BAB 7🥀

9.5K 682 107
                                    



FAWWAZ menyembunyikan diri disebalik pokok dihadapan tahfiz Haji Saqeef. Diperhatikan sahaja Safeeya yang sedang mengajar anak-anak tahfiz mengaji ketika ini. Terbit senyuman tipis di bibirnya melihat senyuman Safeeya yang tak lekang di bibir ketika mengajar anak didiknya.

Dari semalam lagi wajah Safeeya terbayang-bayang didalam fikiran Fawwaz sehingga tidur Fawwaz langsung tidak lena walaupun dia sudah meminum 3 botol arak. Dia agak pelik dengan dirinya.

Padahal sebelum ini minum 2 botol pun pasti sudah tidur lena. Tapi semalam dia langsung tidak lena. Senyuman Safeeya.. suara Safeeya.. lenggok badan Safeeya.. semuanya ada dalam fikiran Fawwaz. Kerana itulah dia datang kemari untuk mengintai Safeeya..

Dia nak berjumpa Safeeya tapi dia rasa bersalah. Sudahlah semalam reject Safeeya. Harini tiba-tiba datang untuk mendekati pula..

Mata Fawwaz terkalih kearah kanan apabila ada satu figura yang melangkah menghampiri Safeeya. "Minum dulu Safeeya.. dari tadi lagi abang tengok Safeeya tak henti mengajar.."

Ujar Yusri selari menghulurkan segelas air kosong kepada Safeeya. Safeeya mendongak dengan senyuman. Diambil huluran dari Yusri.

"Terima kasih abang.. macam tahu-tahu je saya dahaga.." ujarnya lalu meneguk air tersebut. Yusri hanya senyum sahaja. Dia menghenyak punggung ditepi Safeeya namun ada jarak yang besar.

Fawwaz pula hanya memandang Yusri dan Safeeya silih berganti. Fawwaz mengeluh.

"Sepadan.. dua-dua kuat agama.. dua-dua cantik dan kacak.. tak dinafikan kemungkinan Yusri adalah jodoh Safeeya.. harap Safeeya boleh terima takdir.." bisiknya perlahan.

"Kak Safeeya, mana pakcik kacak tu? Haritu Ikhwan ada nampak pakcik tu bercakap dengan walid dan kak Safeeya.." ujar Ikhwan yang sudah habis membaca.

Safeeya mengerdip mata. "Ohh.. pakcik Fawwaz ye?" Terjungkit kening Fawwaz. Hold on. Pakcik?! Tua sangat ke aku?!

Oooh.. lupa.. tahun ni dah 34 tahun. K.

"Ha'ah.. mana dia? Dia baik.. dia layan Ikhwan dengan baik semalam.."

Safeeya senyum tipis. Dielus kepala Ikhwan. "Ada.. tapi pakcik Fawwaz sibuk bekerja.. nanti pakcik ada masa, dia akan datang melawat Ikhwan. Ok?" Ujar Safeeya perlahan.

Tersenyum Fawwaz mendengarkan itu. Dia tahu Safeeya masih kecewa namun gadis itu tetap tidak memburukkannnya dihadapan semua orang.

"Oo sibuk.. tapi kenapa abang Yusri selalu ada? Mesti abang Yusri selalu ponteng kerja eh?" Tanya Ikhwan selari menjeling manja Yusri. Yusri mengecilkan matanya. Safeeya hanya tergelak melihat adegan dihadapannya.

"Abang memang kerja dekat sini la.. abang gigit karang.. nak?" Ikhwan terkekeh ketawa mendengar itu. Safeeya hanya gelak kecil melihat pertelingkahan Ikhwan dan Yusri.

Fawwaz senyum hambar. Entah mengapa namun hatinya sedikit pedih melihat kemesraan mereka bertiga. Umpama.. ibubapa sedang bergurau dengan anak pula..

"Fawwaz?" Tersentak Fawwaz apabila ada seseorang memanggilnya. Safeeya, Yusri dan Ikhwan panggung kepala kearah Fawwaz. Fawwaz senyum tipis kearah Haji Saqeef.

"Walid.." ujarnya lalu menyalami tangan tua Haji Saqeef. Haji Saqeef senyum seraya mengusap kepala Fawwaz. Sedari tadi dia melihat Fawwaz mengintai anak daranya. Tahu la dia Fawwaz berasa bersalah sebab semalam.

"Kenapa duk sini? Panas ni.. jom jom pergi sana dekat anak-anak.." ujar Haji Saqeef selari mengheret Fawwaz kesana. Fawwaz ingin menegah namun Haji Saqeef tetap menariknya melangkah kesana.

"Pakcik Fawwaz!" Jerit Ikhwan riang. Dia bangun dari duduknya lalu melangkah terkedek-kedek kearah Fawwaz. Dipeluk kemas kaki lelaki itu.

Safeeya dan Yusri senyum tipis kearah Fawwaz. Fawwaz berdehem selari mengusap kepala anak kecil itu.

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now