BAB 14🥀

8.4K 476 41
                                    



RIUH syarikat milik Fawwaz pada hari ini apabila dia menerima khabar ada seseorang telah menyeleweng duit syarikat. Hampir beribu malah berjuta kerugian yang melanda diri Fawwaz ketika ini.

Ramai client yang lari dan sepakat memaksa Fawwaz menutup syarikatnya. Sesetengah pekerja juga ada yang ingin menendang Fawwaz dari syarikat itu.

Kerana selama ini, syarikat itu elok sahaja dijaga oleh bapa Fawwaz. Tidak pernah ada lagi isu penyelewengan atau masalah ini berlaku. Sebab itulah ramai pekerja bapanya yang dahulu memarahi Fawwaz ketika ini.

"Apa nak jadi dengan kau Fawwaz?! Dulu bapak kau handle, semuanya okay! Takde pun orang datang berkerumun macam ni!"

"Betul! Sekarang apa yang kau dah buat?! Kita rugi berjuta-juta! Nak bayar gaji pekerja macam mana ni?! Client pun dah ramai lari! Tu sepanduk depan syarikat tu! Dah masuk dalam berita tau?! Apahal kau diam je Fawwaz?!"

"Ramai pelanggan datang menunjukkan ketidakpuashatian mereka! Dan kami yang kena maki tau? Mereka lempar telur pada kami! Kereta staff pun semuanya rosak dek kamu la Fawwaz! Kereta kami side mirror pecah! Tayar bocor! Apa yang kamu nak buat sekarang?!"

Terpejam mata Fawwaz apabila dia dimaki hamun pada hari ini. Sudahlah ramai orang diluar sana yang menunjuk perasaan. Dalam pejabat pula penolong-penolong arwah bapanya memarahinya pula.

Tak terurus Fawwaz ketika ini. Baju sudah keluar dari seluarnya. Kemeja sudah berkedut. Rambut sudah kusut. Tali leher entah kemana. Kusut sahaja pakaian Fawwaz pada hari ini.

Shafiq yang berada disisi Fawwaz sembunyi senyum. Akhirnya rancangannya berjaya. Inilah yang dia mahu.. dia mahu Fawwaz tertekan.. kerana Fawwaz mudah terpengaruh jika tertekan. Seperti sewaktu lelaki itu kehilangan ibubapanya dulu.

"Tenang.. saya tengah berfikir sekarang. Jangan bimbang, saya tetap akan bayar gaji pekerja. Dan saya akan ganti rugi segalanya. Saya akan beritahu pihak media agar take down pasal hal ni. Sabar okay?"

Ujar Fawwaz dengan riak yang agak gusar. Dia cuba menenangkan dirinya sekarang ini. Dia agak sakit kepala dengan semua ini.

"Macam mana?! Macam mana kamu nak ganti rugi?! Nak pinjaman bank?! Memang tak la diorang nak beri pada kamu setelah semua ini berlaku!" Jerit salah seorang dari mereka.

Fawwaz mengeluh kasar. Dia mengerling telefon yang dipegangnya apabila merasa sedikit bergetar.

~Angel🤍 incoming call~

Fawwaz mengeluh. Dia memberikan telefon kepada Shafiq untuk memegang sebentar telefonnya. "Pegang jap. Aku nak selesaikan hal ni." Bisiknya perlahan lalu berpaling semula kearah pekerja-pekerjanya.

"Saya cuba sedaya upaya saya. Jangan risaukan hal ini. Saya akan call pihak atasan untuk berbincang. Dan yang pasti, saya akan cari siapakah dalang dalam semua ini. Dan kau, Ridwan. Jumpa aku selepas ni. Ada perkara yang aku nak tanya pada kau kerana kau adalah pengurus kewangan."

Ridwan meneguk liur kesat. Aduh.. ini yang dia berdebar ni. Dikerling sekilas kearah Shafiq yang sedang berdiri ditepi Fawwaz. Shafiq menggeleng perlahan sebagai tanda diam. Ridwan hanya mengangguk sahaja.

Sedang-sedang Fawwaz berbincang dengan pekerjnya, sekali lagi telefon Fawwaz bergetar. Shafiq menunduk melihat telefon itu. Dia senyum senget melihat nama Angel yang tertera di skrin itu.

Dia mengundur perlahan. Ditekan butang 'back' lalu ditaip nombor telefon Safeeya ke dalam telefonnya. Dia sudah mempunyai rancangan tersendiri. Dan dia akan pastikan semuanya berjalan lancar..

Malam ini juga.

*:・゚*:・゚✧

SAFEEYA meramas kedua tangannya. Dia berjalan mundar-mandir diruang tamu sambil mata tertancap kearah televisyen yang sedang menunjukkan keadaan syarikat tunangnya yang hampir muflis. Sedari tadi dia cuba menelefon Fawwaz namun Fawwaz langsung tidak menjawab panggilannya.

Safeeya cuba menghantar pesanan sebanyak yang mungkin namun ia tetap sama. Fawwaz langsung tidak membaca atau membalas. Risau Safeeya dibuatnya.

"Safeeya.. bawa bertenang.. mungkin sekarang Fawwaz tengah sibuk handle syarikatnya.. nanti dia telefon la Safeeya.. Safeeya duduk dulu okay?" Pujuk Haji Saqeef selari menggosok lengan anaknya apabila anaknya masih risau akan Fawwaz.

Yusri dan Maya hanya duduk disofa. Diam sahaja mereka melihat reaksi gusar Safeeya ketika ini. Safeeya menggigit kukunya lalu berpaling kearah Haji Saqeef.

"Walid.. kita pergi jumpa abang Fawwaz sekarang boleh tak? Safeeya risau la.. kalau diorang sakitkan abang macam mana? Kalau.. diorang maki serta gunakan kekerasan pada abang? Macam mana walid? Tolong la walid.. bawa Safeeya ke syarikat abang kejap.."

Rengek Safeeya selari menggoyangkan tangan bapanya. Haji Saqeef melepaskan segugus keluhan. Diusap kepala anaknya yang dibaluti tudung.

"Safeeya kena faham.. Fawwaz tu ceo.. dia sudah lali dengan semua ni.. walid yakin Fawwaz sedang berusaha menyelesaikan masalah dia.. Safeeya bagi ruang pada Fawwaz dulu ya? Kalau Safeeya pergi sekarang, makin kusut pula kepala Fawwaz nanti.."

Safeeya mengeluh lalu mengangguk. Dia melabuhkan kepala ke bahu bapanya. Dipeluk badan bapanya dari tepi.

"Semuanya akan okay kan walid? Abang okay je kan?" Bisik Safeeya dengan suara bergetar. Haji Saqeef senyum tipis. Diusap kepala anaknya.

"Okay.. semua okay.. walid kenal Fawwaz macam mana.. dia kental.. tak mungkin Fawwaz mengalah dengan hal macam ni. Trust him."

Ujar Haji Saqeef perlahan. Safeeya mengangguk sahaja. Sedikit sebanyak dia agak lega apabila Haji Saqeef mengatakan itu. Haji Saqeef panggung kepala kearah TV. Dilepaskan keluhan berat melihat ramai pelanggan yang menunjuk perasaan dihadapan syarikat Fawwaz.

Maya dan Yusri hanya mengeluh melihat Safeeya yang sedang menangis terhinjut-hinjut di bahu Haji Saqeef. Langsung tiada bunyi esakan dari gadis itu namun mereka nampak bahawa badan Safeeya agak bergetar dari biasa.

Maya berpaling semula kearah TV apabila wajah Fawwaz tertera dikaca TV. Betul. Fawwaz Naufal adalah orang yang dia kenali.. tekaannya itu betul.. sedikit sebanyak dia agak bimbang.. jika Safeeya mengetahui kebenaran tentang Fawwaz..

TBC🤍
Sedikit fakta. Orang yang nak berubah kearah kebaikan akan diberi dugaan untuk diuji sama ada keimanan kita kukuh atau tidak♥️ so, teruskan berubah. Menangis boleh, tapi jangan sesekali putus asa.

VOTE AND COMMENT❤️

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now