BAB 60🥀

8.6K 587 25
                                    



FAWWAZ, Yusri dan Izham telah sampai ke rumah Haji Saqeef. Air mata masih menitis hiba. Diperhatikan sahaja rumah sederhana dihadapannya itu. Rumah ini.. adalah kenangannya.

Kenangannya bersama isterinya. Pertama kali berjumpa sang isteri sewaktu kecil disini.. disinilah tempat dia beribadat dulu. Disini juga dia bertemu kembali dengan sang isteri..

Yusri mengeluh melihat Fawwaz yang masih menatap rumah ini dengan riak yang hiba. Dia melangkah mendekati Fawwaz lalu menepuk bahu lelaki itu sebagai tanda sokongan.

"Masuklah.. jumpa dengan walid.."

Fawwaz tersentak kejap. Dia menoleh ke arah Yusri lalu mengeluh. Diangguk kepalanya. Diseka air mata di pipinya seraya ditarik nafas dan dihembus perlahan.

Izham hanya perhatikan sahaja. Sayu hatinya melihat keadaan Fawwaz ketika ini. Belum pernah lagi Fawwaz rapuh begini. Inilah kali pertama dia melihat lelaki itu seakan-akan tiada harapan untuk hidup.

Fawwaz melangkah masuk ke dalam rumah diikuti Yusri dan Izham. Dia melangkah dengan hati yang berdebar. Mata masih melilau memandang sekeliling. Sunyi sahaja kawasan ini. Isterinya.. berada disini kah? Itu lah pertanyaan yang terbit dalam dirinya.

"Assalamualaikum.." ucapnya seraya melangkah masuk ke ruang tamu. Terhenti langkahnya tatkala retina matanya dipenuhi susuk tubuh seorang lelaki tua berjubah putih yang sedang duduk di sofa rumah. Dan lelaki itu seumpama sedang menunggu kehadirannya.

Bibir Fawwaz mula bergetar melihat wajah bapa mertuanya. Dia melangkah perlahan-lahan menghampiri Haji Saqeef lalu jatuh terduduk dihadapan Haji Saqeef. Dengan kata lain, dia melutut dihadapan Haji Saqeef.

"Walid.." gumamnya dengan suara bergetar. Air mata menitis tanpa henti ketika ini. Digenggam kedua tangan tua itu lalu dicium bertalu-talu.

"Maafkan Fawwaz.. maafkan Fawwaz kerana Fawwaz menyakiti hati anak walid.." ujarnya dengan esakan. Haji Saqeef perhatikan sahaja Fawwaz yang sedang memohon keampunan darinya. Sayu hati tuanya melihat menantunya melutut kepadanya seperti ini.

Manakala Yusri dan Izham duduk di sofa dihadapan Haji Saqeef dengan riak sebak.

"Fawwaz Naufal.. anak jiran walid.. yang dah walid anggap seperti anak kandung walid sendiri.." Fawwaz mengangguk dengan linangan air mata. Suara Haji Saqeef.. amat ketara dengan getaran seumpama menahan sebak.

Mata Haji Saqeef mula berkaca. "Dari kecil walid jaga Fawwaz.. sehingga remaja walid jaga dan luahkan kasih sayang walid pada Fawwaz.. walid ajar agama.. walid ajar apa itu kasih sayang.. walid ajar apa itu tanggungjawab.."

Fawwaz panggung kepala dengan wajah yang penuh dengan air mata. Intonasi suara Haji Saqeef seumpama sangat kecewa dengannya.

"Ya.. walid tahu semua manusia pasti berubah.. ada kalanya diri kita ingin mencuba sesuatu baharu.. ada kalanya hati kita mudah terusik dengan perkara yang mampu merosakkan jiwa. Tak mengapa. Walid pernah lalui itu. Jadi, walid taknak bahas soal itu."

Berkerut kejap dahi Fawwaz tidak memahami maksud 'walid pernah lalui itu.'

Haji Saqeef senyum tipis. Namun lebih kepada senyum paksa. Dibelai kepala menantunya itu.

"Walid sayang Fawwaz sepertimana walid sayang anak perempuan walid. Begitu kasihnya walid pada Fawwaz sehingga walid senang menerima Fawwaz untuk jadi suami anak walid. Tanpa pertanyaan. Tanpa persoalan. Tanpa ragu-ragu. Mengapa? Kerana walid sangat percayakan Fawwaz..

...cuba Fawwaz tanya Yusri.. pernah ke walid bersikap begini kepada lelaki lain? Jawapannya tidak. Kerana walid bukan seseorang yang mudah percaya dengan orang sekeliling. Bukan kerana sombong, tapi kerana ingin berjaga-jaga. Kerana walid tahu ramai yang sedang berpura-pura."

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now