Sekarang awak dah berada dekat dengan saya lagi, macam mana saya nak lepaskan awak pergi. Kalau saya boleh saya nak masuk ke dalam apartment awak sekarang dan peluk awak.

Ke mana saya boleh pergi? Apartment ini penjara bagi saya.

Kerana sibuk menaip mesej kepada Chanyeol, Hyeran tidak menyedari yang ada seseorang sedang menghampirinya dari belakang.

"Hyeran-ah, awak buat di bilik stor ni?" Soal satu suara yang lantas menyentakkan Hyeran dari lamunan.

Pantas Hyeran menoleh kepalanya dan mendapati Dahyun sedang berdiri di sebelahnya. Telefon bimbitnya yang berada di tangannya terus disimpan ke dalam poket seluarnya. "Ah, tak ada apa-apa, Dahyun Unnie. Hyeran Cuma nak tengok keadaan bilik stor ni je." Jawab Hyeran dengan gagap pada permulaan bicaranya kerana terkejut dengan kemunculan Dahyun secara tiba-tiba.

"Nak tengok keadaan bilik stor?" Soal Dahyun sebelum tertawa kecil kerana dia merasakan Hyeran berkelakuan pelik. Memandangkan Hyeran sepatutnya mengemas barangnya ke dalam bilik hujung namun, Hyeran malah pergi ke bilik stor.

Dengan mesra, Dahyun menguntumkan senyumannya. "Tak ada apa-apa yang perlu awak tengok pun, Hyeran." Katanya.

Tangan Dahyun dengan perlahan-lahan, menemukan tangan Hyeran lalu memegangnya. "Mari saya tolong awak kemas barang awak." Pelawa Dahyun sebelum menarik Hyeran mengikutinya namun, Hyeran masih tidak berganjak dari tempatnya.

"Dahyun Unnie, ada sesuatu Hyeran nak beritahu." Kata Hyeran yang lantas memberhentikan langkah Dahyun dari membawanya ke bilik hujung.

"Apa dia?" Soal Dahyun, ingin tahu.

Pada pandangan Dahyun, Hyeran kelihatan ragu-ragu sama ada untuk memberitahu dirinya atau tidak. Telefon bimbit Hyeran yang sudah kali ketiga berbunyi menandakan mesej masuk hanya dibiarkan Hyeran kerana dia masih memberitahu Dahyun sesuatu.

"Hyeran nak tidur di bilik stor. Bolehkan?" Hyeran yang mengajukan soalan yang tidak pernah disangka Dahyun.

Mulut Dahyun terlopong mendengar soalan Hyeran. Matanya lalu diarahkan kepada bilik stor yang kelihatan semak dan kotor itu. Mana mungkin dia mahu membiarkan Hyeran tidur di dalam bilik itu sedangkan dia tidur di dalam bilik yang selesa. Tangannya lalu membelai lengan Hyeran dengan perlahan.

"Hyeran-ah, tak perlulah Hyeran nak ambil hati dengan apa yang dikatakan oleh Minhee. Minhee Cuma..."

"Geugeon aniya, unnie. (Bukan macam tu, Unnie.)" Potong Hyeran sambil menggelengkan kepalanya. "Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Minhee benar juga. Bilik stor ni bukannya teruk sangat kalau Hyeran bersihkan sedikit pasti..."

Dahyun segera menggenggam tangan Hyeran. "Hyeran..." Panggilnya yang lantas mematikan kata-kata Hyeran.

"Unnie, Hyeran Cuma tidak mahu membebankan sesiapa apatah lagi Minhee." Jelas Hyeran yang membuatkan Dahyun mengeluh kecil mendengarnya.

"Hyeran, Unnie tak pernah rasa Hyeran membebankan malah, Unnie dah menerima Hyeran sebagai keluarga Unnie apabila Hyeran jadi kumpulan LUV." Balas Dahyun yang kedengarannya sangat jujur dari hati. "Jadi, Hyeran jangan pernah fikir yang Hyeran membebankan."

Hyeran menganggukkan kepalanya tanda dia mengerti. "Gomawo, Unnie. Tapi Unnie, Hyeran rasa Hyeran masih mahu tidur di bilik stor ni sebab Hyeran yakin yang Hyeran boleh jadikan ia sebuah bilik yang selesa kalau Hyeran kemasnya sedikit. Lagipun, Hyeran takut Hyeran akan berdengkur dengan kuat dan mengganggu Dahyun dan Minhee tidur." Hyeran memberikan semua alasan yang dia mampu berfikir pada ketika itu sementara hatinya berharap yang Dahyun akan membenarkannya.

"Jinjja? Jinjjaya? (Betul? Betul ni?)" Soal Dahyun sambil merenung wajah Hyeran.

Buat kesekian kalinya, Hyeran menganggukkan kepalanya dan tersenyum hambar.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang