BAB 41🥀

9.7K 663 97
                                    



"MASIH ingat ke janji aku? Bahawa.. aku akan bunuh penyangak itu dihadapan mata korang.. still remember hm?" Tanya Fawwaz sinis seraya memandang pengawal serta Ridwan silih berganti.

Ridwan meneguk liur kesat. Ya.. dia masih ingat perkataan yang dilontarkan oleh Fawwaz dulu..

'Korang tak tengok lagi perangai setan aku. Aku akan bawa lahanat tu sembah aku dan aku akan pastikan kau tengok dengan dua biji mata kau cara aku bunuh lahanat tu.'

Pengawal hanya mengangguk apabila ayat itu masih terngiang-ngiang dalam fikirannya. Fawwaz senyum sinis. Dia menghampiri Shafiq lalu mencekak kolar baju rakannya itu.

"Fawwaz!! Lepaslah!" Jerit Shafiq sambil tangan menepis kasar tangan Fawwaz namun Fawwaz lebih kuat darinya.

Fawwaz gelak sinis. "Kau nak tahu tak apa yang aku janji pada diorang waktu kau tiada?" Shafiq mencerlung tajam wajah Fawwaz. Fawwaz hanya senyum sinis.

"Bunuh... aku akan bunuh lahanat macam kau depan mata mereka.. tapi sebelum tu, aku nak kau sembah aku dulu!" Jerit Fawwaz lalu menyepak kuat perut Shafiq sehingga Shafiq melutut dihadapannya.

Izham menganga melihat itu. Dia menepuk tangan perlahan. "I'm proud.. saya sangat bangga dengan pakcik.. pakcik sangat hot!" Bisiknya sendirian seraya mengesat air mata palsu dihujung matanya. Acah je lebih dia ni.

Fawwaz gelak kuat melihat Shafiq betul-betul menyembahnya. "Mudahnya kau melutut pada aku Shafiq?" Shafiq mencerlung Fawwaz.

Shafiq bangun dari duduknya lalu ingin memukul Fawwaz namun Fawwaz sempat melipat tangannya lalu ditumbuk kuat rahangnya sehingga darah tersembur keluar dari mulutnya.

Pengawal memejam mata melihat itu. Fuhh.. dah macam movie.

"Nampak? Nak lagi ke? Nak aku bunuh dia depan mata korang? Nak?" Tanya Fawwaz sinis terhadap pekerjanya. Mereka hanya menggigit bibir. Baginya sekarang pun dah extreme.. kalau lebih-lebih mati pula si Shafiq tu nanti.

"Diam tanda setuju.." gumam Fawwaz seraya menyising lengan kemejanya. "Go pakcik go! Saya sokong! Kalau pakcik masuk penjara, saya akan jaga Safeeya seumpama isteri saya! Dan sa--arghhh!"

Terjerit Izham apabila Fawwaz melempar file ke arahnya. Untung sahaja file itu tidak kena pada wajahnya. Sipi-sipi sahaja tadi..

Fawwaz mencerlung kejap wajah Izham lalu dia berpaling semula ke arah Shafiq. Tangan kekarnya mencekik kuat leher Shafiq sehingga badan Shafiq terangkat dengan sendirinya.

Terbeliak mata Izham dan semua yang berada disitu. Wuih.. cekik leher pula.. kalau mati si Shafiq tu macam mana..

"Fa..Fawwaz.. le..pas!!" Jerit Shafiq seraya memukul tangan Fawwaz namun Fawwaz endahkan. Timbul urat didahi lelaki itu bersertakan dengan peluh jantannya.

"Lepas? Selepas kau buat onar macam tu, kau nak aku lepaskan kau? Macam tu?" Tanya Fawwaz seraya mengatap kuat rahangnya. Fawwaz senyum sinis melihat muka Shafiq yang sudah merah. Tahu la dia lelaki itu sudah kehilangan nafas.

Fawwaz melepas kasar cekikan di leher dan ia membuatkan Shafiq jatuh semula ke atas lantai. Shafiq mula batuk dan memukul dadanya.

Fawwaz mendongakkan wajah Shafiq lalu menumbuk kasar wajah lelaki itu.

BUKKK!!!

"Ini sebab kau hancurkan masa depan aku!"

BUKKK!!!

"Ini kerana kau cuba untuk menghasut aku melakukan perkara terkutuk sewaktu aku dalam kesepian serta kesedihan dulu!" Jerit Fawwaz dengan mata yang berkaca apabila teringat kisah pahitnya dulu selepas bertemu Shafiq.

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang