BAB 69🥀

8.9K 620 37
                                    



TERJUNGKIT kening Izham mendengar apa yang diceritakan oleh Maya kepadanya. Dia dan Yusri hanya mendengar dengan teliti tanpa mencelah.

Izham mengeluh lalu mengangguk. "Jadi.. doktor tu betul-betul kata yang Safeeya.. mandul? Dalam bahasa inggeris?"

Maya mengangguk. "Ya.. saya faham accent dia. Dan betul, memang dia kata yang Safeeya mandul waktu tu. Dah dua kali Safeeya buat ujian tu. Dan result dia still sama."

Izham mengangguk. Dia menoleh semula ke arah Yusri.

"Dan kau Yusri.. kau ada kata yang kau dengar dari percakapan Fawwaz dengan salah seorang Inspektor?"

Yusri mengangguk. "Aku dengar sipi-sipi je. Aku dengar Fawwaz sebut Shafiq dipukul teruk dalam jail.. lepas tu soal Melissa.. aku ada dengar Inspektor tu kata Melissa tu anak orang kaya.. dan..

...ayah dia yang upah banduan untuk pukul Shafiq habis-habisan dalam jail kerana Shafiq telah mengandungkan anak perempuan dia.. anak perempuan dia kena kurung oleh ayah dia kerana mencemarkan nama keluarga kerana kandungan luar nikah dia tu."

Berkerut dahi Izham. "Melissa? Maksud kau Melissa yang sama hantar video kepada Safeeya tu?"

Terbeliak mata Yusri. "What? Weh.. aku.. aku tak sedar pula hal tu. Aku tak perasan pula nama mereka sama. Jadi maknanya.. orang yang sama ke?"

Maya hanya diam. dia tidak tahu cerita soal 'video' tu. Hanya Izham dan Yusri sahaja yang tahu ketika ini kerana mereka adalah saksi.

Izham meraup kasar wajahnya. "Ada yang tak beres.." gumam Izham perlahan seraya menggigit kukunya. Yusri mengangguk sahaja.

Izham mengerutkan dahi kejap. Dia berpaling semula ke arah Yusri.

"Kau.. ada dengar tak yang ayah Melissa tu dari mana? Dia.. orang berpangkat tinggi di mana? Dimana ayah dia menetap sekarang?"

Yusri menggaru telinga sekejap. Dia masih mencerna perkataan yang disebut oleh Inspektor sewaktu bercakap telefon bersama Fawwaz.

Membulat mata Yusri apabila dia teringat apa yang dikata Ferhad kepada Fawwaz.

"Dubai! Ya! Inspektor tu ada kata yang ayah Melissa tu orang berpangkat di Dubai!"

Terbeliak mata Izham. Maya menekup mulut. Kenapa.. rasa macam ada sesuatu je ni?

Izham berpaling ke arah Maya. "Maya.. boleh beritahu saya nama hospital yang awak pergi dengan Safeeya? Saya nak check.. dan.. kalau awak ingat apa nama doktor yang check Safeeya tu pun lebih bagus. Makin mudah kerja saya."

Maya mengedip mata kejap. Dia cepat-cepat menyeluk tangan ke dalam poket lalu dikeluarkan telefon dari poket.

"Sekejap. Saya rasa saya ada tangkap gambar bilik tu sebab saya terpegun tengok bilik doktor tu. Saya rasa mungkin ada sipi-sipi kot pasal doktor tu."

Ujar Maya seraya tangan mengetik skrin telefonnya. Yusri dan Izham mengangguk laju. Mereka makin serius dalam hal ini. Rasa macam ada banyak perkara yang tak beres.

Dan mereka yakin ini semua bukan kebetulan. Izham masih tidak percaya tentang mandul. Dia pernah nampak Safeeya muntah. Dan Maya pula sentiasa menceritakan tentang Safeeya kepadanya.

Takkan la muntah masuk angin makan masa hampir seminggu? Tak logik kerana Safeeya telah menelan ubat. Tak mungkin lama begini sakit yang dihidapi Safeeya.

"Awak! Saya dah jumpa!" Jerit Maya kepada Izham. Izham terus memanjangkan leher melihat skrin telefon Maya.

"Doktor Melinda.." ujar Maya yang sedang zoom nametag di coat doktor itu. Izham mengemam bibir.

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now