"Sehun-ah, awak tengah sapu lantai lagi ke? Saya cakap berhenti, kan? Saya dah nak siap dah ni."

Walaupun Hyeran tidak memandang ke arah Sehun, dia dapat mendengar bunyi lantai disapu dengan perlahan. Kelakar apabila mereka semua sibuk mengemas rumah apabila Hyeran mahu masuk ke dalam rumah mereka. Seluruh lantai kalau boleh disapu, kasut yag memenuhi lantai terus disumbat ke dalam rak, semua barang yang berselerak di lantai disorokkan dan langsir dilabuhkan menutupi sliding door untuk menyembunyikan apa yang mereka jemur di balkoni.

Wow, rumah EXO memang— sangat bersih?

Tertawa Hyeran dibuatnya apabila Hyeran mendengar bunyi tapak kaki Sehun berlari ke dapur untuk menyimpan penyapunya. Comel betul reaksi EXO apabila Hyeran mengatakan yang dia akan merawat Baekhyun di rumah mereka. Chanyeol yang menentang hanya mampu mengatakannya di dalam mesej yang dihantarkan kepada Hyeran.

Saya rasa bukan idea yang baik bila seorang perempuan masuk ke dalam rumah DUA BELAS ORANG LELAKI! –Chanyeol.

Awak kan ada. –Hyeran.

"Boleh saya pergi ke balkoni?" Aju Hyeran apabila dia siap membalut kepala Baekhyun. Hyeran yang berjalan ke arah balkoni terus dihalang oleh Xiumin yang mendepakan tangannya di hadapan sliding door.

"Andwae!" Halang Xiumin.

"Wae?" Soal Hyeran sambil memuncungkan bibirnya.

Xiumin yang bagaikan mahu membina Tembok Besar China dengan badannya tidak mahu berganjak walaupun seinci. Ditambah pula dengan Kai yang turut serta dalam pembinaan tembok mereka beserta Suho apabila Hyeran berkeras yang dia mahu pergi ke balkoni.

"Kenapa mesti nak pergi ke balkoni?" Suho yang menyoal kelihatan panik.

Bukannya Hyeran mahu lihat apa yang mereka sembunyikan pun namun Hyeran hanya mahu melihat pemandangan daripada rumah EXO. Baju, seluar, atau apa sahaja yang mereka jemur di luar tak menarik minat Hyeran pun. Hyeran yang mengalah terus membelakangkan Xiumin, Kai dan Suho. Dia memeriksa setiap sudut ruang tamu tersebut termasuk siling. Hyeran menganggukkan kepalanya apabila dia mengesan sarang labah-labah di siling. Ya, sangat bersih.

Sangat bersih sehinggakan rumah tak nampak macam rumah pun.

"Kalau macam tu saya balik ke dorm dulu." Hyeran pamit setelah dia mengambil begnya di atas sofa.

"Takkan dah nak balik?" Soal Lay yang bangun dari duduknya dengan serta-merta.

"Wah, Hyung. Hyung nak Hyeran tidur di dorm kita ke?" Soalan terpacul dari mulur Kai, kedengaran sinis. "Mestilah Hyeran kena balik ke dorm dia, dia pun ada dorm sendiri." Sambung Kai yang menuju ke sofa untuk melabuhkan punggungnya.

Chanyeol yang tidak bersetuju dari awal tentang Hyeran mahu bertandang ke rumah mereka terus menyokong kata-kata Kai tersebut. "Betul tu. Awak balik je Hyeran."

Hyeran membuat muka kepada Chanyeol yang akan memaksanya jika Hyeran tidak keluar dari rumah itu pada saat itu juga. Kalau iya pun tak perlulah tengok macam nak usir orang, Hyeran berfikir.

"Bukan macam tu tapi Hyeran dah ubatkan luka Baekhyunnie jadi kita kenalah balas jasa Hyeran. Kenapa tak ajak Hyeran makan malam di sini? Kyungsoo kan pandai masak." Lay bercakap betul-betul kedengaran macam seorang ibu yang mengajak teman wanita anak lelakinya untuk makan malam di rumahnya.

"Na? (Saya?)" Jari telunjuk D.O menunjuk dirinya sendiri sementara semua orang terkejut mendengar suaranya yang lantang tersebut.

Chanyeol berfikir yang D.O tidak akan bersetuju tentang idea dia memasakkan makan malam untuk Hyeran dan mereka semua namun dia terkejut apabila D.O menyebut, "Geurae."

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now