Jeritan Chanyeol itu membuatkan Hyeran tidak tahan untuk gelak. Tulah, siapa suruh mengurat dia hari itu! Kan dah kena balik! What goes around, comes around!

"Saya rasa saya mimpilah, Hyeran." Kata Chanyeol apabila memandang wajah Hyeran. Pipi Hyeran lalu dicubitnya. Hyeran yang mengaduh kesakitan menolak dahi Chanyeol dengan marah. "Eh, bukan mimpi ke?" Soalnya.

"Bukan!" Kali ini giliran Hyeran yang mencubit pipi Chanyeol.

"Tapi awak nampak lain sangat. Macam mana awak boleh berubah macam ni? Tengok, awak pakai baju saya pulak tu! Betul ke saya tak bermimpi ni?" Chanyeol sendiri keliru dengan dirinya sendiri.

Baru sahaja Chanyeol mahu menampar wajahnya, Hyeran sudah menghalangnya berbuat demikian. "Sebab saya tak nak pulang baju ini pada awak!" Senyum Hyeran.

"Tak apa, saya tak akan minta. Awak ambil jelah. Banyak lagi baju kat rumah." Balas Chanyeol.

"Kalau macam tu bagi semua baju awak kat saya!" Hyeran mendepakan tangannya.

"Nak buat apa? Nanti saya nak pakai apa?"

"Tak payahlah pakai apa-apa. Awak nampak seksi." Hyeran melemparkan senyuman nakal kepada Chanyeol.

"Hyeran, saya rasa awak terlebih dos lah ni. Saya rasa saya dah suruh Dahyun beri awak ubat ikut waktunya."

Hyeran memuncungkan mulutnya apabila ideanya untuk mengenakan Chanyeol muncul di benak fikirannya lagi. "Maksud awak, Too much! Neoya, Your love Igeon Overdose!"

Chanyeol hanya mampu menggelengkan kepalanya saat melihat Hyeran menyanyikan lagu Overdose sambil menari tarian itu dengan hanya menggunakan tangannya.

"Awak dengar yang Kai puji saya hari tu, kan? Kan? Kan?" Hyeran mendekatkan wajahnya pada Chanyeol setiap kali dia menyebut perkataan 'Kan' tetapi saat wajah mereka hanya seinci sahaja jaraknya, Hyeran cepat-cepat kembali ke posisi asalnya. "Kai, Dancing Machine EXO puji saya pandai menari! Ah, gembiranya!"

"Boleh tak jangan sebut Kai Kai Kai depan saya? Tak baik sebut nama lelaki lain depan suami!"

"Ahh... Jiltu? (Cemburu ya?)" Jari telunjuk Hyeran menunjuk Chanyeol dengan senyumannya yang menyenget. Chanyeol segera menggenggam tangan Hyeran itu.

"Mana ada!"

"Ada!"

"Bila masa?"

"Sekarang!"

"Tak pernah!"

"Tapi tadi, kan? Awak ada sebut Dahyun Unnie, kan?"

"Awak pun cemburu!"

"Kai! Kai! Kai! Kai!" Teriak Hyeran membuatkan Chanyeol segera menekup mulut isterinya itu. Hyeran mengambil tangan Chanyeol lalu meletakkannya jauh-jauh. "Saja nak bagi awak cemburu!"

Chanyeol melihat tangannya yang ditepis oleh Hyeran lalu mengambil tangan Hyeran lagi untuk digenggam. "Saya dah bagitahu Dahyun yang sebenarnya."

Hyeran yang terkejut terus menekup mulutnya kerana tidak percaya. "Jinjja?"

Jawapan yang Hyeran nantikan hanya diberikan dengan anggukan. Chanyeol memandang mata Hyeran, bertanya apakah dia sudah melakukan suatu kesalahan? Namun, Chanyeol berasa gembira apabila Hyeran menghadiahkan seukir senyuman yang indah buatnya.

"Geurae? Dahyun Unnie-ga neomu chakanne... (Betul ke? Dahyun Unnie seorang yang sangat baik.)" Luah Hyeran.

"Jeongmal?" Chanyeol menyelitkan anak rambut Hyeran yang berjuntai ke dahi ke belakang telinga. "Dia dah beri awak makan?" Soalnya prihatin.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now