku tak boleh bersama dengan Hyeran?" Tanpa Chanyeol sedari, matanya berkaca-kaca. "Yah—Aku pun tak sangka perkara akan jadi macam mana? Kau rasa aku kena buat apa? Aku betul-betul perlukan Hyeran, tapi aku dibenarkan dengan dia. Macam tu?" Chanyeol menyoal. Suaranya sudah mula kedengaran serak.

"Soalannya, Chanyeol. Kenapa kau perlukan Hyeran?" Chen menyoal.

Chanyeol hanya diam tidak menjawab. Buat apa dia menjawab soalan itu kalau akhirnya mereka sendiri pun tidak akan memahaminya. Dia benar-benar perlukan Hyeran di samping menemaninya hingga nafas terakhirnya. Dia perlukan Hyeran lebih dari apa yang dia perlukan di dunia ini. Tetapi mereka tak mengerti. Mereka tidak akan pernah mengerti.

"Sebenarnya, Chen. Ayah Chanyeol sedang sakit sekarang ini. Hyeran sepupu Chanyeol jadi, yang sakit tu ialah pak cik Hyeran sendiri. Siapa je keluarga Chanyeol yang paling dekat dengan Chanyeol? Mestilah Hyeran." Tutur Baekhyun membuatkan suasana menjadi senyap seketika. Mereka semua terkejut mendengar berita itu sehingga tidak mampu berkata apa-apa.

"Ch-Chanyeol, betul ke apa yang Baekhyun cakap pasal ayah kau?" Xiumin menekup mulutnya yang terbuka luas.

Chanyeol merenung Baekhyun dengan tajam. Sebenarnya Baekhyun salah. Bukan ayahnya yang sakit tetapi ayah Hyeran yang merupakan ayah mertuanya. "Yah! Kau dah janji tak nak beritahu sesiapa, kan?" Chanyeol berteriak kepada Baekhyun.

Baekhyun mengangkat kedua-dua tangannya. "Habis tu, takkan kau nak suruh aku diam je?" Soal Baekhyun namun Chanyeol hanya menutup matanya rapat dan mengeluh.

"Chanyeol-ah, kau tak nak pergi lawat ayah kau ke?" Suho yang mendekati Chanyeol terus menyoal.

"Ayah Hyung ada di mana? Di hospital?" Sehun juga turut menyoal dnegan wajah serius yang jarang ditayang olehnya.

"Kalau ayah kau ada di hospital, kita boleh pergi sana." Ucap Lay pula. "Kan, Suho?" Soal Lay pada Suho.

Suho menganggukkan kepalanya. Dia memegang bahu Chanyeol yang sedang mengetap giginya.

"Chanyeol, aku minta maaf."

Mata Chanyeol masih lagi tertutup rapat. Dia tidak mahu memandang wajah Chen yang sedang meminta maaf kepadanya malah dia menepis tangan Suho yang berada di bahunya.

"Tiada sesiapa yang akan lawat ayah aku dan tiada sesiapa yang akan pergi ke hospital." Putus Chanyeol. "Kenapa tiba-tiba semua orang simpati pada aku? Aku tak menagih simpati sesiapa pun. Aku tak minta sesiapa pun untuk bawa aku lawat ayah aku." Tambah Chanyeol lagi. Dia sudah cukup dengan semua ini.

"Kitorang cuma nak tolong kau. Takkan itu pun salah?" Soal Xiumin yang membela kawannya yang lain.

Kai mengangguk-anggukkan kepalanya, menyokong kata-kata Xiumin. "Kitorang cuba nak faham keadaan hyung."

Chanyeol tertawa dan bunyinya kedengaran sinis sekali. "Tak perlu nak faham aku. Tak perlu nak cuba pun faham aku kerana kau tak akan faham punya. Sebab tu semua perkara yang aku buat korang mesti rasa benda tu tak betul kan, Chen?" Chanyeol memandang Chen yang sudah terdiam. Jika tadi banyak benda yang Chen mahu katakan kepada Chanyeol, sekarang semua kata-katanya itu hilang.

"Kau tahu? Aku selalu fikir kita ni kawan yang sangat rapat. Macam apa yang Suho Hyung selalu cakap, 'We Are One'!" Ujar Chanyeol lagi. "Tapi hari ini, aku terfikir betul ke kita seperti apa yang dicakapkan oleh Suho Hyung? Macam tadi, hanya aku dengan Chen je yang bertikam lidah di sini. Korang semua buat apa? Macam aku seorang je lawan korang semua sebab korang nampaknya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Chen, kan?" Chanyeol menyoal.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now