BAB 45🥀

10.7K 650 23
                                    



TERJUNGKIT kening Safeeya melihat Izham yang sedang berpeluk tubuh dihadapannya dengan wajah cemberut. Mereka sudah selesai menikmati makanan mereka.

Maya sudah meminta diri untuk pulang. Dia tidak selesa duduk dirumah orang lama-lama.. dia lebih selesa berada dirumahnya serta di pusat tahfiz sahaja.

"Kenapa dengan awak Izham? Awak merajuk sebab abang Fawwaz marah ke?" Tanya Safeeya perlahan. Izham mendengus perlahan. Dia terus menyandar kasar tubuhnya ke sofa. Kepala digelengkan.

Safeeya hanya diam. malas nak bertanya banyak kali.. kalau Izham tidak mahu cerita, dia pun tidak akan memaksa. Namun jika Izham sudi bercerita, telinga dia sedia untuk mendengar segalanya.

"Dah.. abang dah cuci semua pinggan.." ujar Fawwaz dari dapur seraya menjentak tangan menghilangkan sisa air. Dia sendiri yang sukarela ingin mencuci pinggan mangkuk walaupun dicegah oleh Safeeya.

Katanya kesian Safeeya memasak untuk mereka berempat. Jadi dia pun tawarkan diri untuk cuci semua pinggan serta gelas yang kotor.

Safeeya senyum pada suaminya. "Thank you abang..." ujar Safeeya seraya mengusap pipi suaminya yang sudah menghenyak punggung ditepinya. Fawwaz senyum tipis. Tangan merangkul bahu isterinya dari tepi lalu dicium sekilas dahi isterinya.

Fawwaz menoleh semula pada Izham yang masih cemberut. "Kenapa kau ni? Terasa hati sebab aku panggil anak terbuang ke?"

Izham memuncung. Digelengkan kepalanya. "Bukanlah pakcik.. ada sesuatu dalam kepala saya sekarang..". Berkerut dahi Fawwaz.

"Apa? Beritahu la aku. Mana la tahu aku boleh tolong kau kan?" Izham mengeluh. Dia menoleh ke arah Safeeya yang masih memandangnya.

"Hanya Safeeya je boleh tolong saya.. pakcik shuhh shuhhh." Fawwaz menjeling. Amboi? Menghalau.. aku halau dia dari rumah aku baru tahu langit tinggi ke rendah..

Safeeya menjungkit kening. Dielus tangan suaminya yang menapak di pahanya. "Awak nak minta tolong apa?"

Izham sengih. "Maya.. dia isteri orang ke?" Berkerut kejap dahi Safeeya. Tercetus tawanya mendengar soalan itu.

"Laa pasal Maya ke? Kenapa? Awak tertarik dengan dia ke?" Izham berdehem kejap. Dikemaskan sedikit rambutnya. Fawwaz hanya senyum senget melihat reaksi gelabah Izham.

"Saya berminat dengan sikap dia.. saya suka perempuan garang dan kasar ni.. bagi saya, best bergurau kasar dengan diorang.. dan saya rasa perempuan macam ni limited. Sesiapa yang boleh menangkan hati dia memang dia la orang yang paling bertuah."

Safeeya senyum tipis. Sedangkan Izham pun berfikir seperti itu. Tapi abang Yusri? Langsung tak pandang Maya sepertimana Izham memandang Maya.. kan bagus jika Yusri terima sikap Maya.. bukannya Maya buat dosa pun.. dah memang sikap dia macam tu kan?

Fawwaz gelak sinis. "Ceh. Kau nak rapat dengan dia sebab kau nak minta perlindungan dia kan? Sebab kau lemah. Dia kasar. Kau cuma nak berlindung je."

Izham sengih. Safeeya mengecilkan mata melihat Izham. "Mana ada laaaa. Pandai-pandai je pakcik ni. Saya memang tulus nak berkawan dengan dia.."

Safeeya senyum segaris. "Kalau awak betul-betul ikhlas berkawan dengan dia, saya akan beritahu tentang dia pada awak. Tapi jika awak hanya main-main, saya takkan benarkan. Saya taknak awak sakiti hati Maya. Sebab..."

Izham dan Fawwaz hanya menanti percakapan Safeeya. Mendung sahaja wajah Safeeya ketika ini. Fawwaz menggosok lengan isterinya sebagai tanda memujuk.

Safeeya menarik nafas dan hembus perlahan. Bibir melorek senyuman tipis. "....hati dia lembut sangat.. lebih lembut dari hati saya.. mungkin awak nampak dia kasar. Tapi hati dia tak kental.. saya kasihankan kawan saya..

...dia hidup dalam insecure hanya kerana seseorang yang dia cintai. Dia cuba ubah diri dia untuk orang itu tapi orang itu langsung tak pandang dia.."

Izham mengetap rahang mendengar itu. Tangan dikepal kuat. Macam tahu-tahu sahaja siapakah 'orang' itu.

Safeeya mengeluh dengan dahi berkerut. Fawwaz setia menggosok lengan serta tangan isterinya.

"Saya tak tahu lagi cara untuk nasihati dia.. saya selalu cuba beritahu dia.. bahawa jangan ubah diri semata-mata demi orang lain.. kerana pasti ada seseorang yang hargai dan terima kita kerana sikap kita sendiri.. bukannya sikap yang dibuat-buat.."

Safeeya menunduk seraya bermain jemarinya. "Maya.. selalu senyum.. selalu tunjuk kasar.. tapi saya pernah nampak dia menangis seorang diri di belakang pusat tahfiz.. kebetulan saya lalu disitu.. dan itulah kali pertama saya nampak dia menangis. Dan tadi.. kali kedua. Mungkin dia dah penat nak simpan seorang diri. Sebab tu dia luah pada saya."

Izham menarik nafas dan hembus perlahan menahan amarah. I mean.. kenapa nak ubah diri? Padahal sikap dia tu adalah sikap natural dia? Dan Izham suka akan sikap Maya. Dia hargai dan terima sikap Maya..

"Orang yang sakiti dia tu... adalah orang terdekat dia kan?" Tanya Izham dengan riak tegang. Safeeya panggung kepala memandang Izham. Manakala Fawwaz hanya merenung pekerjanya itu.

Dipandang sahaja riak tegang Izham. Ada satu perkara yang dia kenalpasti soal Izham. Izham ni happy go lucky. Tak pernah tunjuk serius.

Tapi jika dia tunjuk serius, ia bermakna dia betul-betul dalam kemarahan..

Safeeya mengangguk. Izham mengetap bibir sambil mengepal erat tangannya. Dada berombak kasar.

"Yusri right?"

Terbeliak mata Safeeya. Fawwaz mengerutkan dahinya. Yusri? Oohh.. pencabar dia haritu ke?

"Macam.. macam mana awak tahu? Macam mana.. awak kenal nama dia?" Tanya Safeeya dengan riak tertanya-tanya.

Izham mendengus. Diraup kasar wajahnya. Nampaknya dia harus buat perhitungan dengan Yusri.

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant