BAB 3🥀

12.7K 678 85
                                    



SAFEEYA senyum kearah Fawwaz yang sedang mengibas baju melayunya di ruang tamu. Pusat tahfiz dan rumah Haji Saqeef hanya bersebelahan sahaja. Jalan kaki je terus sampai.

"Abang.. tunggu la dulu.. nanti walid balik." Fawwaz berpaling kearah suara lembut itu. Dia menayangkan senyuman kearah Safeeya.

"Angel.. dah umur berapa sekarang? Abang lupa.." Safeeya senyum sipu. Dia menghenyak punggung dihadapan Fawwaz serta Yusri.

"22.." Fawwaz menjungkit kening lalu mengangguk. "Budak kecik lagi.." ujarnya dengan senyuman. Safeeya hanya menunduk malu. Entah mengapa namun panahan mata Fawwaz mampu membuatkan dirinya rasa berdebar..

Yusri berdehem. "Jadi.. kau la Fawwaz, jiran walid dulu ye?" Fawwaz berpaling kearah Yusri lalu mengangguk.

"Yup." Yusri mengangguk. "Ooh.. lama kau menghilang.. aku selalu dengar cerita kau dari walid.. walid rindu sangat pada kau." Fawwaz mengangguk. Senyuman palsu ditayangkan.

Tak payah rindu pun takpe.. gumamnya dalam hati.

"Assalamualaikum.."

Yusri, Fawwaz dan Safeeya menjawab salam dari Haji Saqeef. Safeeya senyum kearah bapa serta anak-anak tahfiz.

"Walid.." ujar Safeeya lalu menyalami tangan tua bapanya diikuti Yusri. Fawwaz senyum hambar.

Kena.. salam jugak ke?

Dia menghampiri Haji Saqeef lalu menyalami tangan Haji Saqeef. "Fawwaz.. aih.. dah besar dah pun.. makin lelaki eh sekarang?" Gurau Haji Saqeef seraya menepuk bahu Fawwaz.

Fawwaz tergelak lalu mengangguk. "Ya walid.. makin tua dah Fawwaz sekarang." Ujar Fawwaz selari menggaru kepala yang tidak gatal.

Haji Saqeef gelak perlahan. "Dah.. duduk lah. Safeeya, dah buat air belum?" Safeeya sengih.

"Kejap Safeeya buat.." ujar Safeeya lalu berlari-lari anak ke dapur. Haji Saqeef menggeleng. "Aih teruja sangat jumpa Fawwaz tu. Itu yang dia lupa nak buat air." Ujar Haji Saqeef kearah Fawwaz.

Fawwaz hanya senyum tipis lalu mengangguk sahaja. Sedikit sebanyak dia rasa agak kekok sekarang. Dia takut rahsianya terbongkar. Adalah sebaiknya jika dia hanya berdiam diri sahaja sekarang..

*:・゚✧*:・゚✧

Fawwaz, Yusri dan Haji Saqeef bersembang diruang tamu. Mata Safeeya hanya tertancap kearah Fawwaz sahaja sekarang ni.

Dia agak terkesima melihat wajah Fawwaz yang sudah berubah. Badan lelaki itu makin tegap walaupun umur sudah masuk 30an. Jika dulu wajah Fawwaz wajah kanak-kanak namun sekarang sudah seperti orang dewasa.

Berkumis.. mempunyai misai.. wajah pun makin maskulin.. sangat kacak dimata Safeeya..

"Fawwaz macam mana sekarang? Dah berpindah semula ke Johor ke?" Tanya Haji Saqeef selari menghirup air teh buatan Safeeya. Fawwaz mengangguk.

"Yap. Sekarang Fawwaz duduk dirumah lain pula.. sebab rumah tepi ni papa dah jual dulu. Sekarang Fawwaz hanya duduk dirumah berdekatan syarikat Fawwaz." Haji Saqeef mengangguk.

"Duduk seorang ke? Maksud walid, umur Fawwaz kan dan meningkat.. Fawwaz dah berkeluarga ke?"

Tersentak Safeeya mendengar soalan itu. Dia merapati bapanya sedikit demi sedikit. Dia mahu mendengar jawapan Fawwaz walaupun jantungnya berdegup kencang sekarang..

Fawwaz berdehem lalu senyum tipis. "Masih berseorangan walid.. Fawwaz belum kahwin.."

Tersenyum Safeeya mendengar jawapan itu. Ini maknanya.. dia ada peluang la kan untuk rapat dengan Fawwaz? Hehehhehe.

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now