"Nampak tak? Nampak tak? Uri Hyeran-ie!" Jari telunjuk Xiumin menunjukkan Hyeran yang berdiri di antara empat orang yang lainnya. "Heol daebak! Jinjja yeppeone, uri Hyeran-ie! (Hyeran nampak sangat cantik!)" Xiumin tidak ubah bagai budak-budak yang dapat pergi ke Lotte World apabila dia sangat teruja dengan Hyeran yang muncul di skrin.

"Uri Hyeran-ie? (Hyeran kita?)" Baekhyun mengangkat keningnya ke arah Xiumin dengan riak mukanya yang tak dapat dibaca. Sejak bila pula Xiumin mahu memanggil Hyeran dengan lebih mesra?

Tiada siapa dapat memerli Xiumin. Dia yang paling tua antara mereka walaupun Suho ialah ketua antara mereka. Malah, Suho pun akan dimarah apabila menyakat Xiumin. Nak kata garang sebenarnya Xiumin bukannya nak jadi garang atau tunjuk kuasa, Cuma dia mahu mengingatkan siapa yang lebih tua antara mereka semua. Lagipu, apa yang salah kalau dia memanggil Hyeran dengan lebih mesra? Mereka sendiri yang mengakui bahawa Hyeran ialah hoobae kesayangan mereka.

Dan apabila Baekhyun terpandang panahan mata Xiumin, mulut Baekhyun yang biasanya membebel macam mak nenek terus terkunci. Ini bukan panahan mata arjuna, lebih kepada panahan mata malaikat maut yang akan mencabut nyawanya tak kira masa.

"Kkaebsong," Ujar Baekhyun perlahan setela melarikan pandangannya dari renungan maut Minseok Hyungnya.

Tajuk lagu debut mereka 'I don't Know' tertera di skrin sebelum lagu dimulakan. EXO dapat melihat LUV sedang menari.

"Ganda! Ganda! Ganda!" Chanyeol menjerit teruja. Ini saatnya dia dapat melihat Hyeran di atas pentas.

Han beon du beon se beon malhaejwodo mollayo

Naneun amugeotdo mollayo
Wae jakkuman bame boja geuraeyo

Wollae deiteuneun geureon geongayo geudaen

Naneun amugeotdo mollayo

"Wah, kenapa saya tiba-tiba teruja ini?" Kai tidak dapat menahan hatinya melonjak-lonjak saat melihat persembahan LUV yang bertenaga di skrin I Phone milik Suho.

Wae jakkuman ttakttakhage gunayo
Naega museun jalmotdeureul jeojilleonnayo Oh ohohoh ~

Museun marinji nan mollayo

"Boleh tahan," Mata Suho bagaikan digamkan ke skrin membuatkan Chanyeol tidak percaya yang Suho hanya merasakan yang LUV dalam kategori 'boleh tahan'.

Siapa yang percaya bila mata Suho tak berkelip memandang LUV?

"Saya rasa mereka dah lakukan yang terbaik memandangkan mereka baru sahaja debut. Tak nampak gementar atau gentar langsung." Komen Chanyeol yang tidak bersetuju dengan Suho. Suho hanya diam dan tidak mengalihkan pandangannya langsung dari skrin.

"Ya, aku pun rasa mereka sangat bagus." Sambung Chen. "Jarhanne!" Puji Chen lagi.

Kedengaran ada suara yang mengeluh di antara mereka. "Saya tiba-tiba rindu pentas debut kita dahulu." Ujar Baekhyun tiba-tiba apabila melihat pentas debut LUV.

Han beon du beon se beon malhaejwodo mollayo

Daraoreun eolgul wae geureonji mollayo

Hilkkeumhilkkeum boneun geu nunbit mwongayo

Naneun amugeotdo mollayo

Kamera yang menghala ke arah Hyeran kini membuatkan mereka teruja kerana mereka tahu ia giliran Hyeran yang seterusnya.

Naegen cheoeum inneun il

Baru sahaja mereka mahu bersorak nama Hyeran, ada sesuatu perkara yang tak diduga telah berlaku.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now