BAB 51🥀

7.9K 510 10
                                    



YUSRI mengibas bajunya seraya duduk di pangkin dihadapan tahfiz. Diambil air yang dituang oleh Safeeya lalu diteguk rakus air itu. Safeeya hanya senyum melihat dahi berpeluh Yusri ketika ini.

"Fuhh penat.. tak sangka si Izham tu pandai dalam sepak takraw. Sakit pinggang abang duk balas tendangan dia tadi.." keluh Yusri seraya mengesat peluh didahi.

Safeeya hanya gelak mendengar itu. "Izham memang lincah sikit.. badan dia ringan sebab tu dia laju dalam takraw.." balas Safeeya seraya memandang Yusri meneguk air.

Yusri mengangguk. Diletak kembali gelas kosong diatas meja seraya menyebak rambutnya ke belakang. Direnung wajah Safeeya.

"Pergi mana tadi? Abang cuma nampak Maya, walid dan Ikhwan je dekat pangkin tadi. Safeeya dan Fawwaz ke mana?" Tanya Yusri dengan senyuman senget.

Safeeya kemam bibirnya. Ditunduk kepalanya seraya bermain dengan gelas yang dipegangnya. Yusri tergelak. "Tahu.. tak payah beritahu abang. Abang tahu sangat perangai gatal Fawwaz tu. Siang-siang hari pun on aihh.."

Safeeya hanya senyum malu mendengar itu. Diintai sedikit Yusri yang sedang mengetik telefonnya.

"Abang.." Yusri menjungkit kening. Safeeya berdehem kejap.

"Abang.. masih tak boleh terima Maya ke? Dia.. masih menunggu abang tau?" Terhenti jemari Yusri di skrin telefonnya mendengarkan itu. Yusri mengeluh perlahan.

Safeeya senyum kelat. "Abang.. tak suka Maya sebab Maya seorang yang kasar ke? Takkan itu je alasan abang?" Yusri hanya diam tak bersuara.

Ada sebab mengapa dia tidak suka sikap Maya.. tapi ia tak bermakna dia bencikan Maya.. cuma.. tu lah.. sukar nak cerita pada orang lain kerana Yusri seorang yang suka berahsia..

"Abang cuba buang rasa tak suka pada Maya tapi abang tak boleh.. berikan abang masa untuk terima Maya seadanya.."

Safeeya mengeluh mendengar itu. Dimain jemari diatas mejanya. "Saya takut... saya takut kalau abang Fawwaz tahu diri saya yang sebenarnya.. kalau dia tahu saya seorang yang kasar macam mana? Kalau dia tahu saya pandai memanah.. pandai taekwando.. pandai pertahankan diri.. macam mana? Abang Fawwaz.. masih cintakan saya lagi tak?"

Yusri hanya diam. dia tidak pasti tentang orang lain. Tapi yang pasti, dia tidak suka perempuan yang kasar..

Safeeya mengeluh kasar apabila Yusri hanya diam sahaja. Ia bermakna.. Yusri setuju dengan apa yang dikatanya.

Safeeya menunduk. Otak masih ligat memikirkan cara untuk memberitahu suaminya tentang hal ini. Yusri perhatikan sahaja riak gusar Safeeya.

"Safeeya ada apa-apa masalah lagi ke selain masalah ni? Sebab abang tengok Safeeya gelisah semacam sejak pagi tadi.. kenapa? Mind to share with me?"

Safeeya mengendurkan bahunya. Dia menggeleng kepala perlahan. Yusri senyum tipis.

"Ingat tak lagi? Sebelum Safeeya berkahwin, abang ada kata yang Safeeya boleh ceritakan pada abang jika Safeeya ada masalah.. jadi, kalau Safeeya rasa Safeeya inginkan tempat meluah, Safeeya boleh luah pada abang.. abang setia mendengar."

Terkedip-kedip mata Safeeya mendengar itu. Dia panggung kepala ke arah Yusri. Senyuman kelat ditayangkan.

"Betul.. abang boleh tolong? Saya.. tak tahu nak cerita pada siapa.. tapi.. saya agak terbeban memikirkan hal ni.."

Berkerut dahi Yusri mendengar suara Safeeya yang sedikit bergetar. "Pasal apa? Beritahu abang.. abang akan bantu sehabis baik.."

Safeeya mengangguk. Dikesat kejap air mata di pinggir matanya. Tangan menyeluk poket seluarnya lalu dikeluarkan telefonnya dari poket itu.

"Abang janji pada saya, tolong jangan beritahu sesiapa tentang hal ini termasuk abang Fawwaz.. saya.. taknak sesiapa tahu.."

Yusri mengangguk mendengar itu. "Ok.. abang janji pada Safeeya abang takkan beritahu sesiapa.."

Safeeya mengangguk. "Dan abang kena janji pada saya yang abang Yusri takkan marah abang Fawwaz selepas abang baca serta melihat mesej yang saya akan tunjukkan ni.." ujar Safeeya selari mengetik telefonnya.

Berkerut kejap dahi Yusri. Namun dianggukkan juga kepalanya. Safeeya menarik nafas dan hembus perlahan. Dia menekan gallery nya. Benar, dia sudah padan chat Melissa dengannya.

Namun dia sempat screenshot kesemua mesej itu serta disimpan video dan gambar didalam gallery sulitnya. Dia ingin menceritakan dahulu kepada seseorang sebelum dia memadam kesemua aib itu.

"Abang.. tolong jangan ceritakan pada sesiapa.. saya taknak tunjuk pada sesiapa kerana ia dikira aib.. tapi saya terbeban sekarang ni.."

Ujar Safeeya seraya menunjukkan gambar serta video yang dihantar Melissa. Bukti chat juga ditunjukkan kepada Yusri.

Membulat besar mata Yusri meneliti semua bukti itu. "What? Apa yang Fawwaz buat ni?!" Marahnya dengan riak tegang.

Safeeya menggeleng. "Please.. jangan salahkan abang Fawwaz dalam hal ni.. saya yakin ini semua adalah kisah silam dia.. saya saya percaya yang abang Fawwaz tak buat semua tu.. saya percayakan dia.."

Yusri mengeluh kasar. Dibaca sahaja mesej yang dihantar oleh Melissa. "Kalau anak tu memang anak Fawwaz macam mana? Safeeya terima ke?"

Safeeya menunduk. Digeleng kepalanya. "Saya.. tak terima.. tapi saya percaya suami saya.. saya tak ragui dia.." ujar Safeeya dengan suara bergetar.

Yusri mengeluh apabila membaca mesej yang dihantar oleh Safeeya kepada Melissa. Dipejam erat matanya. Terharu dia membaca setiap bait perkataan yang ditaip Safeeya kepada Melissa.

Baru sahaja dia ingin menghantar ke semua bukti itu ke whatsappnya, namun Safeeya segera merampas kasar telefon dari pegangan Yusri.

Safeeya menggeleng. Dia memadam semua bukti didalam telefonnya itu. Terbeliak mata Yusri. "Apa yang Safeeya buat ni? Abang baru je nak simpan bukti tu dalam telefon abang. Abang nak tanya Fawwaz hal ni.."

Safeeya menggeleng lagi. "Taknak.. saya taknak.. saya taknak abang Fawwaz tahu hal ni.. saya taknak dia rasa bersalah.. saya taknak hubungan kami jadi kekok selepas dia tahu semua ni.. saya cuma nak bahagia je dengan suami saya..

...jadi saya mohon pada abang Yusri, tolong jangan cerita pada sesiapa.. saya ceritakan pada abang sebab saya nak ringankan beban saya.. bukan tambah beban saya.."

Yusri mengeluh. Diraup kasar wajahnya. "But still.. tu adalah bukti yang mereka pernah tidur bersama.. kenapa Safeeya boleh terima? Kalau dia betul-betul mengandungkan anak Fawwaz, apa ya--"

"Saya tak percaya semua tu.. saya percayakan suami saya! Kalau bukan saya yang percayakan dia, siapa lagi yang nak percayakan dia?!" Marah Safeeya mendadak dengan linangan air mata.

Yusri mengeluh melihat air mata Safeeya. Safeeya menarik nafas dan hembus perlahan.

"Saya takkan keji abang Fawwaz.. dia segalanya bagi saya.. bagi saya, itu semua kisah lampau dia.. dan saya terima segala baik buruk dia.. jika isteri dia sendiri pun percayakan dia, apa hak abang Yusri untuk mengeji dia? Apa hak abang huh?"

Tanya Safeeya dengan linangan air mata hiba. Yusri mengeluh melihat air mata Safeeya yang makin mengalir.

"Ok.. abang minta maaf okay? Kalau Safeeya dah cakap macam tu, abang pun tak boleh buat apa.. abang percaya yang Fawwaz tak buat kerja kotor tu.. okay? Jangan menangis macam ni.."

Pujuk Yusri dengan dahi berkerut. Safeeya mengesat kasar air mata dipipi. Dia bangun dari duduknya lalu melangkah memasuki rumahnya. Yusri melepaskan segugus keluhan.

Diraup kasar wajahnya ketika ini. Pertama kali dia melihat Safeeya menangis seperti itu. Silap dia juga.. sepatutnya dia menenangkan Safeeya.. bukannya menambahkan lagi tekanan pada Safeeya..

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now