BAB 5🥀

11.9K 668 72
                                    



HAJI SAQEEF mencekak pinggang seraya mencerlung tajam kearah Safeeya yang sedang berlari kearahnya bersama Fawwaz.

"Safeeya.. ya Allah dia ni.. Safeeya pergi mana ni? Risau walid tau.." ujar Haji Saqeef namun makin berkerut dahinya apabila Safeeya yang memeluknya dengan esakan.

Haji Saqeef berpaling kearah Fawwaz yang sedang menatapnya. Fawwaz menggeleng laju. "Bukan.. Fawwaz tak buat apa-apa pun tadi walid.." Haji Saqeef mengangguk. Dia menunduk kearah anaknya. Diusap perlahan kepala anaknya.

"Kenapa anak walid ni? Kenapa Safeeya menangis ni nak?" Tanya Haji Saqeef perlahan. Safeeya menggeleng.

"Ta..tadi ada orang nak.. orang nak..." Haji Saqeef hanya setia menunggu jawapan dari anaknya. Dia agak risau sekarang apabila dapat merasakan badan anaknya sangat menggeletar seumpama takut.

"Kenapa ni? Beritahu walid dengan jelas.. walid tak faham Safeeya cakap apa.." pujuk Haji Saqeef lagi. Safeeya menggeleng. Disembamkan wajahnya ke dada bapanya.

Haji Saqeef melepaskan segugus keluhan. Diusap kepala anaknya selari memandang semula kearah Fawwaz.

"Kenapa ni Fawwaz? Boleh cerita pada walid tak?" Fawwaz berdehem lalu berpaling kearah Safeeya untuk meminta persetujuan menceritakan segalanya. Namun Safeeya hanya teresak sahaja didada bapanya. Langsung tidak memandang Fawwaz sekarang ni.

"Tadi.. Fawwaz terjumpa.. Safeeya kena kepung dengan lelaki-lelaki yang mabuk di lorong.." terbeliak mata Haji Saqeef mendengarkan itu.

"Astaghfirullahalazim.." ucap Haji Saqeef perlahan. Makin menangis Safeeya apabila bapanya mengucap panjang. Fawwaz menggigit bibirnya kejap.

"Dan mereka.. hampir.. hampir rosakkan Safeeya.."

Hampir terjelumpuk jatuh Haji Saqeef mendengar itu. Dipeluk erat badan anaknya yang masih menggeletar. "Ya Allah.. Safeeya sayang.." gumam Haji Saqeef perlahan.

"Maafkan Safeeya walid.. Safeeya.. Safeeya tak pandai jaga diri sendiri.." bisik Safeeya dengan esakan. Haji Saqeef menggeleng. Dicium lama kepala anaknya.

"Bukan salah Safeeya.. jangan salahkan diri sendiri.. semua ni salah walid sebab tak jaga anak walid betul-betul.. tak sepatutnya walid suruh Safeeya tunggu di luar tadi.. maafkan walid ya?"

Bisik Haji Saqeef perlahan seraya memujuk anaknya. Fawwaz hanya perhatikan sahaja. Sedikit sebanyak dia terharu melihat hubungan antara Haji Saqeef dan Safeeya..

Kedua-duanya mempunyai hati nurani..

"Fawwaz.. terima kasih banyak-banyak sebab tolong Safeeya.. kalau Fawwaz takde dekat situ, walid tak tahu apa yang akan terjadi pada anak walid ni.. terima kasih sangat-sangat Fawwaz.." ujar Haji Saqeef bersungguh-sungguh.

Fawwaz senyum hambar. Andailah Haji Saqeef tahu bahawa dia pun bersikap begitu pada perempuan, apakah reaksi Haji Saqeef ya? Kecewa? Marah?

Jika Safeeya bukan kenalan rapatnya, pasti dia juga akan membaham Safeeya tadi.. siapa je yang tak tergugat dengan Safeeya? Badan ramping walaupun dia selalu berpakaian longgar..

Air muka lembut.. percakapan pun sangat lembut.. siapa je yang tak jatuh cinta pada dia?

"Takde apa lah walid.. hati Fawwaz terjentik untuk lalu dekat situ tadi.. tak sangka pula Fawwaz terjumpa Safeeya jalan berseorangan tadi.."

Kelentong lagi. Kawasan itu adalah kawasan Fawwaz. Kawasan itu sangat dekat dengan kelab. Kebetulan pula Fawwaz baru sahaja ingin ke kelab tadi.. tak sangka terbantut langkahnya apabila terjumpa Safeeya yang sedang bergelut tadi..

"Fawwaz free tak malam ni? Kalau Fawwaz free, marilah rumah walid.. kita rehat-rehat dekat sana.. walid banyak nak bercerita pada Fawwaz ni.." ujar Haji Saqeef dengan senyuman.

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن