BAB 1🥀

29.2K 832 149
                                    


INFORMARSI RINGKAS

Cerita ini adalah kategori cerita matang. TIADA tapisan dari segi perkataan atau perlakuan. Saya inform dari awal kerana cerita ini rating 18+. Kebanyakan bab ADA ayat yang tidak ditapis apatah lagi selepas ML dan FL berkahwin.

Jika ada kelakuan 18x, saya akan warning awal-awal dalam bab tersebut. TAPI jika ada ayat yang TIDAK ditapis, saya tak warning kerana hampir setiap bab ADA ayat tidak ditapis. Readers lama/setia saya pasti tahu cara saya menaip cerita. Heheh agak bahaya scene dan bahasanya.

Jika taknak baca berkaitan 18x scene, awak boleh skip scene tu. Boleh teruskan baca bab seterusnya. Terima kasih sayang-sayangkuu❤️

*:・゚*:・゚


ANGIN petang di pantai telah membuatkan seorang gadis tersenyum manis sambil memejam mata. Dibiarkan sahaja tudung berterbangan dek angin petang itu hari. Sudah tidak kisah tudung bawalnya ditiup angin sehingga ia berkedut.

Dia sangat jarang keluar dari rumah kerana sikap bapanya yang sedikit tegas. Walidnya merupakan seorang yang warak dan sangat menjaga anak daranya itu.

Sehingga sekarang tiada mana-mana lelaki yang berani menghampiri Safeeya kerana sikap garang bapanya. Jika ingin bergaul dengan Safeeya, mereka harus berhadapan walidnya dahulu iaitu Haji Saqeef.

"Akak Safeeya! Walid dah panggil tu!" Tercelik mata gadis itu apabila ada satu jemari kecil yang menarik-narik abayanya. Dia menunduk kearah budak lelaki yang berusia 7 tahun itu.

Haji Saqeef merupakan pengerusi tahfiz. Kerana itulah Safeeya sangat rapat dengan anak-anak tahfiz.

Safeeya senyum lalu mengusap kepala budak kecil itu. "Dah nak balik ke?"

Budak lelaki yang bernama Ikhwan mengangguk dengan senyuman. Budak itu sememangnya rapat dengan Safeeya. Dia suka akan akak Safeeya nya itu kerana Safeeya suka melayannya dengan baik dan lemah lembut.

"Ok ok jom.. akak terpana sangat dengan pantai sampai tak perasan walid panggil tadi.." ujar Safeeya dengan sengihan. Ikhwan terkekeh ketawa. Dia menggenggam tangan Safeeya lalu menarik Safeeya mengikuti langkahnya.

Safeeya hanya senyum mengikuti langkah kecil anak itu. Yang sebenarnya Ikhwan merupakan anak yatim. Jadi, Haji Saqeef mengambilnya menjadi anak angkatnya.

Ikhwan mendongak kearah Safeeya dengan mata terkebil-kebil. Safeeya menjungkit kening kearah Ikhwan. "Kenapa tengok akak macam tu? Ada apa-apa ke dekat muka akak?" Tanya Safeeya selari menyentuh pipinya.

Ikhwan sengih lalu menggeleng. "Akak tunggu Ikhwan tau.. nanti Ikhwan dah besar, Ikhwan nak kahwin dengan akak.."

Tercetus tawa Safeeya mendengarkan itu. Dia mencuit hidung Ikhwan. "Eee gatal eh? Mesti akak dah tak cantik nanti.. akak dah tua la masa Ikhwan dah besar.." ujar Safeeya dengan bibir muncung sedepa.

Ikhwan terkekeh ketawa. "Akak tetap cantik.. Ikhwan suka tengok muka akak sebab muka akak lembut je.. suara akak pun lembut.. Ikhwan suka.."

Berkerut dahi Safeeya. Dia mengecilkan mata kearah Ikhwan. "Siapa yang ajar cakap macam ni hm? Sweet semacam je ni?"

Ikhwan sengih. "Abang Yusri yang beritahu Ikhwan yang akak ni cantik dan manis.. air muka akak lembut.. abang Yusri selalu puji akak depan Ikhwan.."

Safeeya senyum hambar. Yusri merupakan penolong kanan Haji Saqeef yang berumur 26 tahun. Tua 4 tahun darinya. Dia selesa berkawan bersama Yusri namun dia agak tidak selesa jika Yusri memujinya begitu.

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now