BAB 74🥀

11.2K 691 88
                                    



"ALHAMDULILLAH.."

Itulah ucapan pertama dari Yusri, Haji Saqeef dan Maya tatkala mendengar berita baik yang diumumkan oleh Fawwaz. Fawwaz dan Safeeya baru sahaja tiba di Malaysia.

Belum sempat menyimpan barang lagi, Fawwaz terus mengumumkan pengumuman bahagia ini kepada mereka. Tak sabar katanya. Hasil dia ni. Hakhak.

Fawwaz merangkul bahu isterinya dari tepi lalu dicium lama tepi kepala isterinya yang ditutupi tudung. Safeeya pula senyum malu namun dia tetap juga membalas pelukan suaminya dari tepi.

"Safeeya.. dah minta ampun ke pada suami?" Tanya Haji Saqeef meleret. Safeeya sengih. "Dah walid.. Safeeya dah minta maaf pada abang.. Safeeya ada kata kalau abang nak hukum Safeeya pun boleh atas sikap tak matang Safeeya.."

Tergelak mereka mendengar itu. Fawwaz pula senyum lebar melihat wajah isterinya yang amat hampir dengannya ketika ini.

"Comel sayang.." bisik Fawwaz perlahan seraya mengusap pipi tembam isterinya. Safeeya menggigit bibir menahan senyuman tatkala dipuji begitu oleh suaminya dihadapan ahli keluarganya.

Haji Saqeef menggeleng dengan senyuman. "Sebab tu walid kata.. kalau ada masalah, bincang elok-elok.. bincang hal rumahtangga berdua sahaja.. jauhi orang lain agar salah seorang daripada kamu tidak menceritakan hal rumahtangga pada orang lain yang mampu menggoyahkan lagi hubungan kamu tu.."

Safeeya senyum mendengar itu. Diangguk kepalanya. Dia tahu dia yang bersalah dalam hal ini. Kerana itu la dia menerima segalanya hehe.

"Lepas ni nak minta cerai lagi tak?" Tanya Haji Saqeef lagi. Sengaja ingin memberi pelajaran kepada si anak yang suka membuat keputusan terburu-buru.

Beria Safeeya menggeleng. "Taknak dah.. demi Allah, Safeeya taknakk.." rengek Safeeya lalu memeluk erat tubuh suaminya. Tergelak mereka yang berada disitu melihat sikap manja Safeeya.

Faham la mereka yang Safeeya sedang mengandung ketika ini. Tengok sahajalah sikap manjanya itu.. mesti ada sesuatu yang menumpang dalam perut.

Berkerut kejap dahi Haji Saqeef tatkala mengingati sesuatu.

"Sekejap.. jika doktor di London memberitahu bahawa Safeeya mengandung, ia bermakna laporan di hospital Dubai tu palsu la?"

Fawwaz mengangguk. "Ya. Fawwaz dah check kali kedua di hospital Malaysia tadi. Dan keputusannya sama dengan di London bahawa Safeeya memang mengandung 4 minggu sekarang. Ia bermakna laporan hospital di Dubai tu silap.. atau.. palsu."

Jawab Fawwaz dengan riak serius. Memang inilah yang ingin dia bincangkan dengan Haji Saqeef serta Yusri dan Izham. Dia ingin tahu siapakah dalang disebalik semua ini.

Makin berkerut dahi Haji Saqeef. "Peliknya.. ke--"

"ASSALAMUALAIKUM! Izham kacak dah sampai! Mama dan papa angkat saya dah sampai ke rumah belum?!" Jerit Izham yang sedang berlari masuk ke dalam rumah Haji Saqeef.

Fawwaz menjeling sahaja budak nakal itu. Safeeya pula terkekeh ketawa melihat reaksi menyampah dari suaminya. Haji Saqeef menggeleng. Yusri menepuk dahi. Maya? Sengih la dapat jumpa buah hati dia..

Izham bernafas tercungap-cungap dihadapan Fawwaz. Fawwaz mendengus.

"Mana? Aku yakin kau tahu sesuatu Izham.." Izham meneguk liur kejap. "Sabar la pakcik.. saya penat ni marathon.."

Fawwaz menjulingkan mata. "Cepat. Aku dah tak sabar nak tumbuk muka orang ni."

Berkerut dahi Haji Saqeef. Apakah? Nak jadi gangster macam aku? Meh belajar dari aku..

Izham mengangguk. Dia berdiri tegak lalu menghembus nafas perlahan. Ditunjukkan dokumen yang dibawanya itu kepada Fawwaz.

"Melinda.. nama doktor tu. Dan Melinda itu.. ialah kakak kepada Melissa." Terbeliak mata mereka yang berada disitu. Fawwaz menyelak kertas sambil membaca details Doktor Melinda.

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now