BAB 18🥀

10.3K 663 46
                                    



FAWWAZ menutup pintu keretanya. Dibuka cermin mata hitamnya selari mata memandang kearah pusat tahfiz Haji Saqeef yang dipenuhi kanak-kanak lelaki. Fawwaz senyum tipis.

Dia juga pernah menuntut ilmu disini.. dia belajar semuanya disini.. namun sekarang dia sudah lupa.. dia sudah lupa cara untuk mengaji.. dia sudah lupa surah-surah penting..

Jadi.. dia datang kesini semula..untuk menuntut ilmu semula dan..

Ingin mengambil semula hati Safeeya.. dia inginkan gadis itu.. dia tidak mahu melepaskan Safeeya walaupun Safeeya terus menjauh..

"Assalamualaikum.." ucapnya apabila dia ternampak Yusri yang sedang menyusun kitab. Yusri panggung kepala. Dia mengoyakkan senyuman tipis selari menjawab salam Fawwaz.

"Fawwaz.. masuk ah.. anak-anak pun rindu kau ni.." Fawwaz senyum mendengar itu.

"Pakcik!!" Jerit mereka apabila melihat Fawwaz mendekati mereka. Fawwaz melambai sahaja kepada anak-anak itu. Dia duduk ditepi Ikhwan yang sedang sengih kearahnya.

"Akak Safeeya! Pakcik Fawwaz datang!" Jerit Ikhwan dengan sengihan. Terjungkit kening Fawwaz. "Kenapa panggil akak Safeeya? Pakcik nak jumpa Ikhwan la.. bukan akak.." ujar Fawwaz sambil mengusap peluh didahi Ikhwan.

Terbit rasa kesian pula pada anak-anak ini.. pasti mereka kepanasan dalam pusat tahfiz.. dia pernah berbincang dengan Haji Saqeef untuk meletakkan penyaman udara di pusat tahfiz.

Namun Haji Saqeef menolak. Haji Saqeef tidak mahu badan anak-anak tahfiz lemah kerana penyaman udara yang dipasang setiap masa.. dia mahu anak-anak ini sihat dengan peluh. Dia tidak mahu badan mereka lemau dek angin penyaman udara.

"Ikhwan.. apa jerit macam tu? Terkejut ak--" terhenti percakapan Safeeya apabila kelihatan sosok tubuh seseorang yang sedang membelakanginya. Dan dia kenal orang itu.

Fawwaz memusingkan tubuh kearah Safeeya. Dia senyum tipis kearah Safeeya namun Safeeya hanya menayangkan riak mendatar.

"Akak.. kenapa tak senyum? Akak kata kita kena selalu senyum pada orang lain termasuk pakcik kacak.. kenapa akak tak senyum? Tak baik la akak ni.." ujar Ikhwan selari menjeling manja kearah Safeeya.

Safeeya senyum tipis kearah Ikhwan. Dia langsung tidak memandang Fawwaz. Kerana dia sakit hati. Kejadian semalam masih berulang-ulang dalam kotak fikirannya.

"Ikhwan.. nanti mandi tau? Ikhwan dah berpeluh dah tu.. busuk la.." ujar Safeeya selari menutup hidungnya. Ikhwan terkekeh ketawa mendengar itu. Manakala Fawwaz hanya merenung Safeeya dengan senyuman walaupun Safeeya langsung tidak memandangnya.

Safeeya menggeleng kepala dengan senyuman. Dia memusingkan tubuh untuk masuk semula ke dalam rumahnya.

"Angel.."

Terhenti langkahnya apabila mendengar seruan itu. Dia menarik nafas dan hembus perlahan. Dia tahu Fawwaz sedang berdiri dibelakangnya kerana bauan minyak wangi Fawwaz menusuk ke dalam rongga hidungnya.

Fawwaz senyum kelat. "Dah taknak pandang abang ke? Safeeya jijik ya dengan abang?"

Safeeya memejam mata kejap. Jijik? Mungkin ya mungkin tidak. Tapi ada sekelumit rasa jijik apabila melihat wajah Fawwaz..

Safeeya memusingkan tubuhnya kearah Fawwaz. Diperhatikan sahaja Fawwaz yang sedang senyum kearahnya.

"Safeeya.. boleh tolong abang? Tolong.. bantu abang.. untuk abang berubah ke pangkal jalan.. bantu abang.. ajar abang.. abang lost, Safeeya.. abang.. kekurangan ilmu.. abang lupa semuanya.."

Safeeya menyimpan keluh mendengar itu. Dia menggeleng kepala. "Maaf.. kalau awak nak belajar agama, awak boleh belajar dengan guru lain. Saya tak sesuai jadi guru awak." Safeeya menunduk sedikit lalu memusingkan tubuhnya memasuki rumah.

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now