BAB 66🥀

7.9K 567 53
                                    



"UWEEEKKK.. UWEEKKKKK"

Maya yang sedang berjalan diluar bilik mengerutkan dahi mendengar bunyi seseorang yang sedang muntah. Dia terus melekapkan telinga ke pintu bilik Safeeya.

"Safeeya? Kau okay?" Tanyanya seraya mengetuk bilik Safeeya namun hanya bunyi muntah sahaja yang didengarinya.

Maya berdecit kejap. "Aku masuk tau?" Maya terus menguak pintu bilik Safeeya. Mata melilau memandang sekeliling mencari gerangan itu.

"Safeeya?" Panggilnya lalu kaki mengorak langkah ke bilik air dalam bilik tidur Safeeya. Terbeliak matanya melihat Safeeya sedang memuntahkan isian perut ke dalam mangkuk tandas.

"Safeeya.. kau muntah lagi ke?" Tanya Maya seraya tangan menggosok belakang badan Safeeya. Tangan kiri mengumpulkan rambut panjang Safeeya lalu dipegang erat agar muntah itu tidak kena pada rambut Safeeya.

Safeeya tidak jawab. Dia hanya memuntahkan isian perutnya. Sungguh lesu dirinya ketika ini kerana dia sering muntah setiap masa. Kerana itulah dia langsung tidak turun dari biliknya. Dia tidak larat. Badannya lemau ketika ini.

Maya mengambil tuala kecil lalu mengesat bibir Safeeya yang penuh dengan air. Wanita itu telah membasuh bibirnya sebentar tadi.

"Huh..huh.." Safeeya bernafas tercungap-cungap. Kepalanya dilabuhkan ke bahu rakannya itu. Berkerut dahi Maya melihat peluh di pelipis Safeeya. Digosok kepala Safeeya untuk menenangkan wanita itu.

"Kita pergi klinik la Safeeya.. kau asyik muntah je ni."

Safeeya menggeleng. "Perut saya masuk angin.. satu lagi saya selalu mengelamun di luar balkoni.. sebab tu kot angin masuk dalam badan.." ujar Safeeya lelah.

Maya menggeleng sahaja. Dirangkul bahu rakannya lalu dipapah ke katil. "Kau rehat la Safeeya.. jangan banyak berfikir sangat.. aku rasa kau kena jaga mental dan fizikal kau la.."

Safeeya mengangguk lesu. Dia terus baring ke atas katil lalu dilabuhkan kepalanya ke bantal. Sungguh dia tidak larat ketika ini.

Mana taknya?

Makan, muntah. Makan, muntah.

Belum sempat sendawa pun, dia dah muntah. Dan Safeeya anggarkan kemungkinan perutnya masuk angin kerana dia kurang makan sekarang. Tiada selera katanya.

"Nak aku beritahu walid?" Safeeya menggeleng. "Takpa.. saya nak tidur jap. Nanti okay la ni." Jawab Safeeya dengan mata terpejam. Maya mengangguk.

"Yelah.. kau rehat lah. Kalau nak apa-apa, call je aku tau? Aku ada je dekat rumah.. aku nak keluar tengok anak-anak tahfiz jap.." Maya mengelus kejap kepala Safeeya sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

Safeeya mengangguk lemah. Dia tidak berdaya lagi untuk bercakap. Dia hanya ingin rehat dan tidur sahaja sekarang ni..

Maya keluar dari bilik Safeeya dengan gelengan. "Degil.. orang nak bawa ke klinik tapi taknak.." gumamnya perlahan.

"Maya?" Maya terus menoleh ke suara garau itu. Senyuman tipis dilorekkan kepada Fawwaz dan.. Izham yang sengih kepadanya.

"Safeeya macam mana? Walid kata dia rehat.. Safeeya.. penat ke?" Tanya Fawwaz berhati-hati. Maya mengangguk. Dia berdecit kejap.

"Kau pergi la tengok dia.. aku rasa dia lemah sangat sekarang.. kalau kau ada, atleast boleh juga teman dia tu.."

Fawwaz mengeluh lalu mengangguk. "Ok.. Izham, aku masuk dulu. Kau pergi dengan Maya la eh? Aku ada kerja.." ujar Fawwaz dengan sengihan sebelum dia menepuk bahu Izham. Dia terus menguak pintu dan masuk ke dalam bilik.

Izham sengih kepada Maya. Maya menjungkit kening. "Nak pergi mana?"

Izham kenyit mata. "Ke hati awak." Maya menjeling tajam. Bibir dikemam kuat menahan senyuman yang bakal dilorek di bibir tipis itu. Maya berdehem.

"Tak payah nak bermadah pujangga sangat. Serius la sikit. Nak aku bawa ke mana?"

Izham sengih. "Tempat budak-budak main.. saya malu la nak pergi sorang-sorang. Ada geng lagi best. Apa lagi awak geng saya.." Izham kenyit mata gatal.

Maya menayangkan riak jijik. "Jomlah. Kebetulan aku pun nak tengok diorang ni.." Maya melangkah mendahului Izham. Izham melompat kecil.

Yes! Boleh dating dengan Maya yohoo! Terima kasih pakcik Fawwaz bagi chance!

*:・*:・゚✧

FAWWAZ melangkah mendekati isterinya yang sedang lena. Terbit senyuman tipis dibibirnya melihat Safeeya yang sedang tidur ternganga. Tak besar pun. Ternganga kecil je..

Fawwaz menghenyak punggung diatas katil disebelah isterinya. Dielus kepala isterinya. Berkerut dahinya melihat ada peluh di pelipis wanita itu.

"Sayang panas ke? Kenapa berpeluh ni.." Fawwaz mencium kejap dahi isterinya itu. Safeeya yang terasa ada ciuman hangat di bibir itu merengek tidak suka diganggu. Dahi berkerut halus.

Hidung bergerak-gerak seolah-olah sedang menghidu sesuatu. Terjungkit kening Fawwaz melihat itu. Dia terus mengangkat tangan dan menghidu ketiaknya. Tak busuk pun.. dah kenapa Safeeya duk hidu badan dia je?"

Safeeya senyum tipis dalam tidurnya. Dia mengangkat kepalanya lalu dilabuhkan kepala ke atas paha Fawwaz. "Abang..." gumamnya perlahan. Terkedip-kedip mata Fawwaz. Kepala direndahkan untuk mengintai Safeeya.

Tidur ke tak ni? Cepat betul hidung dia menghidu bauan Fawwaz..

Fawwaz mengelus kepala isterinya. Dibiarkan sahaja wanita itu lena di pahanya. Dia yakin Safeeya juga rindu akan dia tapi kerana masalah yang melanda, Safeeya menjarakkan diri darinya.

Fawwaz memeluk erat kepala isterinya. Dicium lama kepala wangi itu. Tangan menggosok belakang badan isterinya. Sungguh dia rindu akan pelukan hangat ini.. dia rindu bauan yang terbit dari badan Safeeya.. dia rindukan segalanya tentang Safeeya..

Jumpa kejap pun jadi lah untuk menghilangkan rindu ni..

"Abang tak tahu apa lagi cara supaya Safeeya tak jauhkan diri dari abang.. sumpah abang cakap, kali ni memang abang terseksa bila sayang menjauh.. tak boleh ke kita lupakan hal ini? Dan kita hidup seperti dulu? Bahagia tanpa derita.. tak fikirkan sangat dengan apa yang bakal berlaku..

...Safeeya juga yang cakap pada abang yang let time flow.. biarkan masa mengubah segalanya.. dan kita sebagai manusia hanya lanjutkan hidup kita dengan masa yang tersisa.. tapi sekarang ni sayang sendiri yang mungkiri perkataan tu.."

Fawwaz memejam mata kejap. Dicium lama dahi isterinya. "Abang minta maaf untuk segalanya.. abang minta maaf sebab abang berdegil dengan Safeeya selama ini. Tapi kali ni, abang akan bersikap degil dengan Safeeya.. abang tak akan ikut cakap Safeeya lagi tentang perpisahan ni..

...abang akan ikut cara abang.. sama ada Safeeya nak benci atau nak halau abang sekalipun, abang tak hairan. Yang penting, tetapkan dalam kepala Safeeya bahawa sayang milik abang..."

Ujar Fawwaz bersungguh-sungguh. Diusap sekejap pipi isterinya yang agak tembam itu. Berkerut kejap dahinya. Kenapa.. berat badan isterinya macam dah naik sedangkan Maya ada beritahunya bahawa Safeeya kerap mual dan muntah?

"Safeeya milik abang.. Aleena Safeeya milik Fawwaz Naufal untuk selamanya.. abang takkan lepaskan awak. Never." Bisik Fawwaz dihadapan wajah Safeeya yang masih dalam tidurnya.

Fawwaz senyum. Dia sudah berjanji akan itu. Mana mungkin dia akan mungkiri perkataannya sendiri.

TBC🤍
Lama betul si Safeeya tu perut masuk angin.

VOTE AND COMMENT❤️

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें