BAB 4🥀

10.7K 629 65
                                    



FAWWAZ menghempas kasar badannya keatas sofa. Dia mengeluh kasar. Dia baru sahaja sampai kerumahnya selepas selesai solat jumaat tadi. Bukan main perlahan lagi dia melakukan segalanya agar tidak tertangkap.

Dan dia bersyukur dia terlepas dari keraguan Haji Saqeef. Malah Haji Saqeef memujinya tadi kerana masih ingat semua ayat yang perlu dibaca.

Fawwaz bersungguh-sungguh menghafal surah semalam sehingga dia langsung tidak tidur. Nasib baik otaknya berfungsi dengan baik..

"Woo dah balik anak setan ni. Amacam tadi? Lulus tak lakonan kau?" Tanya Shafiq selari menghenyak punggung ditepi Fawwaz. Fawwaz menjeling rakannya.

"Alhamdulillah.. lulus.."

"Wow. Terkejut aku kau sebut perkataan tu. Itulah pertama kali aku dengar sepanjang aku hidup dengan kau." Ujar Shafiq sinis.

Fawwaz mendengus lalu memejam erat matanya. Shafiq menepuk bahu rakannya.

"Weh. Kau kata, jiran kau tu ada anak perempuan. Cun tak dia weh? Seggsy tak? Badan montok tak?" Tanya Shafiq dengan riak sangap.

Fawwaz mencelik mata. Dijeling tajam rakannya. "Tak payah sentuh pasal dia. Dia bukannya perempuan murahan macam yang kau jumpa. Dia tu limited. Jangan sentuh dia."

Ujar Fawwaz mendatar. Menganga Shafiq mendengar itu. "Wow. Protective.. mesti dia bertutup likup macam perempuan kampung kan?"

Fawwaz menjungkit bahu. "Entah. Aku taknak sebut pasal dia. Sebab tadi adalah terakhir kalinya aku jumpa dia dan bapak dia. Lepas ni aku dah taknak jumpa. Berdebar sakan aku tau? Kena berlakon pula tu. Aih.."

Keluh Fawwaz seraya memicit pelipisnya. Hampir tak bernafas dia apabila berdekatan dengan Safeeya dan Haji Saqeef tadi.. rasa panas semacam je.

"Btw malam ni kelab cun tak cun?" Tanya Shafiq dengan sengihan. Fawwaz senyum senget lalu mengangguk. "On!"

Shafiq gelak kuat. "Berapa banyak pula stok perempuan yang kau nak ni?"

Fawwaz mencebik. "Berilah yang mana-mana pun. Asalkan yang montok. Jangan bagi yang papan. Tak berselera aku nak peluk dia nanti.."

Shafiq menjulingkan matanya. "Eleh kau sembang.. kalau aku cari yang montok pun, bukannya kau nak jolok dia pun. Jaga sangat teruna tu. Sampai perempuan ajak seks pun kau tolak.." ujar Shafiq dengan gelengan.

Fawwaz memang setan. Tapi dia tak pernah melakukan hubungan persetubuhan bersama mana-mana perempuan. Dia hanya memeluk, mencium, dan teman tidur bersama sahaja. Tak lebih.

"Ah malas ah aku. Nanti tak pasal sekor-sekor mengandung pulak. Dah satu kerja pula aku terpaksa jadi bapak anak diorang."

Shafiq gelak kuat. Digeleng sahaja kepalanya. Itu sahajalah alasan Fawwaz. Padahal boleh sahaja memakai kondom serta menelan ubat perancang kan?

Aish! Tak guna punya Shafiq. Duk mengajar orang buat kerja setan.

Nauzubillah!

*:・✧*:・゚✧

SAFEEYA memuncung sahaja menunggu bapanya yang sedang membeli-belah di pasaraya di malam hari. Sedari tadi dia menunggu Haji Saqeef namun Haji Saqeef masih membeli belah didalam pasaraya.

Safeeya menyepak batu-batu kecil dihadapannya. Sempat dia membaiki sedikit tudungnya yang berterbangan dek angin malam.

Sedang-sedang dia menunggu bapanya, dia ternampak ada seorang budak perempuan yang berlari berseorangan di tepi jalan. Safeeya mengecilkan mata melihat itu. Terbeliak matanya melihat tiada penjaga anak itu.

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now