BAB 58🥀

7.7K 459 27
                                    



JEDA.

Pak Khalid mengangguk setelah dia mendengar luahan hati Fawwaz. Ditepuk sahaja badan lelaki muda itu tatkala dia semakin menangis selepas meluah perasaan.

"Betul.. dalam hubungan harus ada kejujuran. Tak sepatutnya isteri Fawwaz rahsiakan hal seperti ini. Apatah lagi keturunan diri sendiri.. semua isteri seharusnya memberitahu tentang dirinya pada suami. Sepatutnya tiada rahsia dalam berumahtangga jika ingin hubungan harmoni.."

Fawwaz mengangguk. Dia masih mengalir air mata ketika ini. Percakapan Pak Khalid pun hanya samar-samar di pendengarannya.

"Tapi Fawwaz.. kita sebagai suami, sepatutnya menasihati dahulu. Bukannya marah seperti ini. Betul.. dalam hal ini merupakan salah isteri Fawwaz kerana tidak jujur. Tapi, kita lelaki.. kita sepatutnya menegur dahalu sebelum memarahi..

..perempuan ni mudah je Fawwaz.. kadang-kadang mereka tak berfikir panjang.. mereka akan buat keputusan secara terburu-buru.. Fawwaz harus ingat.. perempuan ada 9 nafsu namun ada 1 akal.. ia bermaksud dia ada 9 emosi dan 1 fikiran.. dan 9 emosi itulah yang menguasai dirinya.."

Fawwaz mengangguk. Dia hanya mendengar sahaja segalanya pada hari ini. Memang sepatutnya dia menerima nasihat dari yang tua kerana mereka lebih mengetahui segalanya berbanding dirinya.

Pak Khalid senyum. "Berapa kali isteri Fawwaz menipu Fawwaz?"

Damn. Tersentak kejap Fawwaz mendengar soalan itu. Dada umpama dihempap sesuatu mendengar pertanyaan itu.

"Sa.. baru satu kali.."

Pak Khalid mengangguk. "Baru satu kali.. dan Fawwaz sudah mengamuk pada dia? Dia baru sahaja melakukan satu kesalahan.. tak sepatutnya Fawwaz memarahinya begini.. lainlah jika dia lakukan kesalahan itu berturut-turut.. kan?"

Fawwaz mengangguk mendengar itu. Pak Khalid menepuk bahu lelaki itu. "Fawwaz pernah menipu isteri?"

Fawwaz mengemam bibir kejap lalu mengangguk. Diraup kejap wajahnya. "Pe..pernah.."

Pak Khalid senyum. "Isteri marah tak?" Berair mata Fawwaz ketika ini. "Dia.. pernah marah.. tapi.. dia memaafkan Fawwaz walaupun Fawwaz melakukan penipuan besar.."

Pak Khalid mengangguk. "Dan sekarang Fawwaz dah tahu apa yang perlu Fawwaz lakukan?"

Menitis air mata Fawwaz. Dia mengangguk. "Minta maaf.. pada dia.."

"Betul.. jika isteri mampu menerima kesilapan suami, mengapa suami tidak boleh menerima kesilapan isteri walhal kesilapan isteri hanya satu? Sebab tu Pak Khalid kata.. selagi boleh selamatkan, selamatkan lah rumahtangga tu..

...kerana dalam masalah Fawwaz ni, hanya melibatkan dua pihak. Jadi ia agak mudah diuruskan. Lainlah jika salah seorang tu curang. Kalau melibatkan tiga pihak, agak susah untuk kawal semua ini."

Fawwaz mengemam bibir. Diangguk kepalanya. Pak Khalid senyum melihat itu. "Ikut Fawwaz la.. sama ada Fawwaz ingin memberi masa pada isteri Fawwaz atau Fawwaz nak pujuk sekarang.. tapi kalau Pak Khalid jadi Fawwaz, mungkin Pak Khalid bagi masa dulu kerana sekarang emosi kedua-dua pihak tak stabil. Takut makin merosot pula."

Fawwaz menarik nafas dan hembus perlahan. Dia memandang Pak Khalid lalu menggenggam tangan lelaki tua itu. Senyuman tipis ditayangkan.

"Terima kasih Pak Khalid kerana nasihat saya.. terima kasih kerana sedarkan saya dari kesilapan saya.."

Pak Khalid senyum. Digosok tangan lelaki itu.

"Tak apa.. ini boleh jadi pengajaran dalam hidup anak muda zaman kini.. ingat Pak Khalid cakap ni.. nasihat lebih baik dari menengking.. kerana.. anak saudara Pak Khalid pun hampir bercerai kerana kemarahannya pada isteri dia.."

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن